Assalamualaikum
alhamdulillah , harini sha berjaya buat 2 presentation dengan "jaya" nya. *hahaha* gelak bangga sambil makan ayam uncle bob yang tak habis kongsi dengan roomate tadi.
sejak semalam sha bertungkuih lumuih(bertungkus lumus) menyiapkan benda benda alah yang nak kena present hari ni . letih sangat sangat lah macam kerja buruh binaan je. sempat lagi sha merembat beberapa bungkus milo roomate untuk menghilangkan rasa mengantuk . eh, milo boleh hilang ngantuk eh ?
final exam is around the corner. macam mana ni... macam macam tips sha cuba untuk fokus. tapi macam macam cara jugak shaitonnn nirojimm menghasut sha ni , tidur tidur tidur. masalah paling utama sekaarng ni adalah seketul tilam dan bantal empuk yang sangat menggoda ni.
patut kah sha buang je tilam dan bantal empuk ni ke lobi KHAR ?
tak tak . bukan tu cara terbaik . setelah limaratusempatpuluh minit tanya pakcik google , sha terjumpa tips tips atau adab belajar ni.
harap-harap sha dapat amalkan adab adab ni . insyaAllah :)
19 September 2012
17 September 2012
Mukadimmah Lagi ?
Assalamualaikum ♥
tatkala manusia-manusia di Malaysia ilek je membuta tengah malam , sha pulak pulun menaip entry ni sorang sorang . sebenarnya, sha tak boleh nak pejam bijik mata ni . bukan bukan. bukan sebab bijik mata ni besar sgt. dah berpeta Malaysia bantal busuk sha sebagai bukti betapa empuknya tilam di KHAR ni tatkala dapat membuta di siang hari.
dah lama tak update belog penguin ni. *bajet retis lagi* dah lama jugak jari-jari sha tak berlari-lari di atas keyboard COMPAQ ni.
tempek gambar terbaru. haha
bukan tak cukup masa. cuma tak cukup idea nak menaip entry dalam belog ni. almaklum lah,semenjak zaman sekolah menengah dahulu kala sha memang allergic dengan karangan ataupun esei ni.tapi setat dari sekarang, ya sekarang, sha nak mula belajar mencintai esei.
motif ? nak ganti Samad Said ? hish , takla. sha nak belajar meluahkan idea, pendapat , perasaan dan perasan dalam belog ni.
mungkin dengan cara ni dapat kurangkan sikit beban iceberg atas kepala sha ni. sejak sambung belajar ni, terlalu banyak tekanan. esaimen tak siap , group discussion hancus . makan terlebih lalu,tidur terlebih lena , mandi tak basah-basah *aikk*. haha. shh.
harap harap usaha ini dapat menambahkan keyakinan dalam menaip esei dan mengurangkan iceberg yg menghempap kepala sha ini . insyaAllah :)
21 May 2012
Assalamualaikum. ♥
pagi tadi macam biasa, bangun2 ,bukak peti ais, mandi , terus on pc... wajiblah . sebab nak tengok berapa ratus notification kat facebook tu.tersentap hati ni bila tengok notification tak sampai pun seratus. *bajet artis*
kemudian buka belog . tengok-tengok belog kak yuyu . mak oi , result dia.. terjegay mata ni. macam mana boleh dapat result camtu. terus membuak-buak semangat nak dapatkan result camtu.tambahan semalam dok kalud tengok syarat pointer untuk sambung ijazah di universiti-universiti dalam Melesia.
nak sambung ijazah farmasi cgpa 3.86 kot. terkentut-kentut orang yang nak ambik bidang farmasi tu. not me :D . jom kongsi sikit syarat-syarat pointer ni . tapi degree ni dekat uitm lah . senang, kos pon tak mahal sangat .
UNTUK LEPASAN DIPLOMA SAINS
FAKULTI SAINS GUNAAN
kemudian buka belog . tengok-tengok belog kak yuyu . mak oi , result dia.. terjegay mata ni. macam mana boleh dapat result camtu. terus membuak-buak semangat nak dapatkan result camtu.tambahan semalam dok kalud tengok syarat pointer untuk sambung ijazah di universiti-universiti dalam Melesia.
nak sambung ijazah farmasi cgpa 3.86 kot. terkentut-kentut orang yang nak ambik bidang farmasi tu. not me :D . jom kongsi sikit syarat-syarat pointer ni . tapi degree ni dekat uitm lah . senang, kos pon tak mahal sangat .
UNTUK LEPASAN DIPLOMA SAINS
FAKULTI SAINS GUNAAN
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN BIOLOGY - CGPA 2.50
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN KIMIA - CGPA 2.50
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN FIZIK - CGPA 2.50
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI POLIMER - CGPA 2.30
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN KIMIA GUNAAN - CGPA 2.50
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI MAKANAN - CGPA 3.00
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI PERABOT - CGPA 2.00
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI TEKSTIL - CGPA 2.30
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI SAINS PERSEKITARAN- CGPA 2.50
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI BAHANSARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN FIZIK INDUSTRI-CGPA 2.00
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN BIO-KOMPOSIT -CGPA 2.00
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN KIMIA (ANALISIS FORENSIK)-CGPA 2.75
- SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI MARIN-CGPA 2.00
- FAKULTI FARMASI(CGPA-3.80)
- SARJANA MUDA FARMASI
- FAKULTI KEJUTERAAN ELEKTRIK (CGPA-2.50)
- SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRONIK
- SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRIK
- SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRONIK (INSTRUMENTASI)
- SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)
- SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)
- FAKULTI KEJUTERAAN KIMIA (CGPA-2.50)
- SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN KIMIA
- SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN (KIMIA DAN BIOPROSES)
- FAKULTI KEJUTERAAN MEKANIKAL (CGPA-2.75)
- SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN MEKANIKAL
- FAKULTI PENDIDIKAN (CGPA-2.50)
- SARJANA MUDA KEPUJIAN PENDIDIKAN (BAHASA INGGERIS)
- SARJANA MUDA KEPUJIAN PENDIDIKAN SAINS (BIOLOGY)
- SARJANA MUDA KEPUJIAN PENDIDIKAN SAINS (FIZIK)
- SARJANA MUDA KEPUJIAN PENDIDIKAN SAINS (MATEMATIK)
- SARJANA MUDA KEPUJIAN PENDIDIKAN SAINS (KIMIA)
- FAKULTI PERGIGIAN (CGPA-3.50)-KEMASUKAN JULAI
- IJAZAH SARJANA MUDA PEMBEDAHAN PERGIGIAN
- FAKULTI PERUBATAN (CGPA- 3.50)-KEMASUKAN JULAI
- SARJANA MUDA PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN
- FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI (CGPA-2.30)
- SARJANA MUDA SAINS KEPUJIAN (TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LADANG)
- FAKULTI SAINS KESIHATAN (CGPA- 2.75)-KEMASUKAN JULAI
- IJAZAH
- SARJANA MUDA KEJURURAWATAN
- IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
- IJAZAH SARJANA MUDA PENGIMEJAN PERUBATAN
- IJAZAH SARJANA MUDA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
- IJAZAH SARJANA MUDA FISIOTERAPI
- IJAZAH SARJANA MUDA PEMULIHAN CARAKERJA
- IJAZAH SARJANA MUDA OPTOMETRI
- IJAZAH SARJANA MUDA PEMAKANAN DAN DIETETIK
Kehendak vs Keperluan
Assalamualaikum. ♥
Keperluan dan kehendak ni perkara yang sangat berbeza. Keperluan ni satu benda atau keadaan yang memey perlu untuk hidup kita.. contohnya oksigen untuk bernapas, pakaian untuk menutup aurat, makanan untuk isi perut sentiasa lapar tenaga untuk hidup yang ohsem , dan sebagainya.
Senang nak kata, keperluan ini adalah benda ter-penting untuk kita teruskan kehidupan di bumi ini.
Firman-Nya bermaksud:
"Hamba-hamba Allah ialah mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana."-Surah Al-Furqan: ayat 67
Tapi kehendak adalah sesuatu benda itu akan jadi kehendak bila kita masih boleh teruskan kehidupan yang ohsem walaupun ketiadaannya.. Contoh, walaupun kita tak ada iPad tu kita masih boleh hidup dengan biasa
*sebenarnya setiap malam mimpi main iPad*.
1.Firman Allah SWT bermaksud:
"Sesungguhnya Firaun adalah orang yang sombong takbur lagi terbilang dalam golongan orang yang boros berbelanja." -Surah Al-Dukhan: ayat 31
2. Firman-Nya bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." -Surah Al-Israk: ayat 27
Kalau nak online sekalipun mesti ada komputer ataupun laptop kan *dahtu nak online kat tv mana boleh*.. Jadi, benda sebegitu akan jadi kehendak semata-mata. Kehendak merupakan sesuatu yang tidak akan habis dilayan dan dipenuhi kerana ianya sesuatu yang tidak terbatas.*buruk2kan kehendak*
yang sedang-sedang saja
Kedua perkara ini sangat jauh jurang perbezaannya tapi ia pasti akan berkait dengan kemampuan. Jika kita mampu untuk memenuhi kehendak kita dan tanpa menyusahkan orang lain itu yang dikatakan berkemampuan.
Kita perlu bijak untuk membezakan antara keperluan dan kehendak supaya kita tidak rugi.
p/s : kalau taknak dilabel sebagai firaun/saudara syaitan , jauhkan diri anda dari sifat boros.
kerana dirimu begitu berharga-dipetik dari salah sebuah iklan
17 May 2012
Petua Menjaga Rambut
RAMBUT
1.Hindari Rambut Gugur
- CARA PERTAMA:
- Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih.
- Kemudian tapiskan.
- Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati.
- Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam.
- Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
- CARA KEDUA:
- Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa.
- Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam.
- Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
- CARA KETIGA
- Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas.
- Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi.
- Basuh rambut menggunakan campuran tersebut.
- Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
arang
2.Melebatkan Rambut
- CARA PERTAMA
- Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih.
- Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
- CARA KEDUA
- Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat.
- Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci.
- Lakukan setiap hari.
3.Menghilangkan Kelemumur Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
- CARA PERTAMA:
- selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis.
- Biarkan selama 15 minit.
- Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
- CARA KEDUA
- blend tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat.
- Kemudian tapis dan ambil patinya.
- Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu.
- Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit.
- Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
- CARA KETIGA
- rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam.
- Kemudian tumbuk sehingga hancur.
- Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut.
- Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

4.Rambut Berbuah
- Ramas daun pinang.
- Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air.
- Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit.
- Bilas dengan air bersih.
- Lakukan dua minggu sekali.
5.Meluruskan Rambut
- Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua.
- Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut.
- Sapukan sekali sehari.
- Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk.
- Amalkan selama seminggu.
16 May 2012
Tips Kecantikan
Awet Muda
auntie2 semua inginkan muka yang awet muda macam Rojita Che Mat,sering tersenyum adalah salah satu petuanya. tapi , kalau rasa urat muka tu sakit sangat kalau nak senyum2 , ada banyak lagi cara untuk jadik muda .
auntie2 semua inginkan muka yang awet muda macam Rojita Che Mat,sering tersenyum adalah salah satu petuanya. tapi , kalau rasa urat muka tu sakit sangat kalau nak senyum2 , ada banyak lagi cara untuk jadik muda .
- blend beberapa jambul nanas , pastu rebus dengan air selama setengah jam. sampai agak2 air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali.Wanita hamil dilarang mengamalkan ni.
- Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
MATA
Melentik Bulu MataMata adalah salah satu daya penarik. Nak memiliki mata yang cantik macam Halija Helmi, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-
- Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.
Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras/candlenuts hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
2 Petua Buat Bakal Penghuni Hostel/Asrama
1.Kesan Kotoran*akibat pakaian yang hangus&melekat* Pada Seterika
Gosokkan seterika cemey anda yang panas di atas sehelai daun pisang.
Gosok-gosok-gosok sampai keluar jin,eh, sampai keluar kotoran seterika tersebut.
Hasilnya seterika dapat digunakan semula dengan licin dan sempurna.
2.Mengharumkan Almari Pakaian
Cara yang paling senang, mudah dan save cost, ialah dengan menggunakan kulit limau.
Balutkan kulit limau dengan kain *yang nipis2 lagi afdal* .
Untuk mencantikan lagi, ikat lah bungkusan limau tu dengan riben dan letakkan di dalam almari pakaian.
kulit limau tempek gambar daun pandan sikit
Ataupun , kalau dah malas sangat , petik je daun pandan kat mana-mana tepi jalan , letak dua helai ke dalam almari tersebut.
Sekian .
7 May 2012
Keputusan UPU 2012
Seperti yang semua sedia maklum , kputusan upu kuaq arini . Hik2 . Ni keputusan UPU yang lin dapat. senyum, xperlu kata apa2. syukur , Alhamdulillah <3
Boleh jugak jadi pegawai dietetik neyh! Guna diploma sains cek , apply ism dietetik. kih <3
6 May 2012
Semakan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Premier
Semakan UPU 2012 | Keputusan UPU 2012
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA/Politeknik Premier,
SESI AKADEMIK 2012/2013.
Bagi pelajar lepasan SPM anda boleh membuat semakan permohonan pada 7 Mei 2012.
Semakan boleh dibuat dalam 2 cara iaitu secara online dan juga SMS. Berikut dibawah
adalah tatacara bagaimana untuk membuatsemakan keputusan UPU:
(Boleh Gunakan Salah Satu Daripada Link Di bawah)

Dijangkakan bahawa akan terdapat gangguan terhadap server oleh kerana kesesakan traffik.
Oleh itu, diharap semua dapat bersabar dan mencuba semasa waktu traffik dijangkakan tidak
ramai iaitu pada waktu tengah malam dan awal pagi. Harap Maklum.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA/Politeknik Premier,
SESI AKADEMIK 2012/2013.
Semakan boleh dibuat dalam 2 cara iaitu secara online dan juga SMS. Berikut dibawah
adalah tatacara bagaimana untuk membuatsemakan keputusan UPU:
- Semakan Secara Online
(Boleh Gunakan Salah Satu Daripada Link Di bawah)
Semakan Keputusan melalui Laman UPU MOHE

(http://upu.mohe.gov.my/)
Semakan Keputusan melalui Laman UTM
(http://intake.utm.my/semakan)
Semakan Keputusan melalui Laman UUM
(http://jpt.uum.edu.my/))
- Semakan Secara SMS
Taip UPU <jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN<jarak> dan
hantarkan kepada 15888
Oleh itu, diharap semua dapat bersabar dan mencuba semasa waktu traffik dijangkakan tidak
ramai iaitu pada waktu tengah malam dan awal pagi. Harap Maklum.
Cita-Cita & Masa Depan | Pegawai Dietatik .
Ok, takpayah nak poyo sangat . tempek-tempek gambar diet pa semua .kali ni sembang pasai ambition , cita2 dan masa depan . susah nak pilih . tak semua orang ada minat yang sama. tak semua orang ada cara nak berjaya yang sama.
sepuluh tahun yang lalu , bila makcik2 tanya nak jadi apa , jawab lin masa tu , nak jadi dokter , nak tolong orang . dah makin besaq , makin takut tengok darah . tukaq pulak cita2 , nak jadi polis. tapi , apakan daya , ketinggian tak meng'ijin'kan, bhaha . pastu terhegeh2 tukaq cita2 sepanjang masa . semua nak jadi .
tapi dah makin waras agaknya lin sejak dapat result spm. ada jugak arah tuju . dah kecik dah scope nak jadi apa disebabkan result yang xseberapa straight a. T_T
disebabkan minat nak taw apa jadi kalau kita makan benda tu benda ni. petua2 tu, petua2 ni . keh2 .
buat masa sekarang ni, minat lin menjurus ke arah penjagaan kesihatan . *salah satu sebabnya gaji pon mahai*
tulah cita2 aku buat masa sekarang ni . cehh .
ok, meh nak kongsi sikit dengan hampa pasal kerja ni .
________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
http://www.spa.gov.my <-- sapa2 nak check gaji pekerjaan yang diminati tu . sila lah ke sini
_________________________________________________________________________________
p/s: amalkan pemakanan yang sihat ye !
sepuluh tahun yang lalu , bila makcik2 tanya nak jadi apa , jawab lin masa tu , nak jadi dokter , nak tolong orang . dah makin besaq , makin takut tengok darah . tukaq pulak cita2 , nak jadi polis. tapi , apakan daya , ketinggian tak meng'ijin'kan, bhaha . pastu terhegeh2 tukaq cita2 sepanjang masa . semua nak jadi .
tapi dah makin waras agaknya lin sejak dapat result spm. ada jugak arah tuju . dah kecik dah scope nak jadi apa disebabkan result yang xseberapa straight a. T_T
disebabkan minat nak taw apa jadi kalau kita makan benda tu benda ni. petua2 tu, petua2 ni . keh2 .
buat masa sekarang ni, minat lin menjurus ke arah penjagaan kesihatan . *salah satu sebabnya gaji pon mahai*
>PEGAWAI DIETETIK.
tulah cita2 aku buat masa sekarang ni . cehh .
ok, meh nak kongsi sikit dengan hampa pasal kerja ni .
________________________________________________________________________
Pegawai Dietetik Gred U41
| |||||||||||||||||||
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional | |||||||||||||||||||
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan | |||||||||||||||||||
Jadual Gaji: | |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Syarat Lantikan: | |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Deskripsi Tugas: | |||||||||||||||||||
a. Perkhidmatan Dietetik Klinikal | |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
b. Perkhidmatan Dietetik Komuniti | |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
c. Penyediaan Perkhidmatan Makanan | |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
d. Latihan | |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
e. Memberi perkhidmatan pemakanan/diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan. |
http://www.spa.gov.my <-- sapa2 nak check gaji pekerjaan yang diminati tu . sila lah ke sini
_________________________________________________________________________________
p/s: amalkan pemakanan yang sihat ye !
3 May 2012
Belajar Memandu ♥
"okay, mai masuk belah sini," dengan spontannya makcik zah sambil tunjuk seat drebar.
"o..o..okay, *mampuihlaaa aku*..."darah semua turun ke kaki , muka seposen bertukar jadi lima sen , suhu badan turun ke takat beku. Tadi eksaited kemain lagi . eksaited tak ketahuan hala. manusiaa. bila nak belajar benda baru yang ohsem , wajibla perangai camtu .
okay , berbalik kepada stereng dan gear . sumpah tak pernah sentuh natang jadah gear , klac , brek atau lebih tepat tak pernah nak jejak punggong atas seat drebar. setakat duduk, tarik cermin , perbetul tudung yang terpeleot tu ada laa..
"okay , linda .. tekan klac sampai habih . masuk gear satu , angkat klac pelan2 sambil angkat minyak"terlalu banyak maklumat . otak tak dapat hadam , lalu , badan mcam dilanda kelumpuhan. setelah beberapa tarik napas dalam2 . kaki yang tak seberapa panjang ni pon diletakkan perlahan2 atas klac , sambil mata menjeling ke arah gear , tarik bagi masuk gear satu .. pastu angkat klac selow-selow mcm yg diarahkan. alhamdulillah , kereta tersebut memberi kerjasama yang padu. sebuah perodua kancil berjaya meluncur di atas jalan raya. ^^
namun langit tak selalu cerah . disebabkan hormon adrenaline*hormon ketaq* laju sangat mengalir , ketika lampu isyarat bertukar hijau , kaki yang tak seberapa panjang ni terkejut lalu terangkat dengan pantas bak kilat. lalu , perodua kancil putih tu bergetar2 buat seketika lalu mati. ya, enjin mati. dengan kaludnya start balik kereta tu lalu cuba untuk jalan beberapa kali namun kereta tersebut enggan memberi kerjama. demm, why me ? akhirnya lampu isyarat bertukar merah kembali . ampun beribu2 ampun , abg2 , kakak2 , makcik2, pakcik2 yang beratur belakang kereta tu . sebab lin , diorang kena tunggu sekali lagi.
kejadian malang tersebut berulang berpuluh-puluh kali . T_T maaf makcik .
kelas tamat pukul 10 pagi . hari tu tak macam yang dibayangkan .
harap-harap kejadian tu tak berulang lagi . :')
p/s : 8hb mei ni test QTI . doakan lin ye . :)
Ketenangan Hati ♥
Assalamualaikum ♥
Hello people !
Ketenangan . Dengar kata ketenangan hati adalah punca kebahagiaan. Tapi kalau ketenangan tu boleh dibeli dengan wang ringgit , mesti orang mcm Bill Gates ngan Donald Duck, eh , Donald Trumps saja boleh renyeh , yakni tersenyum lebar. Ataupon mungkin ketenangan hanya boleh dirasai oleh orang yang ohsem dan gojes mcm Nora Danish dan Neelopah Neelofa saja ? Tak semudah itu meletakkan harga 'ketenangan' pada apa yang mereka miliki. Bukankah Allah Taala Maha adil. Rupanya ketenangan tu sabjektif dan bersifat abstrak. Even orang susah yang makan nasi lemak lima posen lebih tenang berbanding orang keluarkan ratusan ringgit semata-mata untuk breakfast mereka .
And i'm looking forward for this for a long time.Cari punya cari terjumpa artikel tentang ketenangan di iluvislam.com. Banyak yang lin dapat kat sini .
Salah satunya , memahami maksud takdir Allah. Dia cakap , mana mungkin kita tepis ujian Allah SWT sebab tu semua test yakni ujiannya.
Kita cuma mampu menaikkan level kebergantungan kita pada Dia. Sambil2 tu tu usaha sungguh2 selesaikan masalah kita.
Ya tak ya jugak eh . Lin pernah dengar satu ungkapan omputeh ni, berbunyi cmni la lebih kurang....
We can't direct the wind but we can adjust our sail.
Google translatenya : kita tidak mampu kawal arah tiupan angin,kita hanya mampu kawal kemudi pelayaran kita.
Dan banyak kali jugak Mr.K pesan , bersangka baik dengan Allah. Dan lin ada google tentang bersangka baik kepada Allah. Ni hasilnya,
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
>Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."
Jadi , jom lah kita bersangka baik kepada Allah SWT. Tak rugi pun kan ?
Last but not least ,LA TAHZAN , INNALLAHA MAANA - janganlah bersedih,sesungguhnya Allah bersama kita! and , and , and Dia adalah sebaik-baik pelindung.
Dengan itu semua orang tak kira kaya, miskin, ohsem, gojes ataupon kutu haprak pon layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!
p/s : hasil sejam lebih ni, kalah ciput baby . i'm still a new blogger . mintak tunjuk ajar !
1 May 2012
Further Study/Sambung Belajar | First Entry♥
*happy labour day semua*, maknanya tinggal lagi enam hari saja keputusan UPU nak keluar . A'ah , memang berdebar-debar tersangatlah kan .
tiap hari dok tengok upu.mohe.gov.my.tengok update-update terbaru . mana tahu tarikh keluar keputusan tu dipercepatkan.tapi alangkah keciwa nya hati ni, tarikh tu tak dipercepatkan pun. tapi jumpa mutiara kata yang best ,
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..
p/s : memang tak tau nak buat cerita ni lebih interesting .
Subscribe to:
Posts (Atom)