17 December 2013

Ouch, Beware of My Back, Friend. Its hurt ! (Tikam Belakang)

Assalamualaikum  

Astaghfirullahalazim , aish istighfar dulu. Ehehe :)


Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Ada sahabat yang sanggup menghulurkan tangan ketika kita susah dan menjadi peneman di saat kita sedang berduka. Namun, tidak kurang juga sahabat yang hanya tahu menumpang kesenangan di atas sahabat yang lain. Bila sekali kita jatuh, jangankan hendak menghulurkan tangan, memandang wajah kita jauh sekali. 

Sha yakin, bukan sahabat jenis ini yang kita nak kan ?

Ada orang kata sahabat itu macam bulu tangkis, belum main dipegang, bila main dipukul. Ada juga orang kata sahabat itu diiibaratkan macam bola ragbi, belum dapat direbut, dah dapat dilindung dan dijaga. Apa pun takrifannya, bagi sha seorang sahabat itu amat sukar dicari, lebih sukar ditinggalkan, dan mustahil dilupakan, seorang sahabat yang sanggup berkongsi suka duka dan menyelami perasaan sahabatnya yang lain, menghulurkan tangan di kala kita memerlukan pertolongan dan bantuan.

Berbeza dengan istilah kawan, bergantung kepada individu untuk mendefinisikannya, tetapi bagi Sha seorang kawan tidak ada yang istimewa, hanya sesuai untuk dijadikan tempat berborak dan biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan berduka.

Pernah ke sahabat korang menikam  daripada belakang? Apa korang rasa masa tu? Marah, pedih, perit, benci atau dendam bermaharajalela di dalam hati anda?. Daripada apa yang Sha faham dan lalui , tikam belakang ini merupakan satu behaviour yang mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain. 

Take this as an example, depan kita segala-galanya baik, manis tetapi di belakang kita, dialah gunting dalam lipatan. Segala rahsia dan amanah yang kita kongsikan bersama dengannya, habis dijaja kepada orang lain dan yang lebih menakutkan apabila ianya melibatkan maruah kita. 

Perbuatan seperti ini bukannya bagi manfaat pun. Making both of the side worst , isnt it ? Secara tidak langsung, pihak yang kena ditikam belakang itu tadi surely akan merasa ditindas, dianiayai dan dimalukan oleh sahabat sendiri. Tikam belakang ni kerapnya terjadi apabila seseorang itu menyimpan perasaan iri hati terhadap orang lain, tidak berasa senang dengan apa yang mereka ada, cemburu dan dengki di atas kejayaan orang lain.




Kembali kepada tajuk diatas, "sahabat baik tikam belakang. Apa nak buat?".Agak sukar Sha nak jawab. Because I've been through it recently. Worse lagi, my own bestfriend that orang cakap dah macam adik-beradik ni. Sungguh! Sha sedih apabila teringat kisah itu. Namun, demi menjaga sebuah friendship yang telah terbina itu, Sha cuba lupakan ja. Tapi kan, peristiwa itu memberi impak yang besar dan merubah keadaan menjadi jauh berbeza daripada sebelum ianya berlaku.

Tipu la andai Sha katakan perasaan apabila dikhianati sahabat baik sendiri tidak mempengaruhi keputusan yang Sha ambil. Memaafkan, tapi tidak untuk melupakan. I can forgive, but I cannot forget. Sungguh mulia hati seorang insan jika dia mampu untuk "FORGIVE & FORGET". Tabik seperinggggggggggg!

Dan.. "Cannot forget" itu, bukanlah maksudnya untuk berdendam. Tetapi, sebagai langkah berjaga-jaga. Sekali terkena, sudah cukup memberi pengajaran, peringatan kat Sha supaya apa yang berlaku tidak akan berulang lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. 

Bukan mudah bagi kami-kami yang ditikam dari belakang ni untuk melupakan apa yang telah diperlakukan ke atas kami-kami lebih lagi jika ianya melibatkan MARUAH kamiii yang telah tercalar dan diketahui oleh umum or even just a few people. 

Oleh itu, berwaspadalah bila kita berbicara kerana kita tidak sedar adakalanya kita membuka cerita orang lain sehingga boleh mendatangkan aib pada individu yang terbabit. 


Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita daripada segala keburukan perangai kawan-kawan yang bersifat begini , pandai bermain helah demi kepentingan diri, mereka sanggup mengkhianati hubungan suci tali persaudaran sesama sendiri. Sungguh menyedihkan. 

"Ya Allah ya tuhan kami, lindungilah kami daripada leka dan lalai, dari hati yang hitam untuk mengingati mu, dan dari fitnah yang tidak berkesudahan, agar menjadi hamba mu yang engkau redhai... Amin....

Wassalam .