15 April 2013

Mujahidah : Cantiknya Muslimah

Assalamualaikum. 

Kosmetik. Berlungguk lah kat pasaran. Whitening, softening, nak bagi gebu,nak bagi licin kulit, nak bagi beseri. Cuma pilih dan bayar ja. Banyak sangat dah produk sekarang ni. Tapi wahai muslimah, kan lagi manis kalau muka yang comel macam kak Ton tu, kita serikan lagi dengan kecantikan asli yang Allah promise untuk muslimah yang patuh dalam menunaikan ibadah kepada-Nya. 

Kita sebagai muslimah kena alert , yang kita bukan nak cantik setakat muka, body sahaja. We should consider on our attitude too !  Bagi yang dah ada pasangan, si lelaki memang umumnya akan attract to our beauty, tapi tu semua tak kekal sis. Kehangatan kasih sayang, cinta yang tulus daripada si lelaki hanya akan kekal dengan attitude kita, macam mana kita jaga diri kita, macam mana kita jaga hubungan dengan Allah. That's it.




Kecantikan perempuan tu terletak kepada kelembutan nya. Bukan lembut lembik lemah gemalai tu, no! Bukan bermaksud lembut manja. Tapi, lembut dalam tingkah laku bersama keluarga dan tegas dalam pendiriannya. Cantiknya mata seorang wanita, not because she drinks lot and lots of Innershine , tapi sebab dia sentiasa bersangka baik to what she observe around. Indah cara dia bercakap, bukan sebab suara dia lunak merdu macam Shila Amzah, tapi setiap perkataan yang keluar dalam mulutnya boleh diibaratkan sebagai bara yang membakar semangat di dada. Takde kata sia-sia yang keluar dari mulutnya.

Kecantikan wanita ada pada kemampuan dan keinginannya untuk memberi. Mungkin kita miskin harta tapi kita kaya dengan hati. Selalu memberi tanpa mengharapkan balasan. Dia sentiasa bersama semasa dalam senang dan susah, dalam gembira dan kesedihan. Kemurahan hatinya akan membuatkan orang akan selalu merinduinya.

Macam tu baru muslimah sejati, dengan kecantikan takpayah nak buang duit banyak banyak. Bakal suami pun tak susah hati kan? Lets prove it. To the world that,  that being muslimah is the best woman among woman in the entire of earth. ehh ? HAHA.

Ya Allah, jadikan sha salah seorang muslimah yang bakal menghiasi syurga-Mu. Amiin.


No comments: