Bagaimana pula kalau baru kenal, beberapa saat bercakap dalam telefon atau beberapa kali bertukar jelingan tiba-tiba hati terpaut dan jatuh cinta? Kata lain, cinta kilat?
Hubungan bertunjangkan cinta kilat ini akan terus mekar dan mekar sehingga bila-bila? Sebelum mencipta jawapan, fikir dulu beberapa perkara.
Toleransi, kasihan, serasi, marah, sayang, benci, rindu, salah faham, gaduh, loya, masam muka, meluat, ketawa, dan pelbagai lagi rasa juga isi dalam sebuah kebahagiaan. Tanpa selautan perasaan itu kita tidak kenal pasangan sehati sejiwa yang selayaknya tepat dengan pilihan kita. Ada manusia sukakan keindahan. Ada suka kesederhanaan. Ada pula mahukan yang biasa-biasa sahaja. Pernah kita melihat seorang wanita cantik berjalan dengan seorang lelaki gemuk dan pendek, malah berkulit gelap sedang ketawa dan bahagia seadanya, kerana jodoh, ajal, maut, dan rezeki adalah ketentuan Ilahi yang tiada siapa tahu.
Keputusan berkahwin yang dibuat dalam masa terdekat itu bagi menutup kesedihan tatkala perit ditinggal bekas kekasih, namun kenangan lampau tidak mampu dipadam sekelip mata. Fenomena ini sukar untuk diungkap dengan kata-kata, namun kehadiran cinta kilat juga membawa seribu pengertian.
Siapa pun pilihan setiap individu di luar sana, tentunya mereka mempunyai sebab dan alasan memilih apa yang mereka pilih.
No comments:
Post a Comment