29 March 2013

Cinta Qaseh

Assalamualaikum  


Ehem ehem ehem. harini sha nak cerita pasai satu drama tv yang menarik kedua biji mata sha pada setiap hari selasa. cess, setiap selasa lah sangat kan? sebenarnya sha baru tengok drama ni dua kali iaitu masa mula-mula dia tayang, lepas tu selasa minggu ni. tengok bukan sebab berminat sangat pun. sebab selalunya drama melayu ni omputeh kata apa, typical malay ka apa? 

memang typical malay pun. cerita hampir sama, ekspresi muka pun sama ja setiap drama. tapi sha bukan buat entry ni nak cerita pasal ekspresi muka ka, mekap tebai ka, rumah mewah ka. sha berminat dengan jalan cerita dan macam mana si heroin ni berjuang untuk cinta tiga segi dia. cinta tiga segi ? itudia, bila cakap pasai cinta tiga segi , mesti kita ingat orang yang terbabit dalam cinta tu curang, jahat, takpikiaq perasaan orang lain dan seumpamanya lagi lah.



ada sesetengah cinta tiga segi ni, bukan atas niat depa pun. tup tup, dengan sekali tertangkap gambaq si heroin, si hero dah jatuh cinta gila gila. si heroin pun jatuh hati dengan si hero tu tanpa boleh jelaskan kenapa, mengapa, bagaimana dan apa. ecece. lepas tu belum sempat nak luahkan perasaan, si hero dengan si heroin ni terpisah. lepas beberapa ketika, si hero ni eksiden pastu dimasukkan dalam wad di mana si heroin ni jadi doktor pelatih. nampak dak takdir depa ada kat situ ?

lagi ohsem kalau ady putra tu ganti dengan aaron aziz kan kan? :D

tapi dalam masa yang sama, si heroin dah pun ditunangkan dengan pilihan keluarga. adudui, rumit kan? tapi sha tabik kat si heroin ni, sebab dia boleh bekerja dengan profesional walaupun yang dirawat dia tu adalah crush dia pada masa tu. sejurus ninja naruto , *apekah . sejurus lepas si heroin akad nikah dengan si suami, si hero pun sedarkan diri. kembali menagih cinta si heroin. adududui. lagi lah ! sapa pilihan hati si heroin ni. boleh ka dia pertahankan rumah tangga dia yang kosong tanpa cinta. ataupun nak mulakan hidup yang baru dengan si hero. ha, kena tengok sampai habih la, sebab sha dah penat menaip. 


apa apa apa pun, cinta ka , cinta mati ka. cinta tiga segi ka, cinta biskut empat segi ka. kita kena fikir jugak perasaan orang sekeliling kita. dan yang paling penting, kita kenal sapa cinta sejati kita , tak lain tak bukan Allah swt. drama, drama jugak. kita kena berpijak atas bumi yang nyata lah noh. bila kita ada atas muka bumi ni, kita kena jaga hubungan dengan manusia, tak lupa juga dengan Allah swt. itu yang paling penting. Last but not least, sha taksabaq nak tengok ending cerita Cinta Qaseh ni :)

28 March 2013

Apa Itu Scoliosis

Assalamualaikum 

Malam ni menjadi-jadi pulak kerja online sha. Lepas dok renung wall facebook 2 jam lebih, beralih kepada game surgery kat surgerygames.org , lepas tu teringat pula haritu nak google pasal scoliosis ataupun bahasa mudah dia, tulang belakang bengkok. Pasal masa buat medical check-up nak masuk universiti haritu, doktor bagitahu yang sha ni salah seorang penghidap scoliosis. Dulu masa mula-mula dapat tahu sha ni penghidap scoliosis, ada la jugak google sikit sikit pasal penyakit ni, Tapi tergendala sebab terlampau sibuk.



Penyakit scoliosis ni merujuk kepada keadaan tulang belakang yang tak normal, sama ada bengkok ke kiri, ke kanan ataupun ada yang berpusing. Hebat nya. Kalau dilihat dari xray dari sudut depan, kita boleh nampak tulang tu membentuk huruf 's' dan ada juga yang berbentuk 'c'. Dari apa yang sha google, penyakit scoliosis ini takda sebab. Tak diketahui sebab dia.

Biasanya wanita lebih banyak menghidapi penyakit scoliosis ni, namun tetap ada penghidap lelaki. Umumnya, penyakit ni bermula dari sebelum puberty dan jarang ada pesakit yang mula daripada dewasa. Scoliosis yang bengkok dia tak lebih daripada 45 darjah selalunya tak akan jadi lebih teruk lepas dewasa.

Tanda tanda Scoliosis.
1. Bahu herot sebelah *sebelah bahu lebih tinggi
2. Kepala nampak tak centered dengan badan
3. Salah satu tulang bahu agak terkeluar daripada yang satu lagi
4. Bila bongkok kan badan, ribs akan nampak macam tinggi sebelah

Scoliosis ni bahaya jugak tau :( Kalau kebengkokkan tulang belakang tu makin parah, boleh menyebabkan fungsi jantung dan paru-paru terganggu hingga menyebabkan sesak nafas dan berdebar-debar. Dengar kata, pesakit scoliosis digalakkan untuk banyakkan berenang dengan bergayut pada palang tiang. Oh my , nak gayut kat tiang mana ni.

Contoh xray scoliosis




23 March 2013

Quiling Craft

Asslamualaikum 

Apakah benda 'quiling craft' tu ? Rasanya ramai dah antara pembaca-pembaca belog sha ni yang tau apa itu quiling, cuma sha ja yang baru eksaited tahap gaban bila tahu ada kraf tangan yang macam ini. Comel gila kraftangan macam ini, baru tadi dok google-google jumpa kraftangan macam ini. Ya, iyalah, cuti sem baru nak mula, sha pun mula la cari benda benda merepek nak buat kat rumah. Berani potong kuku, sepanjang cuti sem ni sha makan, tidoq ja. Kalau tak cari benda berpekdah, memang ulaq sawa lah sha.

Dok merepek apadia entah, tak terang-terang lagi Quiling Craft tu apa benda. Quiling tu kerja kerja menggulung kertas dan cantum sampai satu satu benda alah yang sangat cute ! Kertas yang digunakan hanyalah kertas A4 biasa , mengikut berat yang kita suka. Patu kertas tadi kita potong ikut lebar 3mm,5mm,6mm. Untuk memudahkan kerja, gunalah mini paper shredder macam yang bawah ni ;


Kalau ada bajet lebih, wajiblah beli shredder elektrik ok ? Lebih cepat ! Hasil dia macam mana? Haa, macam gini !


Alat-alat yang wajib ada untuk quiling/gulung kertas kertas ini .


Kalau tak ada benda atas ini pun takpa, guna ja lidi-lidi satay . Lepas itu kena gulung gulung sampai jadi bentuk yang kita nak, kalau kita kreatif lah kan. Kalau tak, kita kena belajar asas dia dulu daripada youtube.
Yang bawah ni adalah contoh contoh quiling asas yang perlu kita tau at least. 


Dan hasil quiling sepenuhnya boleh hasilkan kraftangan yang macam gini,


Lawa kan kan kan ? Okay, marilah kita sama sama mencuba benda baru sempena cuti sem ini. Boleh buat kad untuk hari ibu dan hari guru yang akan datang, kreatif dan comel. Selamat mencuba! 






18 March 2013

Diam Bukan Lupa

Assalamualaikum 


Some people walk into our live and quickly leaveSome stay for awhile and leave footprints on our hearts. Some remain forever in memory and heart. And we are never, ever the same.


Dalam banyak banyak masalah sha. Masalah nak jaga hati orang paling susah dan rumit! Bukan sebab sha suka sakitkan hati orang. Sebab lain padang, lain belalang. Rambut macam macam kaler, apatah lagi hati manusia yang sukar diramal sama sekali. Dalam usaha nak jaga hati sendiri, hati orang sha sakiti. Maafkan sha. Susah sha nak jaga hati semua orang, kecuali kalau orang tu terang kat sha betul betul apa yang dia nak. In shaa Allah , sha boleh usaha nak jaga hati dia macam yang dia nak. Sometimes it is good to be honest.

Berdiam diri bukan bermakna melupakan. Menjauh bukan bermakna membenci. Menghilang tidak bereerti memutuskan sesebuah hubungan. Tetapi berdiam diri adalah untuk menenangkan diri, menjauh pula untuk menguji hati. Menghilang pulak untuk menilai erti sebuah ikatan yang terjalin.It is true that life could be meaningless if we are alone. Tapi dalam satu titik, kita perlu satu ruang bersendirian untuk menilai di mana silap, apakah cara terbaik untuk sesebuah hubungan.




Hidup harus berfikir ke hadapan, jangan toleh ke belakang.*macam iklan petronas pulak. Sometime we should not give too much trust to someone. It may be hurt someday, because people changed. Seseorang kita betul betul percaya dan bagi harapan setinggi gunung kinabalu itu tidak mustahil akan meninggalkan kita terkontang-kanting mencari salah diri. That one that we really know will never disappointed us, maybe will be the one who humiliate us one day. Who knows? Allah know :) *tedia, english teraboq.

I dont fear to enemy that attacks me, but the fake people who hugs me tightly. 


Sambung dengan diam tadi. Diam tak bermakna hilang kata-kata, namun tengah mengatur sebaik-baik bicara. Diam tak bermakna bisu, sepinya hubungan tidak bermakna lesu, sunyi tidak bermakna layu, jauh bukan beerti jemu. Kadang kadang kita terlupa, dalam renung mata tersimpan sebuah makna, dalam remuk sangka tersimpan sedikit percaya.

Kalau nak tahu tingginya kawan,
Cuba panjat pepohon manggis,
Kalau nak tahu siapa kawan,
Di mana dia tika menangis?

17 March 2013

Chupp ! Nafsu Bukan Tuhan !

Assalamualaikum. 

Pernah dengar cerita tentang nafsu tak? Tentang betapa bongkak nya nafsu dengan penciptanya sendiri iaitu Allah swt. Sehingga beberapa kali nafsu dicampakkan dalam neraka, nafsu tetap bongkak sampai suatu tahap Allah memasukkan nafsu ke neraka sejuk pastu dibiarkan kelaparan dalam suatu tempoh yang sangat sangat sangat lama. Terakhir kali Allah tanya kepada nafsu yang dah tak bermaya tu , " Siapa kau dan siapa aku? " , nafsu yang lemah akhirnya mengakui Allah adalah tuhannya, dan nafsu adalah hamba.

Tengok, ketegaqnya nafsu yang Allah selitkan dalam diri kita. Tapi disebabkan Allah maha mengetahui, Allah tahu akan sifat makhluk yang Dia cipta, Allah ciptakan akal supaya mampu membimbing dan mengawal nafsu yang ketegaq tadi. Dengan ini, boleh la sha umpamakan, nafsu tu sebagai kuda liaq dan ganas dan akal sebagai jeneral yang mengawal kuda tersebut. Kalau jeneral tu jahat, mestilah kuda tadi dia guna untuk ke arah kejahatan. Tapi kalau lah jeneral tu hamba Allah yang soleh, mesti dia akan guna kuda untuk ke jalan yang diredhai Allah.

Kerana nafsu jugak, ramai yang menyalahkan diri. Jangan terlanjur melayan kehendak nafsu. Nafsu mengajak, kita melayan. Memang lingkup la diri kita sebab kehendak nafsu selalunya merosakkan diri kita. Semua sebab apa? Kerana nafsu mengajak melakukan sesuatu yang sangat menyeronokkan. Last last nafsu jadi musuh yang sangat kita cintai.

Cuba bayangkan kita mengikut nafsu makan banyak, tidur banyak, cakap banyak, seronok berhibur, megah dengan kecantikan, gila harta, gila kuasa, gila talak*eh? , hihi. , seronok dengan pujian. Semua ni memang kesukaan manusia. Semua 'best-best' kan?



Nak tentang benda yang kita suka? Haih, payah baq hang. Nak tinggal bopren yang kita suka pun teriak 44hari 44 malam. kan kan kan? Apatah lagi tabiat yang kita suka. Aduidui nya pun. Nafsu yang ada dalam diri kita akan tetap ada dalam diri kita sampai kapan pun, ecewah. Apabila nafsu ditentang, diri kita yang sakit. Menentang nafsu ibarat kita tentang diri kita sendiri. Maka, ramai antara kita yang takmau tentang nafsu malah rela melayan sebab taknak diri terseksa.

Kita kesal ? Alhamdulillah. Senyum sikit. Syukur jika ada rasa sesalan dalam diri kita. Itu bukti bahawa diri kita masih beriman dan masih punya harapan. Biar rasa kesal tu dorong, bimbing, dan bawak kita ke jalan yang diredhai dan diberkati dan menyimpang dari jalan yang dimurkai Allah. Tapi ingat, jangan dok tangguh-tangguh taubat kerana pengampunan Allah itu tersedia kepada hambanya yang segera memohon ampun.

 وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى
 "Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya."
[79 : 40-41] 
Mujahadah ialah tugas kita. Mujahadah adalah tanggungjawab kita. Mujahadah adalah peperangan kita. Perang melawan hawa nafsu pun berhijad jugak tau! Ingat dakgi kita belajaq masa spm dulu dulu. Jadi jom tanam azam ! In Shaa Allah, kalau kita betoi betoii nak berubah , Allah pasti akan tunjuk jalan kat kita. Sebab Allah dah berjanji dalam surah Ar-Ra'du ayat 13,

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri"


14 March 2013

Takdir

Assalamualaikum 

Sebagai seorang daie yang sedang bermujahadah-berusaha membaiki diri, sha sedang membina pemikiran positif dan cuba menerima takdir yang sememangnya dah ditentukan oleh Allah yang Esa. Tapi, pada satu ketika iman sha mulai goyah. Bisikan syaitonnn nirojimm mungkin. Sha macam takdapat terima jalan hidup yang diaturkan. Alhamdulillah, dalam masa sha kekeliruan, Allah menghantar seorang hamba-Nya untuk menasihati sha. Terima kasih sahabat. Nasihat dan doa awak sangat memberi kesan kepada sha yang lemah ni. *nanti sha belanja kitkat okeh ?

"Pasaipa la aku dapat suami macam ini? "
"Kenapa isteri aku tidak begitu?"
"Kenapa dari dulu aku tak kaya-kaya lagi ni"


Dalam episod hidup kita, pasti takdir datang menguji. Bila masalah atau takdir melanda, pasti kita rasa masalah kita yang the worst dalam alam semesta ni kan? Kenapa jalan hidup ditentukan begitu dan begitu. Mulut berbicara Allah itu Tuhan, tapi kenapa kehendak-Nya , kita tak rela? Sebetulnya, masalah, ujian, cabaran, halangan, dan segala apa bentuk kesusahan tu sangat berkait rapat dengan iman.

Contoh yang sha ingat, iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Bila disuruh sujud kepada Adam, semua ego yang terpendam teserlah. Adudui, macam mana pulak dengan kita yang iman senipis kulit bawang ni tambahan dengan ibadah yang sekelumit? Maka, jomlah kita pujuk hati dan terima takdir dengan rela.



Takdir selalunya mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir cuma dari diri sendiri yang lemah. Untunglah, kalau takdir dan tadbir selari. Kadang kadang apa yang kita nak, ditunaikan. Jangan lupa ucap Alhamdulillah :)

Takdir daripada Allah ada hikmah dan ada mehnah-Nya. Mehnah tu apa? Mehnah tu didikan yang straight daripada Allah. Takpayah nak belajar kat sekolah, kita belajar dari takdir-Nya. Dan selalunya mehnah ni tersembunyi daripada pemikiran yang biasa.

"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)

[[ Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Sha akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, sha tidak tahu, kerana ilmu sha terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diri sha maka sha yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu! ]]

Lots of love, 

Sha.

10 March 2013

Sebab Nak Sempurna


Banyak sebab. sesak sangat. sebab tak mampu.
Maafkan sha, maafkan sha maafkan sha.
Sha bukan bawa hati sendiri.
Hati lain perlu dijaga rapi. Takut hilang kasih sayang diri.

Banyak lagi hal manusiawi. Banyak yang perlu kita bincang.
Setakat masa ini, hanya Dia yang tahu.
Bukan sha sensitif, bukan. Tapi ada sesuatu yang perlu ditunaikan.
Persiapan rohani dan jasad. Banyak lagi belum selesai.

Entahlah sampai tak terkata. Sha macam tak tersedia.
Sha tak sedia. Sumpah sha tak sedia.
Banyak lagi kekurangan. Macam mana sha nak uruskan?

Dari sifat moral ke kata-kata. Semuanya masih biasa.
Tiada yang berubah. Sha tidak boleh ke depan. Tidak boleh.
Dah 19 tahun. Benda mudah pun tak tahu.
Nah, sha memang penakut.
Semua manusia pun tahu kot.

Sha kena berhenti. Tapi masih tak dapat berhenti.
Susah nak berhenti. Faham kan dilema ni?
Sha sedar sha tak boleh buat suka suka.
Tapi semua nya pasti bawa duka.

Banyak lagi perlu diuruskan. Semua nya pasti diluruskan.
Ada yang perlu dilunaskan. Ada yang perlu ditunaikan.
Ada yang perlu ditegakkan. Banyak yang terpesong sangat.
Sampai yang berhak tak dapat, yang tak layak diberi tempat.

Sha nak bantu. Tapi sha pun kudung sebelah tangan.
Sha nak jadi seperti itu. Tapi sha tak cukup pendirian.
Mudah goyang, kalah lalang.
Pantang orang cakap lantang, kaki Sha dah terpesuk ke dalam.

Mungkin mula daripada sekarang. Hakis kesangsian.
Harus ku buktikan. Harus !


Luahan Hati Prajurit | Lahad Datu


LUAHAN HATI PARAJURIT.

ORG AWAM.
Kami bekerja waktu pejabat.
jika rajin buat overtime.
gaji kami besar.
cuma perlu beri komitmen terbaik.
kami sentiasa bersama keluarga.
hari perayaan kami sentiasa ada.


TENTERA.
Kami bekerja 24 jam sehari.
kalau malas baru kami dapat lelap ayam.
gaji kami kecil xsetanding sijil n masa perkhidmatan.
waktu perayaan jika ada belas kasihan dari pegawai atasan.
tapi kami kena bagi komitmen terbaik,kena korbankan mentaliti kami,korbankan nyawa kami,korbankan kasih sayang kami.
sentiasa tiada masa bersama keluarga terutama ketika bertugas.
badan kami utk negara,makanan kami alakadar,perut kami buncit bila usia meningkat kerana kehilangan banyak hormon akibat lasak.
pakaian kami x perlukan jenama.APA YANG KAMI (Tentera) DAPAT!
KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN.
mm,betul ke aman?
aman bagi rakyat.
tapi bagi kami,kami sentiasa berperang.
mental kami sentiasa diuji.

=
=

ORG AWAM.
Belahlah askar....penceroboh masuk senang jer,askar buat apa?

TENTERA.
Kami tiada belas.
ikotkan jiwa kami cincang penceroboh negara.
tapi kami penuh disiplin.
strategi kami demi rakyat yg x berdosa.
bukan semua pertahanan kami dibenarkan.

=
=

ORG AWAM.
Alahhhh..polis kita dah mati.askar jalankanlah tugas.

TENTERA.
Malaysia negara diplomatik.
Malaysia sering gunakan perbincangan sebagai langkah utama.
memang polis dah ada yang mati.
tapi kalau tentera masuk campur.peperangn akan berlaku.
bukan sahaja polis, malah org awam turut akn terkorban.

=
=

ORG AWAM.
Sudahlah.
kerajaan lembab.
tentera malas,kami rakyat ketakutan.

TENTERA.
Inilah penghargaan yang kami terima dari rakyat setelah korbankan keluarga kami,mental kami,hidup kami dan harta kami utk negara.
tapi kami tetap setia kepada negara.
nantikan arahan dan kami akan bertindak.
tindakan kami ada strategi.
polis pon hebat cuma mereka x dberi kuasa oleh undang2.
rakyat bersuara,kami terima,arahan diberi,kami mara.
kerana Malaysia, kita yang punya.


Terima kasih abang askar, sha sangat sangat menghargai sumbangan dan jasa abang abang di luar sana .
Hanya Allah dapat balas jasa abang abang :')

Final Exam vs Cuti Semester

Assalamualaikum  

Nampaknya semester 2 sesi 2012/2013 sha sedang melabuhkan tirainya. Pada masa ni, dah boleh bayang sawah padi di tepi tepi jalan semasa dalam perjalanan nak balik ke kampung halaman sha, Aloq Setaq. Dah boleh nampak RNR yang dipenuhi orang orang yang dalam perjalanan ke arah utara.

Chupp, tak payah nak berangan lagi shalinda oi ! Final exam bukan mula lagi pun. Benda ni yang selalu jadi mimpi ngeri sha sebelum bercuti sejak sha kat sekolah menengah lagi. Kenapalah nak buat cuti sem lepas final exam? Tak boleh buat lepas cuti sem ? Banyak sikit masa sha nak mentelaah buku kat rumah yang tenang sambil renung muka mama abah lama-lama *tipu.

Sebenarnya, final exam sha mula besok. Dengan berbekalkan dua batang pen pilot mahal punya *bukan guna baucar yang PM bagi tu lagi* , dan enam subjek yang bakal dijulang sebagai subjek pertarungan dalam medan peperiksaan, persiapan perlu dimulakan dari saat ini. Dengan harapan sha tak terkedek-kedek macam masa sekolah menengah dulu lagi. Oh ya, sha dah banyak berubah okay. **sambil sapu habuk kat bahu dengan bangganya. Alhamdulillah, tak pernah lagi escape kelas tanpa alasan munasabah. yang ada alasan munasabah takpa kan ?

biology yang sangat fun !

Bila dah dekat dengan final exam ni , macam-macam perang psikologi dan emosi berlaku. Yang penting kita kena tabah, kuat dan yakin dengan kemampuan ! DrShalinda kena bertahan okeh , sudah-sudah la dok fikir masalah yang tak sudah sudah. Chill , i can do it !

Namun, aktiviti mengulangkaji dan mengulangbacabuku akan dimulakan pada malam ini, kerana sha sangat sangat ingin merehatkan minda pada masa dan ketika ini.

Kepada kawan-kawan yang tengah prepare untuk final exam , goodluck dan selamat maju jaya.






7 March 2013

Faith


Assalamualaikum

Harini sha nak speaking london sikit !

Feeling thankful is how I feel now. The greatest present to receive is the sense of content and gratitude that I feel. No matter how much I earn or the value of properties I owe, without sharing, how life can be?

Few years back when I was in school, my mind was set on money and branded items. No matter how badly life has for me, nothing can bring me further away from my set-mind. From many hardships, I struggle for a presence, a name, a status. I need to let people know what I have and what I can achieve.

As time passes and sky is unlimited, people change so do I. I turn to God. I turn to my family. I turn to my faith. Nothing can make me feel more content than myself. I need to satisfy my own need before I make my way to the world. Love, Peace and Happiness are what I believe now.

As I mention earlier on, faith is the tool for all lives. Imagine a world without faith? How can one trust someone or something? Take for an example a relation between two sexes. Both need to gain the trust and belief before embarking a journey together. It’s a journey of understanding as well as respect. Nothing can bring two down with the concrete tools both have.



No matter how much money is flowing in my bank accounts or how many properties waiting in my list, as long as I don’t feel content with myself, nothing would. All these are material visions that count only for a short period of happiness. I want a long lasting happiness. A happiness that can be shared by everyone even passer-by.

I turn my life to myself, family and Allah. It revolves with them. I believe what comes around goes around in life. Why one should feels frustrated and irritated when aim is not reached? Why? Ask yourself deep in your heart? Is it worth the temper-rush? The best way to do is to look at the problem with a smile on your face and a relax heart. Turn back and don’t let your anger out from your box. Think appreciation that mistakes are made and told to you. All you need to do: CHANGE.

It is as simple as ABC.

In life, if only one can recognize the significant of Trust, Understanding, Faith and Love our world is in its greatest condition.

6 March 2013

Menikmati Kegagalan

Assalamualaikum 

Buat adik-adik bakal pemegang sijil SPM, bakal graduan matrikulasi, mahupun sesiapa sahaja yang bakal menerima result apa apa pun tak kira lah akademik mahupun tak dalam masa terdekat ni, harini sha nak bagi tips, nak bagi panduan macam mana kita nak hilangkan atau mengurangkan eksperimen 'free fall' di bangunan bangunan tinggi di sekitar Malaysia ni. 


Mungkin ada di antara kita kita akan melonjak keriangan, kegembiraan, keksitedan kan kegedikan masa mula-mula dapat result tu. Yelah, result cemerlang, gemilang , terbilang lah katakan. Beratur pemberita tv nak temuramah orang orang yang cemerlang cemerlang. Maka kita kita yang dapat markah biasa biasa, ataupun yang rendah ini, mungkin terasa sikit terkilan.


Asyik-asyik kita dengar orang pujuk, jangan bersedih . Tiba-tiba hati memberontak 'Eh, ko keputusan gempak boleh la cakap camtu derr' , alamak itu semua bisikan syaitan. Sila libas libas syaitonn nirojim yang ada di keliling anda masa itu. Macam mana ? Dengan menikmati kegagalan.


"Buang tebiat menikmati kegagalan!"

" Asyik gagal je aku ni, takde masa depan, buang masa aku usaha selama ni"

Stop ! 


Tolong tolong tolong , buang anasir anasir, parasit parasit pemikiran yang macam tu dalam otak kita. Silla brainwash dengan membaca entry sha kali ini dengan penuh semangat dan fokus!


Kegagalan bagi sha adalah kejayaan yang tertunda. Kegagalan juga adalah sebaik-baik pengalaman. 


Tapi ramai yang tidak dapat menerima kegagalan sebagaimana sha terima. Dunia yang penuh berwarna-warni tetiba jadi gelap, dada yang terasa lapang tetiba terasa berat, suasana yang bising tetiba jadi senyap, sunyi dan sepi. 


Sahabat,


Menerima kegagalan, ujian dan musibah dengan sabar sememangnya diajar dalam Islam. Banyak potongan ayat al-Quran yang menyuruh kita sentiasa bersabar dan meminta pertolongan dari yang tidak lain dan tidak bukan dari Allah yang maha Esa. Why not ? Lepas dapat result, kita mengadu pada-Nya. Takkan pernah terlambat untuk memohon dari-Nya. Kalau takdapat sekarang, kita akan dapat pada masa depan. 


Ya, memang mendapat kegagalan pahit rasanya. Fikir balik, di sebalik kepahitan ubat, di sebalik kepahitan buah peria, banyak kebaikan nya, banyak kelebihan nya. Jadi think positif ! Setiap orang akan mengalami kegagalan dalam kuantiti atau kadar yang berbeza, agar lebih baik, tetaplah berhusnudzan, fikir positif dengan menganggap kegagalan kita itu hanyalah tapak permulaan bagi kejayaan. 


Tersenyum lah kita bila memasuki pintu kegagalan, kerana kita sedang menuju jalan kejayaan.





Sahabat mesti pernah dengar cerita tentang Thomas Edison yang mencipta lampu untuk kita kita ni kan? Tak pernah ? Okay , sila bukak cerita Jimmy Neutron, ada cerita pasal orang tua ni mengurat cikgu Jimmy tu. Haha, kelaut . 


Thomas Alfa Edison, mencuba sebanyak 1000 kali untuk mencipta 1 biji mentol lampu. Cuba bayangkan kalau dia berputus asa masa percubaan dia yang ke 999. Dapatkah malam malam kita ni disinari cahaya lampu yang terang ni. Wujudkan I-City kat Shah Alam tu ? NO !


Tahu tak apa pakcik Thomas ni cakap masa berjaya cipta lampu tu ? Okay, lebih kurang macam ni la.

"Aku tidak gagal, aku cuma menemukan 999 cara yang salah nak cipta lampu ni," sambil tepis tepis habuk kat bahu dia. 

Haha, itudiaaa . 


Mulai dari sekarang, cuba cuba cuba menikmati kegagalan kita dan terus berusaha untuk menjejak kejayaan dalam hidup kita :) Sebab kegagalan dengan usaha itu lebih baik daripada duduk diam tanpa berusaha !


Menikmati kegagalan adalah membuka kelopak mata, tersenyum simpul, melihat dengan indah dunia dipenuhi rasa kesedaran dan memulakan langkah menuju kejayaan . -shalinda- 


Selamat menikmati kegagalan :)

4 March 2013

Sahabat | Kekasih | Sahabat

Assalamualaikum 

Sila jawab soalan di bawah tidak kurang daripada 150 patah perkataan.

Bolehkah dan sanggupkah merubah perhubungan dari kekasih kepada kawan ?

Haa, tudia, taksub sangat nak jawab soalan final exam. Sampai buat entry berbaur soalan final exam.
Dikala sha dah memang tak sanggup nak pandang buku lagi petang petang macam ni, makanya timbul pelbagai soalan yang luar dari subjek yang masuk final. Bak kata omputih , thinking outside the box.

Berbalik kepada persoalan teratas tadi. Boleh kah kita merubah hubungan dari kekasih kepada sahabat ? Jawapan sha, boleh.

Senyum :)

Dikala pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka lagi manisss kalau mengalih perhubungan ke arah persahabatan sahaja :) Jangan risau, kalau persahabatan itu menjadikan iman kita lebih kukuh, maka itu adalah sebaik baik keputusan. Tak salah kalau mengekalkan hubungan sekadar seorang sahabat kan ?

Lagipun mesti kita lebih selesa dengan tak perlu fikir tentang masalah kepercayaan atau kesetiaan dalam hubungan and what so ever. Kerana semestinya seorang sahabat akan faham tentang peribadi seorang sahabat. Lagipun, tahap kejelesan seorang kekasih lagi tinggi kalau nak banding dengan tahap jeles hanya sebagai seorang sahabat.

Bagi yang kurang selesa dengan 'kongkongan' [macam tak boleh sms kawan berlawanan jantina, takboleh like status tu, tak boleh komen gambar, tak boleh im] lebih afdal rasanya kalau just be a friend :) Sebab kalau seorang tu kuat cemburu, kuat mengongkong sedangkan pasangan nya adalah seorang yang gemar bersosial ataupun peramah terlebih had , tersangat lah mudah timbul masalah dalam hubungan.




Konsep sahabat , lebih menekankan atau lebih highlight pada hubungan 'apa adanya'. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari segi positif mahupun negatif. Even we are fat, slim or buncit , gendut and boyot sekalipun. Kerana kita sahabat. Pelis klik dan hayati lagu ni , dan fahami maksud sahabat melalui dendangan najwa dengan sleeq yang somel tu :)

Sahabat juga sangat teramat jarang sekali lah pun *tudia* , buat kita sedih. Kerana sahabat tinggal di dalam duka dan lara kita. Tak terkecuali juga di saat bahagia *larat nak dengaq masalah hang ja* . HEE !

Sahabat adalah hubungan selamanya. Sahabat tetap sahabat walaupun dipisahkan dengan jarak. Sahabat saling menyayangi dengan perasaan tulus ikhlas tanpa hadir perasaan asmara yang penuh nafsu. Nampak dak kat sini kita dah boleh kurangkan timbangan dosa kita di akhirat kelak, jauhi maksiat, jauhi zina. Yes, yes.

Hubungan persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai, dan tiada dateline dateline tertentu seperti break, clash, putus dalam suatu tempoh masa. Ada kala orang bercinta diniatkan untuk putus dalam suatu masa tertentu. Ada baiknya jika pasangan yang bercinta memasang niat untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut. Jadi hubungan pasangan yang bercinta tersebut tidak hanya kekal di dunia malah dapat disambung di akhirat kelak :)

p/s : saya sayang semua sahabat saya 





28 February 2013

Rindu

Assalamualaikum 

Rindu nak menaip entry panjang panjang yang ditambah dengan marang kerapu marang kerepek sha tu lagi. Rasa berkurun lama nya sha tak jenguk belog drshalinda ni. bak kata pepatah, apatah lagi tempat melepaskan gian menaip ni.

Banyak sangat halangan untuk sha buat entry entry-entry baru . Tetiba ada pulak yang bermonolog dalam hati *eleh, padahal mana pemes mana pun belog dia ni*. Ahh, bebai bebai. Sha berblogging bukan nak pemes. Nak lepas gian menaip, sebab tak puas lah buat esaimen taip panjang panjang sampai kebas tangan tu.*okay,tipu*

Sebab musabab sha tak tulis atau post entry baru, yang kepertama nya, sebab banyak sangat esaimen yang kena submit hujung-hujung sem ni. yang kedua nya, sebab tengah nekad nak pulun study sungguh sungguh nak dapat pointer tinggi daripada sem depan*bajet*, dan yang ketiga dan terakhirnya, charger laptop bertuah buat hal tiba tiba masa esaimen tengah berlonggok menunggu giliran nak disiapkan.

terasa diri amat dipermainkan oleh laptop, sedangkan selama ni, masa sha berfoya-foya layan facebook, membuang masa di twitter, taknak pulak rosak. masa ni jugak dia nak mengada meragam. tskk.

Jadi dengan muka tak malu nya, sha pinjam laptop roommate yang baik hati, comel, kiut, anggun, bijaksana lagi bergaya *puji sikit orang bagi pinjam laptop*. Terima kasih Nurul :) 

                                                                          ***

dah dapat laptop, maka sha pun lupa akan ikrar sha nak study sungguh sungguh tu. alaa, kejap je ni, kejap je pelis. 

mula lah buat benda bukan bukan. edit gambar bagi nampak putih melepak, ayu, anggun lepas tu upload dalam facebook. lepas dah upload profile picture yang kebanyakan nya hasil photoscape tu, mula nak try benda benda alah lain. buat cover photo pula. entah kemana hilang janji manis nak tatap buku lelama :(

lawa tak ? lawa kan kan kan. tengok la pro yang buat. wkwkwkwkwk.

minggu depan depan, dah start final exam. maka sha mintak sesangat anda semua mendoakan sha dapat ketenangan dan ilham masa nak jawab exam nanti, nak doa dapat soalan bocor pun boleh, sangat dialukan. jadi sekarang kita mulakan usaha untuk merembat segala A yang ada untuk final exam sem 2 ni dengan Bismillahirahmanirrahim :')




6 February 2013

Adil


Assalamualaikum, 

Alhamdulillah , dah lepas test kimia malam ni. Walau sha tak struggle tera mana pun tapi in shaa Allah, moga moga dengan usaha yang sha buat , sha peroleh markah yang seadilnya . Seadilnya, adil . Sebetulnya, sejauh mana kita mendalami maksud adil dalam kehidupan seharian kita?

Rata rata penterjemah Bahasa Melayu atau golongan pembaharu atau dikenali sebagai pemikir , menyifatkan perkataan adil sebagai sama rata atau seimbang. Contoh dalam kehidupan seharian , terdapat banyak salah faham atau kekeliruan natijah dari kesilapan adil dari segi bahasa.

"Eh, lelaki boleh kawin 4. Kenapa perempuan tak boleh?"
"Alaa, lelaki auratnya sedikit , perempuan nak kena tinggal muka dengan tapak tangan bagai. Adil ke?"
"Mana adil ! Abang long dapat 2/3 pusaka ayah. Kakngah dapat 1/3 ja"

Nampak ? disebabkan kekeliruan memahami makna adil dalam kehidupan .Islam disifatkan sebagai tidak adil dan mendiskriminasikan hak wanita, kata mereka di atas tadi. Masya Allah .

Baiklah, rakan rakan yang tengah renung entry sha ini. sha ni cetek ilmu nya. Sha sekadar berkongsi apa yang sha baca, yang sha kaji dan yang sha faham. Sahabat semua boleh komen dan betulkan apa yang sha silap dan salah. Jomlah kita sama sama menimba ilmu.

Ok, sila fokus !

Adil menurut islam adalah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Bukan bermaksud sama rata atau seimbang ya rakan rakan sha. Contoh ringkas , dalam bab aurat . Memang dah ditetapkan had aurat bagi kaum adam dan hawa. Dan memang had tu dah ditetapkan sesuai dengan fitrah manusia. Yelah , kawan kawan. Perempuan kan diciptakan lebih lawa dari lelaki *maaf lelaki* , dan sememangnya perempuan dapat menarik perhatian lelaki. Jadi , disebabkan kaum perempuan ni mahal dan berharga , kita kena lah jaga lebih sikit. Adil kan?

Jadi , kat sini tak ada seimbang atau kesamarataan dalam perkataan adil. Sesuatu yang dah ditetapkan adalah sesuai dan kena pada tempatnya. Senyum.

Macam mana sha nak bagi contoh lebih ringkas dan yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita ya.
Ya , macam ni lah rakan rakan . Sha beli bebola ikan dan udang goreng yang celup tepung tu 3 ketul. untuk sha, dua lagi untuk kawan-kawan. Macam biasa lah kan, manusia, alah kepada macam macam. Kebetulan, sha memang tahu salah seorang kawan sha ni, alah kepada udang, kalau makan udang, bibir jadi tebal mcm Angelina Jolie. Takkan sha nak bahagikan bebola seorang satu dan udang seorang seketul. Tak adil bagi kawan sha yang allergic udang, sebab dia tak dapat makan udang. Jadi, sha yang dapat makan udang tu kena beralah, amik dua dua udang. Dan bagi dua bebola kepada yang allergic. Jadi sha dah letak sesuatu di tempat yang betul. Dengan mengambil kira , keperluan dan kesesuaian dengan fitrah dia yang allergic udang.

Jadi, macam mana markah test kimia, ya, sha harap sha dapat markah seadilnya dengan usaha yang sha dah ambil. Usaha sikit dapat sikit, usaha banyak dapat banyak. 

Sekian, salam sayang,

Sha :)

4 February 2013

Waiting Outside The Line

Assalamualaikum,

sha nak kongsi satu lagu yang sha anggap sebagai motivasi kepada diri sha,
chuppp, sila off dulu background music blog ini kat atas.
Terima Kasih :)


31 January 2013

Adab Bersembang

Assalamualaikum  ♥

Minggu ni minggu letih. Lepas satu test , satu test menyusul. Tak ambil kira kelas kelas , assignment , tutorial dan kelas ganti yang hampir setiap malam lagi *eh tipu, minggu ni tak ada kelas ganti malam pun lagi*. Tatkala manusia manusia yang hidup kat upsi ni sedang mengharungi saat saat kritis hujung sem , dah tentu ramai yang tengah emosional , tekanan perasaan dan ada yang masih boleh menulis entry blog sampai dah taknak kisah tentang saat saat kritis lagi. fedup fedup.

Haaa , dari sini kisah entry ini bermula. Masa orang tengah tension , tekanan jiwa sangat memuncak macam puncak Gunung Everest , sudah semestinya orang orang tersebut mudah naik angin bukan? Yes, betul.  Jadi, untuk mengelakkan terlalu banyak angin di upsi ni *sampai pintu asyik gedegangg , tertutup sendiri* kita perlu mengubah saat saat kritis dan kritikal dan mengelakkan daripada perselisihan faham serta berlakunya pergaduhan. Tambahan , 'final exam is around the corner' ni. Jagalah hati , perasaan dan emosi sesama kita.

Bagaimana? Banyak caranya. Tapi yang sha nak highlight hari ini adalah Adab Bersembang !

Banyak antara kita yang ,

"Alah, kawan kawan, jangan dok teqasa sangat la"
"Biaqlah dia berpeqasaan macam mana pun , janji hati aku puaih"

No. Walaupun kita berbicara dengan kawan baik yang selalu ponteng kelas ti**s , yang selalu salin jawapan tutorial sama-sama , kita wajib jaga adab kita.  Jangan sampai seseorang terhiris , terkuis, terasa dengan perbualan atau cara percakapan kita. Bahaya, kalau dia pendam perasaan itu lama lama. Boleh jadi tekanan jiwa juga , silap hari bulan , telinga kita dikokaknya .

Tadi masa tengah pulun letak button like kat post . Sha ada google sikit tentang adab bersembang. Ya lah kan. Takkan nak cakap kosong. Kena ada pendapat yang menepati tuntutan agama kita, sekurang-kurangnya sha mampu berdakwah*yeke?* atau beri nasihat secara tak langsung dalam blog sha ini. Alhamdulillah.

Apa adab yang menepati tuntutan Islam ni rakan taulan ?

Yang kesatunya*marah cikgu bm* , kita mestilah bercakap dalam nada suara yang rendah dan lembut. Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang. Tak kira lah kita tengah bercakap dengan best friend forever ke , dengan musuh tahap ketiga.



Yang keduanya, tak perlu lah nak menunjuk kepandaian semasa bersembang. Supaya kita tidak memalukan seseorang itu dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka langsung tidak faham. Bersuaian dengan sabda Rasulullah SAW,

"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)


Yang ketiganya, biarkan mereka menghabiskan ucapan. Kalaupun kita tidak faham atau musykil dengan ucapan seseorang itu, janganlah memotong percakapan mereka. Kan lagi manis kalau kita tunggu sehingga mereka habis, kemudian soal dengan beradab dan berhemah *cecey* . Betoi la ! Nanti terbantut jalan cerita orang tu. Macam sha, kalau dah terbantut percakapan sha, sha jadi amnesia, terus lupa apa nak cerita. Tapi, tapi , tapi, lain pula dalam p&p , kalau diizinkan , soallah cikgu semasa pengajaran supaya lebih faham.

Menurut Ibrahim bin al-Junaid, 
"Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."

Jadi , jadi , jom kita leraikan kesimpulan. Kesimpulannya kat sini , jangan kita pandang remeh, jangan kita tak ambil berat tentang cara percakapan dan perbualan serta adab bersembang . Sebab mungkin dengan berbicara dengan nada suara yang rendah boleh menyebabkan hati orang yang tengah emosional tu reda sikit. Dah dekat final exam ini, sama sama kita jaga hati kawan kawan okay? Sha taksuka la gaduh gaduh. Live in peace and harmony pelis ?

Akhir kata, ada satu pepatah arab sha nak kongsi ,

"Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."

Sekian,

27 January 2013

Manja dan Gedik


Assalamualaikum . ♥

Manja ? Manja itu adalah sesuatu yang subjektif. Sesetengah orang dilahirkan dengan memiliki sifat manja, ada sesetengah orang menjadi manja hasil dimanjakan oleh orang sekeliling dan ada orang yang hanya akan manja dengan orang orang yang tertentu seperti, keluarga, kawan kawan rapat ataupun kekasih.

*suka kucing , sebab kucing manja*

Bagi yang memiliki sifat manja semulajadi , beliau akan manja dengan sesiapa jua dan tidak hairanlahkan , mungkin sifat manja nya menjadikan nampak comel di mata orang.Tetapi, ada sesetengah kes , seseorang itu tidak dapat mengawal kemanjaan nya dengan berhemah . Sampaikan orang sekeliling berasa 'annoyed' atau rimas .

Kita bebas mentafsirkan sifat manja mengikut tafsiran sendiri. Ada orang melihat manja sebagai suatu yang negatif seperti sifat yang mengada-ngada , kebudak-budakan ataupun lebih teruk orang yang manja digelar 'gedik'.

Menurut DrSha ,*sila tampar pipi sha sampai sedar* lelaki memang gemar perempuan jenis manja manja leleh ni.Tetapi tidaklah semua , dan kebanyakan lelaki kurang senang dengan perempuan yang manja yang terlampau atau manja yang dibuat-buat ini. Ada sesetengah orang yang mengada-ngada atau buat-buat manja kelihatan sangatlah plastik.

Kalau kita kenal seseorang itu dengan sifat manja, jangan kita ingat dia selalunya manja. Kalau diberi perhatian , kadang-kadang sifatnya lebih kepada gedik. Alamak, gedik ?

Apakah pula gedik ?

Perempuan yang mengada-ngada? Perempuan yang suka tarik perhatian tak tentu pasal? Perempuan buat2 manja tak bertempat? Semua perempuan memang gedik. Awak, awak dan awak tak gedik? ayoo jangan tipu. Tapi apa yang sha maksudkan tu bukanlah semua perempuan terlompat sana sini macam monyet tu. Ade setengah perempuan gedik yang real punya. Tahu-tahu je lah macam mana kan? Ada setengah tu sikit je kegedikkan dia. Tapi kalau perempuan yang tak gedik langsung tu, Hmm, susah sangat nak carik. Spesies tu hampir pupus.

Sini , sha provide macam mana nak kenal pasti diri kita *gadis* adalah seorang yang gedik . Sumber nya sha c&p daripada sini !


ANDA TAHU ANDA GADIS GEDIK BILA

1. Anda teramat mudah perasan. Bila ada lelaki terpandang ke arah anda, automatik anda fikir dia sedang pandang anda dan tertarik pada anda. Perasan adalah antara simptom-simptom awal penyakit gedik.

2. Anda rasa anda cun gila. Sebenarnya menurut pemerhatian , biasanya memang orang yang gedik ni agak cun juga (walaupun yang tak cun pun ramai). Tapi perlu diingat, cun gila dan cun juga mempunyai makna yang jauh berbeza. Dan definisi cun mencakupi budi-bahasa dan perangai. Takde maknanya kalau cun tapi perangai entah apa-apa.

3. Anda secara automatik berasa teruja dan over-excited apabila berada berhampiran kumpulan lelaki. Anda juga secara spontan merasa mereka semua sedang memerhatikan segala gerak-geri anda. Padahal mereka sebenarnya perati anda bukan sebab minat tapi sebab meluat.



4. Mengada-ngada. Ini memang trademark orang gedik. Biasanya untuk menarik perhatian kaum lelaki. Suara akan tiba-tiba jadi merengek-rengek bila dengan lelaki. Suka mintak itu mintak ini. Kadangkala tanpa sedar memalukan diri sendiri apabila nk demand perhatian. (Kalau bini merengek dengan suami tidaklah dikategorikan gedik, harap maklum ;-D)

5. Anda rasa semua lelaki minat kat anda. Dan anda suka ‘memancing’ lelaki menggunakan pelbagai cara untuk membuktikannya. Anda buat-buat manjalah, hantar sms jiwang-jiwang lah, anda ajak keluar makanlah, keluar jalan-jalanlah. Bila ada respon, anda pun akan kata “Sah, dia memang minat kat aku”. Tapi, kalau lelaki tu buat derk aje, anda akan kata pula “Alah, dia cover tu. Aku tau sebenarnya dia minat kat aku.”*sama ja perasan nya -,-*

6. Anda juga seorang yang amat sukakan lensa kamera atau vcam. Bila ia tertumpu kepada anda, mulalah anda terdorong untuk buat aksi dan berposing yang over seperti buat side posing, menonggekkan bontot, gigit-gigit jari, dan sebagainya. Pernah tgk vklip MMU Ada Apa Dgn Gedik? Precisely my point.

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di atas, terutamanya No. 3, 4 & 5 maka mungkin anda patut mendapat nasihat daripada pakar untuk rawatan selanjutnya sebelum penyakit ini menjadi lebih kronik. Jika anda masih belum jelas tentang apa itu gedik, anda bolehlah cuba menonton rancangan Ma*laysia’s Most Beau*tiful di 8TV setiap Khamis malam untuk mendapat gambaran am. Cerita realiti tv itu memang penuh dengan perempuan-perempuan gedik.

haaaa, dah baca ? amacam, kamu semua tak gedik kan.. sha tahu tu. Bukan ramai pun orang gedik.

Jadi , sha cuma nak tegaskan di sini . manja adalah suatu sifat yang empatratusenamploh kali taksama dengan  gedik okay . Jadi , sebelum nak nilai seseorang dan bermonolog dalam hati "eish,gediknya pompuan ni" , pastikan anda tahu dulu sifat sebenar seseorang itu .

Tapi seeloknya bagi seorang gadis, selindungkan dan simpankan sifat manja kamu itu untuk dijadikan suprise untuk suami kamu . Jangan ditonjolkan kemanjaan kamu terlebih awal . ♥

26 January 2013

Dibunuh Angan-Angan Sendiri


Seronok melayan angan petang-petang yang aman , indah , permai , damai, dan cermai ,eh? Hee
*perasan tak belog dah tukar nama, ada doktor gitu*

Masa berangan-angan, kita boleh memiliki apa sahaja yang kita mahukan. Kita boleh pergi ke mana-mana saja yang kita inginkan. Kita boleh menjadi apa sahaja yang kita idamkan. Ohsem bukan? Semuanya ada dalam angan-angan. Bagi sha, angan-angan sha nak jadi seorang yang digelar doktor :)

Chupp, kawan-kawan, disebalik keindahan itu ada kemusnahkan adakalanya. Memusnahkan kehidupan si empunya jasad. Eh! Salahkah berangan-angan?

No. Sudah semestinya tidak!

Kita boleh pasang seohsem mana pun. Itu adalah hak manusia itu sendiri. Beranganlah sebanyak mana pun, tiada siapa akan melarang anda berbuat demikian.*mestila,bukan orang tahu isi hati kita* Dah tu, kenapa pula boleh memusnahkan empunya jasad?

Why why why?
Mari baca kaji selidik doktor sha di petang yang cermai ni .

Satu ! Angan-Angan Yang Terlalu Panjang

Angan-angan yang keterlaluan semestinya bisa membunuh si empunya jasad? Sebab apa? Sebab dirinya hanya hidup dalam angan-angannya semata-mata. Betulkah ada manusia seperti ini? Betul. Kalau tidak percaya, sila lakukan kajian.*dalam kajian dr.sha, tunggu result di entry akan datang*

Nabi SAW pernah bersada, daripada Anas bin Malik r.a. :
“Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara, tamak dan angan-angan.”

Macam mana angan-angan tu jadi salah pula? Betul ke salah berangan-angan ? Tidak salah, in shaa Allah.



Tapi yang salahnya adalah apabila panjang angan-angan. Dan angan-angannya itu hanya tinggal dalam angan-angan. Imaginasinya sahaja yang berfungsi, tetapi jasad tetap tidak bergerak!

Beerti, macam sha tengok ada ayam kepci atas meja ,menitik-nitik air liur sha bayang kesedapan rasa ayam tersebut apabila dikunyah ,tetapi sha tak bergerak untuk mendapatkan ayam tersebut. Jadi, ada dua kemungkinan timbul di sini . Sama ada ayam tu akan sejuk dan tidak sedap. Ataupun roommate sha rembat ayam kepci spicy yang ada atas meja tu.

Cita-cita dengan angan-angan itu sama?

No. Cita-cita ialah suatu keinginan yang memerlukan tindakan usaha yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan apa yang diidamkan. Tidak seperti panjang angan-angan.
Kata orang, berangan sahaja lebih, tapi tindakan tiada!

angan-angan berpanjangan tanpa usaha

Terus dan terus berangan-angan itulah panjang angan-angan tanpa apa tindakan. Sehingga akhirnya, angan-angan itu menenggelamkan si pelaku angan-angan. Dirinya bahagia hidup dalam angan-angannya sendiri.*syoksendiri*

Macam ni kawan-kawan, sha bagi satu contoh, seseorang itu berangan-angan untuk terus-menerus hidup di dunia dan mengumpul harta yang banyak sekali. Padahal, hari akhirat itu ada sebenarnya. Dirinya lupa tentang itu!

Angan-angan yang panjang sehingga melupakan hari akhirat.. Kan bahaya tu. Angan-angan macam ini boleh mendatangkan kemudharatan berpanjangan kan kawan-kawan yang sha kasihi ?

Angkara Angan-angan Yang Panjang?

Ikut hawa nafsu dan terus-menerus berangan sampai melupakan kehidupan akhirat itulah angan-angan yang membunuh. Angan-angan itu tiada penghujung, kerana semuanya indah belaka. Tidak seindah dunia ini yang penuh dengan segala kedukaan dan kesengsaraan. Maka, tidak keterlaluan kalau sha buat konklusi jika ada orang yang terperangkap dalam angan-angan sendiri.

Terperangkap dalam angan-angan? Macam mana tu?

Senyum.

Orang yang terperangkap dalam angan-angan itu tersasar niatnya untuk apa hidup di dunia. Dia lupa untuk apa sebenarnya hidup yang sementara ini. Bahkan mungkin dirinya terus-terus memaksa mental untuk menolak kematian dan hari akhirat. Kalau pun dia tahu mengenai hari akhirat, keyakinannya tidak ada mengenainya. Dan akhirnya, dia menolak fitrah yang sedia ada! :(

Nak tahu ?  orang yang panjang angan-angan sebenarnya juga tidak kisah dengan kejadian hari akhirat , yakni syurga dan neraka. Seksa dan nikmat. Sebab apa? Sebab dia sudah ada dunia angan-angannya sendiri. Yang serba indah dan membelai jiwa. MashaAllah. :(

Kalau orang yang normal, dia akan sedar semakin hari semakin pendek umurnya, tapi orang yang panjang angan-angan 'tak ambik port' itu semua. Dirinya akan hidup dengan jalan dan kemahuannya sendiri. Mungkin dirinya sedar tentang amalan-amalan fardhu, tetapi jiwa dan mentalnya sendiri yang menolak perkara itu.

Dan orang yang panjang angan-angan ini boleh menjadi siapa sahaja. Mungkinkah sha sendiri? Mungkinkah kamu yang sedang membaca? Mungkinkah manusia-manusia diluar sana?

Nauzubillahi minzalik!
Orang yang panjang angan-angan membunuh perasaan sensitif seorang hamba Allah!

Kawan-kawan, berangan-angan itu tak salah, sekali lagi sha highlightkan. Angan-angan yang disusuli dengan usaha itulah namanya cita-cita. Tetapi angan-angan yang hanya disusuli angan dan angan serta angan, itulah namanya angan-angan panjang yang sangat bahaya!

Psst! Kawan-kawan, maka kamu yang mana?
Yang berangan-angan disusuli dengan angan-angan atau yang berangan-angan tetapi disusuli dengan usaha?



The choice is in your mind.
If you dont mind, share it with me .
Leave a comment :)
Live well or live hell. You choose!

*pause angan-angan sha kejap , nak sambung usaha pula.
mohon doakan sha selasa dan rabu ada test biology dan test statistics*

Semoga ALLAh merahmati.