31 January 2013

Adab Bersembang

Assalamualaikum  ♥

Minggu ni minggu letih. Lepas satu test , satu test menyusul. Tak ambil kira kelas kelas , assignment , tutorial dan kelas ganti yang hampir setiap malam lagi *eh tipu, minggu ni tak ada kelas ganti malam pun lagi*. Tatkala manusia manusia yang hidup kat upsi ni sedang mengharungi saat saat kritis hujung sem , dah tentu ramai yang tengah emosional , tekanan perasaan dan ada yang masih boleh menulis entry blog sampai dah taknak kisah tentang saat saat kritis lagi. fedup fedup.

Haaa , dari sini kisah entry ini bermula. Masa orang tengah tension , tekanan jiwa sangat memuncak macam puncak Gunung Everest , sudah semestinya orang orang tersebut mudah naik angin bukan? Yes, betul.  Jadi, untuk mengelakkan terlalu banyak angin di upsi ni *sampai pintu asyik gedegangg , tertutup sendiri* kita perlu mengubah saat saat kritis dan kritikal dan mengelakkan daripada perselisihan faham serta berlakunya pergaduhan. Tambahan , 'final exam is around the corner' ni. Jagalah hati , perasaan dan emosi sesama kita.

Bagaimana? Banyak caranya. Tapi yang sha nak highlight hari ini adalah Adab Bersembang !

Banyak antara kita yang ,

"Alah, kawan kawan, jangan dok teqasa sangat la"
"Biaqlah dia berpeqasaan macam mana pun , janji hati aku puaih"

No. Walaupun kita berbicara dengan kawan baik yang selalu ponteng kelas ti**s , yang selalu salin jawapan tutorial sama-sama , kita wajib jaga adab kita.  Jangan sampai seseorang terhiris , terkuis, terasa dengan perbualan atau cara percakapan kita. Bahaya, kalau dia pendam perasaan itu lama lama. Boleh jadi tekanan jiwa juga , silap hari bulan , telinga kita dikokaknya .

Tadi masa tengah pulun letak button like kat post . Sha ada google sikit tentang adab bersembang. Ya lah kan. Takkan nak cakap kosong. Kena ada pendapat yang menepati tuntutan agama kita, sekurang-kurangnya sha mampu berdakwah*yeke?* atau beri nasihat secara tak langsung dalam blog sha ini. Alhamdulillah.

Apa adab yang menepati tuntutan Islam ni rakan taulan ?

Yang kesatunya*marah cikgu bm* , kita mestilah bercakap dalam nada suara yang rendah dan lembut. Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang. Tak kira lah kita tengah bercakap dengan best friend forever ke , dengan musuh tahap ketiga.



Yang keduanya, tak perlu lah nak menunjuk kepandaian semasa bersembang. Supaya kita tidak memalukan seseorang itu dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka langsung tidak faham. Bersuaian dengan sabda Rasulullah SAW,

"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)


Yang ketiganya, biarkan mereka menghabiskan ucapan. Kalaupun kita tidak faham atau musykil dengan ucapan seseorang itu, janganlah memotong percakapan mereka. Kan lagi manis kalau kita tunggu sehingga mereka habis, kemudian soal dengan beradab dan berhemah *cecey* . Betoi la ! Nanti terbantut jalan cerita orang tu. Macam sha, kalau dah terbantut percakapan sha, sha jadi amnesia, terus lupa apa nak cerita. Tapi, tapi , tapi, lain pula dalam p&p , kalau diizinkan , soallah cikgu semasa pengajaran supaya lebih faham.

Menurut Ibrahim bin al-Junaid, 
"Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."

Jadi , jadi , jom kita leraikan kesimpulan. Kesimpulannya kat sini , jangan kita pandang remeh, jangan kita tak ambil berat tentang cara percakapan dan perbualan serta adab bersembang . Sebab mungkin dengan berbicara dengan nada suara yang rendah boleh menyebabkan hati orang yang tengah emosional tu reda sikit. Dah dekat final exam ini, sama sama kita jaga hati kawan kawan okay? Sha taksuka la gaduh gaduh. Live in peace and harmony pelis ?

Akhir kata, ada satu pepatah arab sha nak kongsi ,

"Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."

Sekian,

27 January 2013

Manja dan Gedik


Assalamualaikum . ♥

Manja ? Manja itu adalah sesuatu yang subjektif. Sesetengah orang dilahirkan dengan memiliki sifat manja, ada sesetengah orang menjadi manja hasil dimanjakan oleh orang sekeliling dan ada orang yang hanya akan manja dengan orang orang yang tertentu seperti, keluarga, kawan kawan rapat ataupun kekasih.

*suka kucing , sebab kucing manja*

Bagi yang memiliki sifat manja semulajadi , beliau akan manja dengan sesiapa jua dan tidak hairanlahkan , mungkin sifat manja nya menjadikan nampak comel di mata orang.Tetapi, ada sesetengah kes , seseorang itu tidak dapat mengawal kemanjaan nya dengan berhemah . Sampaikan orang sekeliling berasa 'annoyed' atau rimas .

Kita bebas mentafsirkan sifat manja mengikut tafsiran sendiri. Ada orang melihat manja sebagai suatu yang negatif seperti sifat yang mengada-ngada , kebudak-budakan ataupun lebih teruk orang yang manja digelar 'gedik'.

Menurut DrSha ,*sila tampar pipi sha sampai sedar* lelaki memang gemar perempuan jenis manja manja leleh ni.Tetapi tidaklah semua , dan kebanyakan lelaki kurang senang dengan perempuan yang manja yang terlampau atau manja yang dibuat-buat ini. Ada sesetengah orang yang mengada-ngada atau buat-buat manja kelihatan sangatlah plastik.

Kalau kita kenal seseorang itu dengan sifat manja, jangan kita ingat dia selalunya manja. Kalau diberi perhatian , kadang-kadang sifatnya lebih kepada gedik. Alamak, gedik ?

Apakah pula gedik ?

Perempuan yang mengada-ngada? Perempuan yang suka tarik perhatian tak tentu pasal? Perempuan buat2 manja tak bertempat? Semua perempuan memang gedik. Awak, awak dan awak tak gedik? ayoo jangan tipu. Tapi apa yang sha maksudkan tu bukanlah semua perempuan terlompat sana sini macam monyet tu. Ade setengah perempuan gedik yang real punya. Tahu-tahu je lah macam mana kan? Ada setengah tu sikit je kegedikkan dia. Tapi kalau perempuan yang tak gedik langsung tu, Hmm, susah sangat nak carik. Spesies tu hampir pupus.

Sini , sha provide macam mana nak kenal pasti diri kita *gadis* adalah seorang yang gedik . Sumber nya sha c&p daripada sini !


ANDA TAHU ANDA GADIS GEDIK BILA

1. Anda teramat mudah perasan. Bila ada lelaki terpandang ke arah anda, automatik anda fikir dia sedang pandang anda dan tertarik pada anda. Perasan adalah antara simptom-simptom awal penyakit gedik.

2. Anda rasa anda cun gila. Sebenarnya menurut pemerhatian , biasanya memang orang yang gedik ni agak cun juga (walaupun yang tak cun pun ramai). Tapi perlu diingat, cun gila dan cun juga mempunyai makna yang jauh berbeza. Dan definisi cun mencakupi budi-bahasa dan perangai. Takde maknanya kalau cun tapi perangai entah apa-apa.

3. Anda secara automatik berasa teruja dan over-excited apabila berada berhampiran kumpulan lelaki. Anda juga secara spontan merasa mereka semua sedang memerhatikan segala gerak-geri anda. Padahal mereka sebenarnya perati anda bukan sebab minat tapi sebab meluat.



4. Mengada-ngada. Ini memang trademark orang gedik. Biasanya untuk menarik perhatian kaum lelaki. Suara akan tiba-tiba jadi merengek-rengek bila dengan lelaki. Suka mintak itu mintak ini. Kadangkala tanpa sedar memalukan diri sendiri apabila nk demand perhatian. (Kalau bini merengek dengan suami tidaklah dikategorikan gedik, harap maklum ;-D)

5. Anda rasa semua lelaki minat kat anda. Dan anda suka ‘memancing’ lelaki menggunakan pelbagai cara untuk membuktikannya. Anda buat-buat manjalah, hantar sms jiwang-jiwang lah, anda ajak keluar makanlah, keluar jalan-jalanlah. Bila ada respon, anda pun akan kata “Sah, dia memang minat kat aku”. Tapi, kalau lelaki tu buat derk aje, anda akan kata pula “Alah, dia cover tu. Aku tau sebenarnya dia minat kat aku.”*sama ja perasan nya -,-*

6. Anda juga seorang yang amat sukakan lensa kamera atau vcam. Bila ia tertumpu kepada anda, mulalah anda terdorong untuk buat aksi dan berposing yang over seperti buat side posing, menonggekkan bontot, gigit-gigit jari, dan sebagainya. Pernah tgk vklip MMU Ada Apa Dgn Gedik? Precisely my point.

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di atas, terutamanya No. 3, 4 & 5 maka mungkin anda patut mendapat nasihat daripada pakar untuk rawatan selanjutnya sebelum penyakit ini menjadi lebih kronik. Jika anda masih belum jelas tentang apa itu gedik, anda bolehlah cuba menonton rancangan Ma*laysia’s Most Beau*tiful di 8TV setiap Khamis malam untuk mendapat gambaran am. Cerita realiti tv itu memang penuh dengan perempuan-perempuan gedik.

haaaa, dah baca ? amacam, kamu semua tak gedik kan.. sha tahu tu. Bukan ramai pun orang gedik.

Jadi , sha cuma nak tegaskan di sini . manja adalah suatu sifat yang empatratusenamploh kali taksama dengan  gedik okay . Jadi , sebelum nak nilai seseorang dan bermonolog dalam hati "eish,gediknya pompuan ni" , pastikan anda tahu dulu sifat sebenar seseorang itu .

Tapi seeloknya bagi seorang gadis, selindungkan dan simpankan sifat manja kamu itu untuk dijadikan suprise untuk suami kamu . Jangan ditonjolkan kemanjaan kamu terlebih awal . ♥

26 January 2013

Dibunuh Angan-Angan Sendiri


Seronok melayan angan petang-petang yang aman , indah , permai , damai, dan cermai ,eh? Hee
*perasan tak belog dah tukar nama, ada doktor gitu*

Masa berangan-angan, kita boleh memiliki apa sahaja yang kita mahukan. Kita boleh pergi ke mana-mana saja yang kita inginkan. Kita boleh menjadi apa sahaja yang kita idamkan. Ohsem bukan? Semuanya ada dalam angan-angan. Bagi sha, angan-angan sha nak jadi seorang yang digelar doktor :)

Chupp, kawan-kawan, disebalik keindahan itu ada kemusnahkan adakalanya. Memusnahkan kehidupan si empunya jasad. Eh! Salahkah berangan-angan?

No. Sudah semestinya tidak!

Kita boleh pasang seohsem mana pun. Itu adalah hak manusia itu sendiri. Beranganlah sebanyak mana pun, tiada siapa akan melarang anda berbuat demikian.*mestila,bukan orang tahu isi hati kita* Dah tu, kenapa pula boleh memusnahkan empunya jasad?

Why why why?
Mari baca kaji selidik doktor sha di petang yang cermai ni .

Satu ! Angan-Angan Yang Terlalu Panjang

Angan-angan yang keterlaluan semestinya bisa membunuh si empunya jasad? Sebab apa? Sebab dirinya hanya hidup dalam angan-angannya semata-mata. Betulkah ada manusia seperti ini? Betul. Kalau tidak percaya, sila lakukan kajian.*dalam kajian dr.sha, tunggu result di entry akan datang*

Nabi SAW pernah bersada, daripada Anas bin Malik r.a. :
“Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara, tamak dan angan-angan.”

Macam mana angan-angan tu jadi salah pula? Betul ke salah berangan-angan ? Tidak salah, in shaa Allah.



Tapi yang salahnya adalah apabila panjang angan-angan. Dan angan-angannya itu hanya tinggal dalam angan-angan. Imaginasinya sahaja yang berfungsi, tetapi jasad tetap tidak bergerak!

Beerti, macam sha tengok ada ayam kepci atas meja ,menitik-nitik air liur sha bayang kesedapan rasa ayam tersebut apabila dikunyah ,tetapi sha tak bergerak untuk mendapatkan ayam tersebut. Jadi, ada dua kemungkinan timbul di sini . Sama ada ayam tu akan sejuk dan tidak sedap. Ataupun roommate sha rembat ayam kepci spicy yang ada atas meja tu.

Cita-cita dengan angan-angan itu sama?

No. Cita-cita ialah suatu keinginan yang memerlukan tindakan usaha yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan apa yang diidamkan. Tidak seperti panjang angan-angan.
Kata orang, berangan sahaja lebih, tapi tindakan tiada!

angan-angan berpanjangan tanpa usaha

Terus dan terus berangan-angan itulah panjang angan-angan tanpa apa tindakan. Sehingga akhirnya, angan-angan itu menenggelamkan si pelaku angan-angan. Dirinya bahagia hidup dalam angan-angannya sendiri.*syoksendiri*

Macam ni kawan-kawan, sha bagi satu contoh, seseorang itu berangan-angan untuk terus-menerus hidup di dunia dan mengumpul harta yang banyak sekali. Padahal, hari akhirat itu ada sebenarnya. Dirinya lupa tentang itu!

Angan-angan yang panjang sehingga melupakan hari akhirat.. Kan bahaya tu. Angan-angan macam ini boleh mendatangkan kemudharatan berpanjangan kan kawan-kawan yang sha kasihi ?

Angkara Angan-angan Yang Panjang?

Ikut hawa nafsu dan terus-menerus berangan sampai melupakan kehidupan akhirat itulah angan-angan yang membunuh. Angan-angan itu tiada penghujung, kerana semuanya indah belaka. Tidak seindah dunia ini yang penuh dengan segala kedukaan dan kesengsaraan. Maka, tidak keterlaluan kalau sha buat konklusi jika ada orang yang terperangkap dalam angan-angan sendiri.

Terperangkap dalam angan-angan? Macam mana tu?

Senyum.

Orang yang terperangkap dalam angan-angan itu tersasar niatnya untuk apa hidup di dunia. Dia lupa untuk apa sebenarnya hidup yang sementara ini. Bahkan mungkin dirinya terus-terus memaksa mental untuk menolak kematian dan hari akhirat. Kalau pun dia tahu mengenai hari akhirat, keyakinannya tidak ada mengenainya. Dan akhirnya, dia menolak fitrah yang sedia ada! :(

Nak tahu ?  orang yang panjang angan-angan sebenarnya juga tidak kisah dengan kejadian hari akhirat , yakni syurga dan neraka. Seksa dan nikmat. Sebab apa? Sebab dia sudah ada dunia angan-angannya sendiri. Yang serba indah dan membelai jiwa. MashaAllah. :(

Kalau orang yang normal, dia akan sedar semakin hari semakin pendek umurnya, tapi orang yang panjang angan-angan 'tak ambik port' itu semua. Dirinya akan hidup dengan jalan dan kemahuannya sendiri. Mungkin dirinya sedar tentang amalan-amalan fardhu, tetapi jiwa dan mentalnya sendiri yang menolak perkara itu.

Dan orang yang panjang angan-angan ini boleh menjadi siapa sahaja. Mungkinkah sha sendiri? Mungkinkah kamu yang sedang membaca? Mungkinkah manusia-manusia diluar sana?

Nauzubillahi minzalik!
Orang yang panjang angan-angan membunuh perasaan sensitif seorang hamba Allah!

Kawan-kawan, berangan-angan itu tak salah, sekali lagi sha highlightkan. Angan-angan yang disusuli dengan usaha itulah namanya cita-cita. Tetapi angan-angan yang hanya disusuli angan dan angan serta angan, itulah namanya angan-angan panjang yang sangat bahaya!

Psst! Kawan-kawan, maka kamu yang mana?
Yang berangan-angan disusuli dengan angan-angan atau yang berangan-angan tetapi disusuli dengan usaha?



The choice is in your mind.
If you dont mind, share it with me .
Leave a comment :)
Live well or live hell. You choose!

*pause angan-angan sha kejap , nak sambung usaha pula.
mohon doakan sha selasa dan rabu ada test biology dan test statistics*

Semoga ALLAh merahmati.

24 January 2013

Baik Sangat Ke Kau, Nak Nasihat Aku ?

"Hek eleh... Macamlah kau bagus sangat nak nasihat aku! Cermin diri kau tu dulu.. Diri sendiri pun jalan macam ketam, ada hati nak suruh aku jalan straight. Macamlah aku tak kenal perangai kau tu macam mana sebelum ni. Sekarang ni nak berlagak ustazah pulak nak bagi nasihat kat aku!"

Wah ! Kalau bab agama, orang kita memang pantang ditegur. Habis disumpah seranahnya kita. Dikaji-selidik , disoal siasat pula kesalahan kita dan mengungkit kisah-kisah silam tambah-tambah yang pernah terlanjur dalam kancah maksiat sebelum ini. Mungkin beliau merasakan orang yang memberikan nasihat itu tidak layak untuk menasihat dirinya. Mungkin kerana seseorang itu kurang baik akhlaknya mahupun dianggap cakap tak serupa bikin.

Sebab apa ye ? Sebab wujudnya sifat sombong ataupun ego dalam diri seseorang itu. Sebab beliau rasa dirinya tidak memerlukan sebarang komen atau nasihat daripada insan yang lain.

“Kesombongan itu menolak kebenaran dan merendahkan martabat manusia." 
-HR Muslim
“Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah.” 
-HR Muslim
Chupp ! Saudara-saudari sekalian, dalam konteks Islam, jika kita melihat seseorang melakukan maksiat, wajib untuk kita menegurnya walaupun kita masih melakukan dosa kerana setiap Muslim itu adalah pendakwah. Gunakan konsep amar makhruf,nahi mungkar Kita bukannya maksum seperti Rasulullah SAW. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Kenapa mahu diungkit sejarah hitam seseorang yang sudah insaf? Dia memberi nasihat mungkin kerana tidak mahu kesilapan yang dilakukannya diulangi insan lain. Dan tidak perlu tunggu jadi ustazah baru hendak memberi nasihat.


“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan” . (Imam Hasan Al-Basri)

‎"Barangsiapa yang memberi nasihat dengan memandang dirinya baik, maka dia akan berdiam diri apabila berbuat kesalahan. Dan barangsiapa yang memberi nasihat, kerana apa yang diucapkan adalah kebaikan dari Allah untuk dirinya, maka dia tidak berdiam diri apabila berbuat kesalahan."(Ibnu Athailah-Al Hikam).
Apapun yang dikatakan oleh seseorang yang boleh bagi manfaat mahupun kebaikan kepada kita, ambil dan simpan sebagai pedoman hidup. Apa yang buruk dan tak berfaedah daripadanya, kita buang jauh-jauh. Walaupun seorang pencuri menasihati kita supaya jangan mencuri!


Saidina Ali r.a juga ada mengatakan: "Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan."

Sedang kita riuh rendah , pung-pang pung-pang menegur salah orang lain, sedangkan kita sedang di takuk lama dan berada di tahap sebegitu , manada ada orang nak respek kita . Jangan cakap tak serupa bikin. Jadikan nasihat yang kita beri , sebagai peringatan kepada diri sendiri. Cubalah untuk berubah sedikit demi sedikit .

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" (Surah As-Saff 61 : 2-3)

Sebaiknya, sambil kita memperbaiki diri, sambil itu juga kita menyeru orang lain turut berubah bersama kita dan sama-sama buat kebaikan. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang?  Nak bagi nasihat juga, biarlah berhikmah. Manusia tak sempurna. Maka sempurnakanlah mereka dengan teguran yang membina. Bukan yang menjatuhkannya.



Yang ditegur tu, jangan cepat melatah, usahlah melenting. Anda sepatutnya bersyukur kerana Allah telah menghantar seseorang untuk menegur dan memberi peringatan kepada anda daripada terus hanyut ke dalam lautan noda. Amatlah rugi jika seseorang itu tidak mahu menerima teguran kerana dikhuatiri Allah akan terus menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati itu. Nauzubillah...

#Jangan lupa follow Sha :)

13 January 2013

Nilai Seposen

Assalamualaikum ♥

Buat pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris atau penduduk sekitar Tanjung Malim, siapa yang pernah menjejakkan kaki ke pasar malam atau pasar minggu yang diadakan setiap Sabtu yang terletak di Pekan Tanjung Malim , angkat kening pehlis . Eh ?

Of course, semua pernah menjejakkan kaki kat sana kan ? Iye , banyak kan makanan makanan sedap . Baju baju yang merambangkan mata , tudung tudung yang merambangkan lagi menjulingkan mata . Chupp , bukan itu yang sha nak highlight dalam entry kali ni . Bukan pasal jersi lengan panjang yang murah, bukan pasal mee goreng basah rm2.50. No no no.

Sepanjang kita jalan dalam lorong lorong pasar tu, ada perasan tak tabung tabung derma ? oh, kecik sangat, taknampak kan? Jadi , mesti nampak kan makcik makcik , pakcik pakcik , kakak, abang abang dan adik adik yang duduk di tengah jalan dalam keadaan yang daif dan menghulurkan mangkuk mangkuk kecik bukan?

"Alah, pura-pura je tu"
"Toksir kawe vi pitih, sekyo tipu belako"
"Pandai kan diorang tu berlakon, bawak anak kecik segala"
"Tahu mintak sedekah je"

Aik , macam ini ke rakyat Malaysia yang penyayang?
Kelaut sudah rasa perihatin dan simpati  bukan? Laju sahaja caci maki hina bina peminta sedekah yang tak berdaya tu kan?

"Hmm, tak berdayalah sangat"

Readers ,
Bukan sha nak paksa kita betul betul percaya yang mereka tu betul-betul jujur. Dan sha nak tegaskan jugak , bukan semua mereka mereka yang duduk kat situ palsu belaka . Sha tak mampu nak nilai mereka semata semata dengan sekilas pandang.



Akan tetapi , tetapi !
Sanggup kah kita ? sanggupkah kita melintasi mereka yang duduk dalam keadaan daif tu sambil memakan seketul burger ayam double triple special ataupun menatang ais krim lima perisa serentak dengan hiliran ais krim di tepi bibir ? Tak cukup dengan itu , dengan puas hatinya kita memuji makanan tersebut di hadapan mereka yang tidak mampu.

"Em, yummy yum yum. Sedapnya, rugi kalau tak beli tadi ni"

Manusiakah kita?
Bukan sha nak suruh anda semua hulur wang hatta matta walau sehinggit sekalipun. Bukan .
Sebab apa? Sebab sha faham , kita sanggup menahan lapar dahaga demi nak save duit sebab takcukup nak beli baju kurung polka dot murah yang kita order online tanpa wang pos tu kan?  takpun nak save duit nak beli produk kecantikan demi nak kulit lebih putih , cerah , berseri, menawan tertawan , kan kan kan?
Dan kalau kita derma sehinggit kepada seorang peminta sedekah dan didarabkan dengan sepuluh peminta sedekah di pasar malam tu, jumlahnya dah rm10 . Alamak , banyak tu kan?

Serius , jumlah rm10 tu besar bagi pelajar universiti yang kebanyakannya pinjam PTPTN kan ? *walaupun sekali pasar malam, lima helai tudung berharga rm50 pandang sebelah mata ja kita rembat*

"Jadi, bagaimana ?"
"Tak payah derma lah an? Jimat duit pt ."

No !

"Dahtu ?"


Senyum. Begini sahabat sahabiah semua.
Apa kata sebelum melangkah ke Pasar Malam itu, sediakanlah wang syiling seposen seposen.
Dua posen dua posen ke.
Lima posen lima posen ke.

"Untuk apa? Berat lah beg"


Senyum. Untuk didermakan.
Andailah ada sepuluh orang yang yang memohon sumbangan, seposen darab dengan sepuluh,
Baru singgit abang kakak adik sayang semua.

"Alah, baik takpayah derma, setakat seposen, dia boleh beli apa je."

Wallaweh , penat belajar mathematic siap belajar additional mathematics yang exam nya jarang bebenor lulus masa spm dulu .

Kalau anda seorang dah derma seposen.Datang kawan anda derma lagi seposen.Makcik jual sayur derma seposen . Dan andaikan pengunjung pasar malam tu jumlah nya dua ribu orang , tak ke dah dua ratus makcik pakcik kakak abang adik adik yang memohon sumbangan tu dapat ? Dah boleh beli beras , barang-barang dapur dan keperluan keluarga untuk seminggu.



Dan alhamdulillah, kita dah berjaya menolong beberapa keluarga yang susah di Tanjung Malim ni secara tak langsung bukan? Well done, kita juga dah memupuk rasa simpati dan perihatin dalam masyarakat Tanjung Malim . Baiknya semua. Baiknya pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Apa lagi , duit seposen seposen lebihan beli barang barang tu simpan la dalam beg kecik .
Kumpul banyak banyak nak buat bekalan kita di kehidupan yang satu lagi.
Ayuh kumpul duit dan derma hatta seposen pun !
Renung-renungkan dan selamat beramal :)









31 December 2012

My One and Only Kakak's Wedding


Alhamdulillah , akhirnya usai sudah majlis akad nikah dan walimatul urus kakak ♥ Lega-lega-lega .
Tahniah kakak & abg ejad . Semoga bahagia dunia dan akhirat .

Hohoho , dalam kegembiraan sang pengantin bersuap-suap , bersanding atas pelamin , berposing bermacam gaya , Sha pulak melantik diri sendiri sebagai seorang wedding photographer tak bertauliah . weee~
                                                                                                       



Macam biasa , hari kenduri hari kenyang sedunia . Sha pun tak ingat berapa kali sha melahap nasi minyak hari tu . rasa macam patplohnamkali *okay tipu . tapi memang kenyang tahap eksyen kamen la sha haritu.ramai jugak sedara yang datang memenuhi jemputan . lega hati mamaabah. mahu tak nye , dua tiga hari sebelum kenduri tu, ber-uban rambut dok fikir , ramai ke yang akan datang kenduri tu , sebab banyak sangat kenduri yang berlangsung haritu .

Apapun , a warm-welcome for abg ejad and his children to our family  :)







27 December 2012

Fighting ♥

Jika kau kecewa ,
Pandanglah sungai ,
Airnya terus mengalir ,
walau berjuta batu menghalang .

Kekecewaan. Perasaan yang seperti berusaha menarikmu ke dalam bumi. Menjatuhkan cita-cita.. menghancurkan perasaan.. membuatkan kau merasa bahawa tiada lagi kemenangan yang dapat kau capai. Heyy ,dengarkan daku ! kau boleh kecewa dan kau berhak kecewa saat kau gagal dalam menjalani hidup, tapi kau harus bangkit lagi sedetik kemudian untuk berusaha dan terus mencuba meraih harapanmu..

Kau tidak boleh menunggu keajaiban, kau harus mengejarnya meski kau tahu itu mustahil.. tapi percayalah, Tuhan akan menjadikannya tidak mustahil dan memberimu kesempatan menerima keajaiban!



Fighting Shalinda !!


26 December 2012

Wordless Wednesday ♥


Trust ♥


"Cinta hanya akan terus kekal kiranya kepercayaan kita pada dirinya terus kekal"
"Kalau kita sudah tidak percaya lagi akan dirinya, bagaimana percintaan kita itu ingin diteruskan kerana di mana sahaja dirinya pergi, apa sahaja yang dia lakukan, pasti wujud sahaja ketidakpercayaan di hati dan tatkala saat itu tiba maka punahlah cinta.."
Assalamualaikum  ♥

Alamak , besok test biologi dan kuiz statistik !
sempat pulak sha update blog ye .
tapi rasa eksaited yang tinggi nak kongsi sesuatu tentang kepercayaan, sanggup tolak buku ke tepi sekejap , alah , sekejapp je, janji ! :)



Isu kepercayaan ini sering kali berlaku dalam kehidupan pasangan kekasih dan suami isteri. Si lelaki tidak percayakan si gadis atau sebaliknya. Perasaan ragu-ragu itu ada baiknya dalam hubungan kerana ia boleh memberikan kesan positif tetapi yang menakutkan ialah ia memberikan kesan negatif lebih banyak daripada kesan positif.

Kurangnya kepercayaan pada pasangan kita akan memburukkan keadaan. Ia akan mengeruhkan keadaan yang padahalnya cuma masalah kecil. Contoh, si kekasih merasakan kekasihnya ada orang lain, atau menipu. Dengan wujudnya perasaan ini, pergaduhan akan berlaku sekiranya apa yang dinyatakan itu tidak benar, malah kemungkinan besar ia akan menyebabkan perpisahan.



Bagi sha kepercayaan umpama bermain pedang bermata dua yang boleh memakan diri si pemegang. Kepercayaan itu merupakan suatu perkara yang boleh melukakan orang lain juga diri kita sendiri. Sepertimana pengalaman yang sha pernah lalui, kepercayaan kita terhadap seseorang itu sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri. Terpulang kepada diri sendiri untuk memberi dan menerima kepercayaan daripada orang lain. Namun biarpun kepercayaan terhadap seseorang itu sebenarnya suatu perkara yang suci murni, terlebih mempercayai orang boleh merubah keadaan menjadi haru-biru.

Pernah sha terbaca qoute dari George MacDonald, 'to be trusted is a greater compliment than being loved'. Sha akui yang cakap Mr. MacDonald ni ada kebenarannya. Kita sebenarnya akan berasa lebih yakin apabila kita tahu yang orang lain boleh mempercayai kita, dan kita juga akan berasa terlalu sedih jika sedar yang tiada sesiapa yang sanggup mempercayai kita, lebih sedih dari putus cinta atau menerima penolakan. 

Anugerah kebolehpercayaan dari orang lain dan penganugerahan kepercayaan kepada orang lain sebenarnya boleh memudaratkan emosi sekiranya tidak dikawal dengan baik. Contohnya kita terlalu mempercayai seseorang sehinggakan orang itu menyalahgunakan kepercayaan tersebut untuk perkara yang tidak baik, seterusnya bila kita mengetahui situasi itu kita pula akan berasa tertekan dan menerima semacam beban emosi dalam hidup. Inilah yang sebenarnya dimaksudkan dengan 'kepercayaan adalah pedang bermata dua'.

 if you can't control the situation it'll backed down and hurt you. 

Sha mengaku sha sebenarnya seorang yang sangat mudah untuk mempercayai orang lain. Dan sha juga mengaku yang kepala sha ni dah berjuta-juta kali diinjak lantaran kepercayaan yang sha berikan kepada orang. Ada yang berlaku curang, ada yang tikam belakang, ada yang menumpang hanya bila senang, dan juga ada yang menipu depan belakang. Sebenarnya sha tak kisah pun dengan hal itu semua kerana sha tahu satu hari nanti mereka semua akan malu dengan perbuatan sendiri. Tuhan itu Maha Adil, kan? 

Malah balasan daripada semua itu pun sudah sha lihat sedikit sebanyak dalam kehidupan sha sehari-hari. Mungkin ada yang akan kata sha ini terlalu naif dalam menilai peribadi orang sehinggakan dengan mudah sha meletakkan kepercayaan terhadap mereka, tetapi sebenarnya sha masih cuba menjangka peribadi seseorang apabila kepercayaan itu diberi. Dengan cara sebegini sebenarnya sha belajar mengukur nilai sebuah persahabatan dalam diri orang lain.

'It took years for us to give trust, but it took just a few seconds to destroy it.'

True , memang betul kita hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk memusnahkan kepercayaan yang diberi oleh orang lain. Satu kesilapan bodoh, satu perasaan konon kebijaksanaan, satu kesengajaan, segalanya boleh memusnahkan kepercayaan seseorang. Jadi seberapa bijakkah kita dalam menilai erti kepercayaan yang diberikan oleh orang lain terhadap kita. Bagi sha mudah.my sahaja semua tu, biar orang buat kat kita jangan kita buat kat orang, Tuhan itu Maha Adil, kalau bukan hari ini terkena maknanya esok pun masih ada. 

Jadi secara ringkasnya, jangan mudah mempercayai orang 100%, dan jangan sesekali menyalah gunakan kepercayaan yang diberi oleh orang lain.

Sekian dari Sha :)

24 December 2012

For Us, Girl !


I’m just a girl
I love being called pretty, but I’ll never believe it.
I’m not always right, but hate admitting I’m wrong.
I’m almost always smiling, but it’s not always real. :)
I can be read like an open book, but hide so much.
I work hard at things, but don’t always get what I deserve.


I always make people happy, but never take a hand to wipe my tears
I do try to make some difference, but things not always in my favour
I do try to forget the bad time, but some pains always be with u till the last breath

If love growing, then why girls never get the one who stolen their hearts
If girls sincerely put their hands for making eternity, so why they get most painful time always

I’m the girl and girls are very soft hearted, no matter how strong they look
They deserve Love and its should be come into their lives
Not matter whatever they are………..
They never ask who you are
Girls believe in love and they do whatever they can
I’m the girl and I want a hand in hand to walk toward the end
Get me out from the pain, I deserve your eternity love...

I’m just a girl.....
Proud to be a girl...
yeah definitely i am....

Because I'm A Girl


When a GIRL is quiet,
Millions of things are running in her mind

When a GIRL is not arguing,
She is thinking deeply

When a GIRL looks at u with eyes full of questions,
She is wondering how long you will be around

When a GIRL answers "i'm fine" after a few seconds,
She is not at all fine

When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying

When a GIRL lays on your chest,
She is wishing for you to be hers forever

When a GIRL calls you everyday,
She is seeking for your attention

When a GIRL sms's u everyday,
She wants you to reply at least once

When a GIRL says I love you,
She means it

When a GIRL says that she can't live
without you,
She has made up her mind that you are
her future

When a GIRL says "i miss you",
No one in this world can miss you more
than that. <3

12 December 2012

Wordless Wednesday ♥


Aku Tak Lemah Kerana Cinta


Assalamualaikum ♥

 Lemah? Kenapa harus menjadi lemah. Bersedih setiap hari melamun tambatan hati,

"entah kemana dia pergi? kenapa harus terjadi perpisahan?"

Larut dalam kesedihan tidak berkesudahan, membuat tubuh lemah dan tidak kuat bertahan.

Kita boleh kuat menghadapi kesunyian ini. Seharusnya kita harus berfikir bahawa soal cinta & jodoh ini hanyalah masalah waktu sahaja. Kalau sekarang dia belum juga hadir menyapa kita dengan senyuman manisnya, kita yakin satu saat nanti dia akan tiba :) .

Dia pasti akan hadir dengan sekarung cinta dan kasih sayang yang selalu kita nantikan, yang menambat hatinya kepada pemegang hidup kita, Allah SWT akan lebih menenteramkan hati dan melembutkan jiwa.

“Saya kuat, dan sentiasa akan kuat”
Katalah kalimat itu dengan renungan tajam ke cermin, kepalkan tangan(macam penumbuk la) dan tetap optimis. Air mata mungkin akan mengalir, kerana penantian yang tidak kunjung usai. Tapi air mata itu bukan air mata lemah yang mudah sekali menitik. Namun air mata itu adalah air mata harapan, yang akan menampung semangat kita untuk tetap bertahan dalam iman.



Kita bukan generasi yang mudah putus asa. Semangat yang kita miliki akan selalu mekar oleh jiwa yang kita miliki. Harapan kita hanya kepada Allah, dan harapan kita bukanlah harapan yang main-main. Kita boleh berharap pada orang-orang yang kita percaya, tetapi harapan pada Allah tidak boleh pupus begitu sahaja. Kerana harapan kepada Allah inilah yang akan menjadi bara api dalam hati yang selalu memotivasikan hati. Allah tidak tidur, Dia kan selalu mendengar doa kita.

Tidak semua orang perlu tahu keadaan kita. Jadi tidak perlu bagi kita bercerita ke sana ke mari masalah yang kita hadapi. Kita hanya akan menyampaikan kepada Allah dalam solat malam yang kita dirikan. Berderai air mata tercurah, harapan yang begitu besar tertambat, hanya untuk Allah sang penjawab doa.

Boleh la sesekali bercerita kepada orang yang kita percayai, tapi JANGAN kepada setiap orang yang kita jumpa. Kerana boleh jadi kita akan lupa tentang apa yang kita keluhkan, tapi orang lain yang mendengarnya tidak akan pernah melupakannya. :)

19 September 2012

Tiring Tuesday

Assalamualaikum

alhamdulillah , harini sha berjaya buat 2 presentation dengan "jaya" nya. *hahaha* gelak bangga sambil makan ayam uncle bob yang tak habis kongsi dengan roomate tadi.

sejak semalam sha bertungkuih lumuih(bertungkus lumus) menyiapkan benda benda alah yang nak kena present hari ni . letih sangat sangat lah macam kerja buruh binaan je. sempat lagi sha merembat beberapa bungkus milo roomate untuk menghilangkan rasa mengantuk . eh, milo boleh hilang ngantuk eh ?

final exam is around the corner. macam mana ni... macam macam tips sha cuba untuk fokus. tapi macam macam cara jugak shaitonnn nirojimm menghasut sha ni , tidur tidur tidur. masalah paling utama sekaarng ni adalah seketul tilam dan bantal empuk yang sangat menggoda ni.

patut kah sha buang je tilam dan bantal empuk ni ke lobi KHAR ?

tak tak . bukan tu cara terbaik . setelah limaratusempatpuluh minit tanya pakcik google , sha terjumpa tips tips atau adab belajar ni.


harap-harap sha dapat amalkan adab adab ni . insyaAllah :)

17 September 2012

Mukadimmah Lagi ?

Assalamualaikum ♥

tatkala manusia-manusia di Malaysia ilek je membuta tengah malam , sha pulak pulun menaip entry ni sorang sorang . sebenarnya, sha tak boleh nak pejam bijik mata ni . bukan bukan. bukan sebab bijik mata ni besar sgt. dah berpeta Malaysia bantal busuk sha sebagai bukti betapa empuknya tilam di KHAR ni tatkala dapat membuta di siang hari.

dah lama tak update belog penguin ni. *bajet retis lagi* dah lama jugak jari-jari sha tak berlari-lari di atas keyboard COMPAQ ni.
tempek gambar terbaru. haha


bukan tak cukup masa. cuma tak cukup idea nak menaip entry dalam belog ni. almaklum lah,semenjak zaman sekolah menengah dahulu kala sha memang allergic dengan karangan ataupun esei ni.tapi setat dari sekarang, ya sekarang, sha nak mula belajar mencintai esei. 

motif ? nak ganti Samad Said ? hish , takla. sha nak belajar meluahkan idea, pendapat , perasaan dan perasan dalam belog ni.

mungkin dengan cara ni dapat kurangkan sikit beban iceberg atas kepala sha ni. sejak sambung belajar ni, terlalu banyak tekanan. esaimen tak siap , group discussion hancus . makan terlebih lalu,tidur terlebih lena , mandi tak basah-basah *aikk*. haha. shh.

harap harap usaha ini dapat menambahkan keyakinan dalam menaip esei dan mengurangkan iceberg yg menghempap kepala sha ini . insyaAllah :)




21 May 2012

Assalamualaikum. 


pagi tadi macam biasa, bangun2 ,bukak peti ais, mandi , terus on pc... wajiblah . sebab nak tengok berapa ratus notification kat facebook tu.tersentap hati ni bila tengok notification tak sampai pun seratus. *bajet artis*


kemudian buka belog . tengok-tengok belog kak yuyu . mak oi , result dia.. terjegay mata ni. macam mana boleh dapat result camtu. terus membuak-buak semangat nak dapatkan result camtu.tambahan semalam dok kalud tengok syarat pointer untuk sambung ijazah di universiti-universiti dalam Melesia.


nak sambung ijazah farmasi cgpa 3.86 kot. terkentut-kentut orang yang nak ambik bidang farmasi tu. not me :D . jom kongsi sikit syarat-syarat pointer ni . tapi degree ni dekat uitm lah . senang, kos pon tak mahal sangat .




UNTUK LEPASAN DIPLOMA SAINS


FAKULTI SAINS GUNAAN
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN BIOLOGY - CGPA 2.50
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN KIMIA - CGPA 2.50
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN FIZIK - CGPA 2.50
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI POLIMER - CGPA 2.30
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN KIMIA GUNAAN - CGPA 2.50
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI MAKANAN - CGPA 3.00
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI PERABOT - CGPA 2.00
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI TEKSTIL - CGPA 2.30
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI SAINS PERSEKITARAN- CGPA 2.50
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI BAHANSARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN FIZIK INDUSTRI-CGPA 2.00
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN BIO-KOMPOSIT -CGPA 2.00
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN KIMIA (ANALISIS FORENSIK)-CGPA 2.75
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN TEKNOLOGI MARIN-CGPA 2.00

  • FAKULTI FARMASI(CGPA-3.80)
  • SARJANA MUDA FARMASI

  • FAKULTI KEJUTERAAN ELEKTRIK (CGPA-2.50)
  • SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRONIK
  • SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRIK
  • SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRONIK (INSTRUMENTASI)
  • SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)
  • SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)

  • FAKULTI KEJUTERAAN KIMIA (CGPA-2.50)
  • SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN KIMIA
  • SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN (KIMIA DAN BIOPROSES)

  • FAKULTI KEJUTERAAN MEKANIKAL (CGPA-2.75)
  • SARJANA MUDA KEPUJIAN KEJUTERAAN MEKANIKAL

  • FAKULTI PENDIDIKAN (CGPA-2.50)
  • SARJANA MUDA KEPUJIAN  PENDIDIKAN (BAHASA INGGERIS) 
  • SARJANA MUDA KEPUJIAN  PENDIDIKAN SAINS (BIOLOGY)
  • SARJANA MUDA KEPUJIAN  PENDIDIKAN SAINS (FIZIK)
  • SARJANA MUDA KEPUJIAN  PENDIDIKAN SAINS (MATEMATIK)
  • SARJANA MUDA KEPUJIAN  PENDIDIKAN SAINS (KIMIA)

  • FAKULTI PERGIGIAN (CGPA-3.50)-KEMASUKAN JULAI
  •  IJAZAH SARJANA MUDA PEMBEDAHAN PERGIGIAN

  • FAKULTI PERUBATAN (CGPA- 3.50)-KEMASUKAN JULAI
  • SARJANA MUDA PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN 

  • FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI (CGPA-2.30)
  • SARJANA MUDA SAINS KEPUJIAN (TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LADANG)

  • FAKULTI SAINS KESIHATAN (CGPA- 2.75)-KEMASUKAN JULAI
  •  IJAZAH 
  • SARJANA MUDA KEJURURAWATAN
  •  IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
  •  IJAZAH SARJANA MUDA PENGIMEJAN PERUBATAN
  •  IJAZAH SARJANA MUDA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
  •  IJAZAH SARJANA MUDA FISIOTERAPI
  •  IJAZAH SARJANA MUDA PEMULIHAN CARAKERJA
  •  IJAZAH SARJANA MUDA OPTOMETRI
  •  IJAZAH SARJANA MUDA PEMAKANAN DAN DIETETIK

Kehendak vs Keperluan


Assalamualaikum. 

Keperluan dan kehendak ni perkara yang sangat berbeza. Keperluan ni satu benda atau keadaan yang memey perlu untuk hidup kita.. contohnya oksigen untuk bernapas, pakaian untuk menutup aurat, makanan untuk isi perut sentiasa lapar  tenaga untuk hidup yang ohsem , dan sebagainya. 
Senang nak kata, keperluan ini adalah benda ter-penting untuk kita teruskan kehidupan di bumi ini.

Firman-Nya bermaksud: 
"Hamba-hamba Allah ialah mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana."-Surah Al-Furqan: ayat 67

Tapi kehendak adalah sesuatu benda itu akan jadi kehendak bila kita masih boleh teruskan kehidupan yang ohsem walaupun ketiadaannya.. Contoh, walaupun kita tak ada iPad tu kita masih boleh hidup dengan biasa
*sebenarnya setiap malam mimpi main iPad*. 

1.Firman Allah SWT bermaksud: 
"Sesungguhnya Firaun adalah orang yang sombong takbur lagi terbilang dalam golongan orang yang boros berbelanja." -Surah Al-Dukhan: ayat 31 
2Firman-Nya bermaksud: 
"Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." -Surah Al-Israk: ayat 27

Kalau nak online sekalipun mesti ada komputer ataupun laptop kan *dahtu nak online kat tv mana boleh*.. Jadi, benda sebegitu akan jadi kehendak semata-mata. Kehendak merupakan sesuatu yang tidak akan habis dilayan dan dipenuhi kerana ianya sesuatu yang tidak terbatas.*buruk2kan kehendak*

yang sedang-sedang saja

Kedua perkara ini sangat jauh jurang perbezaannya tapi ia pasti akan berkait dengan kemampuan. Jika kita mampu untuk memenuhi kehendak kita dan tanpa menyusahkan orang lain itu yang dikatakan berkemampuan.
 Kita perlu bijak untuk membezakan antara keperluan dan kehendak supaya kita tidak rugi.


p/s : kalau taknak dilabel sebagai firaun/saudara syaitan , jauhkan diri anda dari sifat boros.
          kerana dirimu begitu berharga-dipetik dari salah sebuah iklan 


17 May 2012

Petua Menjaga Rambut


RAMBUT

1.Hindari Rambut Gugur

  • CARA PERTAMA: 
  • Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. 
  • Kemudian tapiskan. 
  • Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. 
  • Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam.
  •  Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  • CARA KEDUA:
  • Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa.
  •  Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. 
  • Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  • CARA KETIGA
  • Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. 
  • Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. 
  • Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. 
  • Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

arang

2.Melebatkan Rambut

  • CARA PERTAMA
  • Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. 
  • Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  • CARA KEDUA
  • Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat.
  •  Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci.
  •  Lakukan setiap hari.


3.Menghilangkan Kelemumur                                                                                                      Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-

  • CARA PERTAMA:
  • selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. 
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.                                                                                                          
  • CARA KEDUA
  • blend tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat.                                                         
  • Kemudian tapis dan ambil patinya. 
  • Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. 
  • Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. 
  • Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  • CARA KETIGA
  • rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. 
  • Kemudian tumbuk sehingga hancur.
  • Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut.
  •  Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.



4.Rambut Berbuah

  • Ramas daun pinang. 
  • Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. 
  • Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. 
  • Bilas dengan air bersih. 
  • Lakukan dua minggu sekali.


5.Meluruskan Rambut

  • Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua.
  •  Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. 
  • Sapukan sekali sehari. 
  • Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk.
  •  Amalkan selama seminggu.


16 May 2012

Tips Kecantikan


MUKA

Awet Muda
auntie2 semua inginkan muka yang awet muda macam Rojita Che Mat,sering tersenyum adalah salah satu petuanya. tapi , kalau rasa urat muka tu sakit sangat kalau nak senyum2 , ada banyak lagi cara untuk jadik muda .
  • blend beberapa jambul nanas , pastu rebus dengan air selama setengah jam. sampai agak2 air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali.Wanita hamil dilarang mengamalkan ni.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

MATA

Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik. Nak memiliki mata yang cantik macam Halija Helmi, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

  • Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.


Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras/candlenuts hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.



buah keras/candlenuts