14 July 2013

Ramadhan dan Transformasi Diri

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, sha diberikan kesempatan untuk bernafas dalam bulan yang mulia tahun ini, iaitu Ramadhan. Sha berada dalam fasa pertama Ramadhan. Macam biasalah, 2 kilometer list to-do sha di fasa terawal bulan Ramadhan ni. Buat masa sekarang, alhamdulillah, list sha tu banyak yang dah 'checked'. Bagi sha, setiap masa kita kena berusaha membaiki diri, bukan di bulan Ramadhan ni je. Macam kereta, takkan kita nak repair time dia rosak ja, kena jugak kita servis dia sekali sekala nak elak kemungkinan kereta tu rosak. Samalah macam diri kita sebagai manusia ni, takkan kita nak sujud nak cium sejadah masa diri kita dah rosak, dah tak ada tempat pergantungan. Kita kena sentiasa upgrade dan upgrade iman dan ibadah kita.

Di bulan Tarbiyyah ni, berapa orang yang berazam untuk transform menjadi transformers, eh silap, nak jadi diri yang lebih baik yakni lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah. Jomlah kawan, peluang yang Allah bagi nak kumpul markah banyak banyak ni jangan disiakan. Tak kira lah bulan Syaaban dulu kita ni seorang perompak malahan pembunuh sekalipun, masih tak terlambat untuk kita berubah dan mengubah persepsi orang terhadap kita di bulan Ramadhan yang mulia ni. Rebut peluang ni. Buat macam kita nak rebut hadiah durian runtah berjuta-juta kat televisyen tu, macam tu lah cara kira nak rebut tempat yang mulia di sisi Allah.



Macam yang kita tahu, syaitan dan jin aprit serta semua golongan dan angkatan mereka dirantai di bulan yang mulia ini. Yang tinggal hanyalah nafsu kita , ya, kita sendiri. Jadi masa ni lah kita nak nilai diri kita dan di mana tahap nasfu kita masa ni, di tahap ammarah, lawwamah atau mutmainnah tanpa dorongan daripada syaitan nirojimm. Ya, kita ni takdalah jahat sangat, cuma senang terpengaruh. Apa lagi, jomlah muhasabah diri dan insafi semua salah silap kita terhadap manusia dan pencipta kita iaitu Allah.

Lepas tu kita bermujahiddah dan berjihad melawan nafsu kita sampai mencapai tingkat nafsu mutmainnah yang tenang lagi menyenangkan. Ingat, Allah menunggu kita di pengakhiran Ramadhan iaitu di hari kemenangan.