22 April 2013

Selamatkah Dunia Tanpa Sempadan ?

Assalamualaikum 

Sesungguhkan kita sekarang ni berada dalam zaman cyber. Sampai ada yang kata dunia sekarang hanya di hujung jari. Banyak giler ah kebaikan dunia cyber sekarang ni, bayar bil letrik, bil air, bil itu bil ini, semua hujung jari je. Tapi, jangan kita pandang enteng dunia cyber ni. Ada jugak 1001 keburukan dengan dunia cyber ni. Sha ada terfikir, macam mana nak tanam mekanisma ketahanan diri , so susah la nak dirosakkan oleh mereka mereka itu dalam meneroka dunia tanpa sempadan.




Satu tulisan yang Sha petik dari Ustazah Noraslina Jusin(baru google tadi) : Sesungguhnya, dunia maya tanpa sempadan yang semakin melebarkan sayapnya hari ini menjadi cabaran yang sangat besar kepada kita dan generasi akan datang dalam mujahadah dan usaha menjadi seorang muslim/ah yang benar-benar beriman dan jujur dalam amalan.



Bagi sha, seorang muslimah yang menjaga batas pergaulannya di luar, berkemungkinan menjadi seorang muslimah yang 'bebas' di alam maya. Aik, macam mana tu ? Haa, macam ni. The way we talk and type, walau tanpa suara ketika berchatting, bermesej dan seumpamanya dengan kaum bukan sejenis, kompom menjadikan syaitan gelak besar besar sebab berjaya jadi 'yang ketiga' antara mereka berdua.

Jangan kita tak tahu, ada jugak muslimah yang berjaya jaga penampilan ikut syarak di alam sebenar, tetapi gagal mengekalkan kesempurnaan itu di dunia tanpa wayar. Kecenderungan untuk meraih perhatian dan pujian ramai, tanpa sedar menjadikan diri mereka fitnah kepada sebahagian mata-mata lelaki yang buas dan liar.

Sha suka chatting kalau ada masa terluang. Sesungguhnya, chatting hukumnya sama dengan berbual atau kita borak borak macam biasa. Allah dan Rasulullah SAW sudah pun bagi panduan macam mana nak berbual atau borak borak. Dalam laman chatting, kita kena sedaqtudia,utagha bahawa setiap ucapan, tulisan kita semuanya dipantau dan diawasi oleh Allah swt dan Raqib&Atid.

Janganlah kita mengucapkan perkataan yang kotor atau kasar sampai mendapat dosa ke atasnya. Seeloknya, elakkan berchatting berduaan lelaki dan wanita. Seeloknya dibataskan pergaulan dalam laman chatting. Sebab bila berdua, dan dibisikkan godaan syaitonnnnn nirojim , boleh hilang rasa malu antara kedua nya sehingga boleh terjerumus ke arah zina. Nauzubillah minzalik. Kalau ucapkan kata kata kotor tu haram, mendekati zina dengan melontarkan kata rayu-rayuan kepada sang lelaki atau sang wanita lagi lah haram. 



20 April 2013

Cinta Cyber

Assalamualaikum  

Kebelakangan ni, semenjak semenjak duduk rumah goyang kaki makan tidur ni, sha cuba cari satu aktiviti yang boleh menghilangkan bosan di samping dapat menjalinkan ukhwah dan menyampaikan sedikit dakwah buat orang lain. Jadi sha ambik keputusan nak join balik laman chat atau laman sosial xat.com . Daripada pemerhatian sha, ramai yang masuk laman ni sebab nak berkawan, bersosial malah ada juga yang berdakwah dalam kesesakan orang yang sibuk mencari pasangan bercinta. Alhamdulillah :)

Kebanyakan pengantin sekarang ni, semuanya berkenalan melalui internet. Kiranya, dari zaman MiRC hingga Myspace lagi dah buktikan yang internet memang medium penghubung terbaik kan sampai jodoh pun boleh jumpa dalam situ. 



Bercakap pasal cinta internet ni, sejauh mana kawan kawan percaya cinta jenis macam ni? Kalau nak kata tak percaya, dah terbukti depan mata ada yang jadi. Kalau nak percaya seratus peratus, ada jugak kes kena tipu. Jadi macam mana? Maklumlah, semua benda ada baik buruknya kan. 

Untuk sha,  cinta internet macam gambling lah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Sepatah kata kawan sha, jodoh tu ada di mana-mana. Tak kiralah bila waktunya, yang penting kita kena bersedia. Sama jugak macam internet. Mungkin tanpa kita sedari, orang yang admire kat  kita secara senyap-senyap jadi stalker facebook kita setiap hari. Tak pun,  kita dengan dia chatting setiap hari... tukar-tukar pendapat tanpa disangka rupanya wujud perasaan cinta. 

Tapi, berapa jauh kebolehtahanan dan kebolehpercayaan cinta internet ni? Betul ke semua benda yang dia cakap kat internet tu benar belaka? Ye lah, kita tak nampak facial expression dia, intonasi suara dia, body language dia, eye contact dia. Mana tahu kalau dia tipu kita? Entah-entah dia perogol bersiri. Tak pun, suami orang yang dah ada anak bini. 

Walau apa pun cara cinta kita, kalau dah jodoh tu tak kemana. Amalkan lah sikap hati-hati. Sebab tak semua orang punya hati budi ikhlas dan jujur. Sedangkan rambut tak sama warna, inikan pula hati manusia. Lagi-lagi kalau melibatkan kewangan, maruah, keselamatan dan keluarga. Jangan mudah percaya. 

Cinta bukanlah tiket untuk kita bagi semuanya. Kalau dah bertahun-tahun menyulam cinta internet, apa kata jumpa empat mata. Baru tahu dia macam mana, jujurnya dia pada kita. Tapi kalau setiap kali ajak jumpa banyak je alasan.... hati-hatilah ye. Nampak macam ada benda yang tak kena. Sebelum terkena, baik jaga-jaga! 

15 April 2013

Mujahidah : Cantiknya Muslimah

Assalamualaikum. 

Kosmetik. Berlungguk lah kat pasaran. Whitening, softening, nak bagi gebu,nak bagi licin kulit, nak bagi beseri. Cuma pilih dan bayar ja. Banyak sangat dah produk sekarang ni. Tapi wahai muslimah, kan lagi manis kalau muka yang comel macam kak Ton tu, kita serikan lagi dengan kecantikan asli yang Allah promise untuk muslimah yang patuh dalam menunaikan ibadah kepada-Nya. 

Kita sebagai muslimah kena alert , yang kita bukan nak cantik setakat muka, body sahaja. We should consider on our attitude too !  Bagi yang dah ada pasangan, si lelaki memang umumnya akan attract to our beauty, tapi tu semua tak kekal sis. Kehangatan kasih sayang, cinta yang tulus daripada si lelaki hanya akan kekal dengan attitude kita, macam mana kita jaga diri kita, macam mana kita jaga hubungan dengan Allah. That's it.




Kecantikan perempuan tu terletak kepada kelembutan nya. Bukan lembut lembik lemah gemalai tu, no! Bukan bermaksud lembut manja. Tapi, lembut dalam tingkah laku bersama keluarga dan tegas dalam pendiriannya. Cantiknya mata seorang wanita, not because she drinks lot and lots of Innershine , tapi sebab dia sentiasa bersangka baik to what she observe around. Indah cara dia bercakap, bukan sebab suara dia lunak merdu macam Shila Amzah, tapi setiap perkataan yang keluar dalam mulutnya boleh diibaratkan sebagai bara yang membakar semangat di dada. Takde kata sia-sia yang keluar dari mulutnya.

Kecantikan wanita ada pada kemampuan dan keinginannya untuk memberi. Mungkin kita miskin harta tapi kita kaya dengan hati. Selalu memberi tanpa mengharapkan balasan. Dia sentiasa bersama semasa dalam senang dan susah, dalam gembira dan kesedihan. Kemurahan hatinya akan membuatkan orang akan selalu merinduinya.

Macam tu baru muslimah sejati, dengan kecantikan takpayah nak buang duit banyak banyak. Bakal suami pun tak susah hati kan? Lets prove it. To the world that,  that being muslimah is the best woman among woman in the entire of earth. ehh ? HAHA.

Ya Allah, jadikan sha salah seorang muslimah yang bakal menghiasi syurga-Mu. Amiin.


2 April 2013

Mimpi : Boleh Percaya ?

Assalamualaikum 

Helo dreamers :)

Macam mana tidur semalam? Lena tak? Ada dapat mimpi pelik-pelik tak? Apa , mimpi ular patuk? Haaa, taklama dah la tu ada orang nak masuk memetik bunga di taman. Eceh, yeke? Boleh percaya ke tafsiran tafsiran mimpi segala bagai semua ni? 

Most of well-people said, mimpi cuma mainan tidur, mainan syaitan ataupun mainan minda kita semasa kita tidur. How it happened then? Entahlah, sha pun tak boleh figured out how it happened. Some of us said that, every dream that comes would brings some hint about something that gonna happen in our life. Is that true?
Sha dah google.com pasal tafsiran mimpi-mimpi ni semua. Pehh, there are bloody hell lots of meaning pasal mimpi-mimpi kita ni. Yang baik ada, yang tak berapa nak baik pun ada. Just jangan terlalu percaya sangat lah pasal tafsiran mimpi ni. Takut lain pula jadi nya.

oh, yela. dia dah kawin. i put down my dreams now! *tskk tskk


Agak susah untuk kita tahu or easy to say that we will never know yang sesuatu mimpi kita tu mainan syaitan ke idak. Dan of course, kita tak tahu yang mimpi yang jelek jelek tu semua mainan syaitonn nirojim belaka.
Sebagai contoh,
Dalam mimpi tu, kita ada kat tempat yang kita tak tahu. Lepas tu kita dengaq suara yang kita kenal. Lepas tu kita mencari-cari suara tu sampai kita jumpa dua orang yang tengah bergaduh. Rupanya, Aaron Aziz tengah kena henyak dengan senduk oleh isteri dia. Kita nak pi selamatkan Aaron Aziz, tapi badan kita tak dapat gerak, terpaksalah kita tengok kisah sadis tu tanpa boleh berbuat apa.
So, bila kita dapat mimpi macam ni, apa yang kita expect tindakan lepas tu ? Pi dekat Aaron Aziz, cerita semua yang berlaku dengan harapan Aaron Aziz nak tinggalkan bini dia. Oh, no way ! It's impossible man. *sigh, kecewa*

kenal encik mimpi tak? suara dia sedap, cuba cari dalam youtube. *psst, lari topik*

Mimpi mainan otak? Macam mana. Eleh, macam sha tak tahu, sebelum tidur kita mesti akan erumbang ambing dengan angan jenin nak kawin dengan Aaron Aziz, takpun Wawa Jenal bagi lelaki. Lepas tu mula lah dok bayang babak babak romantik dengan suami/isteri angan jenin tu kan? Ha, sebab tu lah boleh termasuk dalam mimpi ! Sebab apa, sebab bila kita asyik dok pikirkan sesuatu, benda tu akan terbawa bawa dalam mimpi yang hanya akan terjadi bawah Department of Subconscious *betul ke ejaan gua? . Samalah macam bila kita rasa insecure dengan kekasih kita, kita akan memikirkan yang negatif bahkan ada antara kita yang bermimpi ditinggalkan bakal suami masa majlis akad nikah. *sapa orangnya, biarlah rahsia, ngee!

Macam mana dengan mimpi ala deja-vu kami ? Haa, deja-vu ? YA, mimpikan sesuatu yang tidak pernah kita jumpa, selang beberapa hari lepas tu kita jumpa benda tu. Holy crap. Is it supernatural? Naa, bukan. 

Sebenaqnya masa kita mimpi, kita nampak samaq-samaq ja muka orang tu. Lepas tu, dah selang berapa hari , kita jumpak dengan orang tu. Sebenarnya, muka orang yang kita mimpi tu dah kena merge dengan otak kita sampai kita ingatkan orang yang kita jumpa tu sebenarnya yang kita mimpi. Haa, mengarut. Itu, hanyalah kebetulan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun dah meninggal dunia.

OKAY, demi untuk menyelamatkan anda daripada pening tahap kritikal baca tulisan sha yang sangat complicated tu, jom kita tengok beberapa petikan tafsiran mimpi yang sha jumpa kat google. 

AMARAN:TOLONG JANGAN PERCAYA 100% TAFSIRAN INI!

1. Mimpi dipukul orang = Akan mendapat harta.
2. Mimpi berasa ccemburu = Akan berasa sedih , tetapi hanya untuk sementara.
3. Mimpi cium tanah = Akan datang duka cita
4. Mimpi diculik = Berhati-hati dalam masalah perkahwinan.
5. Mimpi dikejar orang jahat = Akan muncul sesuatu yang kurang baik.

Malas nak taip banyak-banyak. Kalau nak tahu lagi tentang tafsiran mimpi, cuba klik sini ataupun sini .

Last but not least , mimpi tidak boleh dijadikan hujjah ke atas syarak . Ia sekadar berita-berita yang menggembirakan atau berita-berita amaran sahaja. Tidak lebih dari itu. WALLAHUALAM.

Dr. Shalinda-To-Be :)


Asap Rokok

Assalamualaikum  


Walaupun rokok, digemari ramai , menjadi pojaan hati lelaki lelaki perasan macho di luar sana, namun pada Sha, sha adalah penentang nombor satu rokok ini. Nak tahu tak berapa ramai peminat tegar ataupun penyokong ataupun penghisap rokok dalam dunia ni ? Lebih 1.1 bilion tau tak ! Kadar merokok di negara negara maju dah mendatar, namun di negara yang sedang membangun kadar penggunaan tembakau terus meningkat  3.4% atau lebih!



Pehh, banyak kan?  Sha benci asap rokok, dan asap rokok pun membenci sha. Haha. Jangan pelik, sebab kami memang saling membenci. Sebab asap rokok ni bagi banyak keburukan kepada kesihatan sha. Pantang betul sha bila orang dok hembus hembus asap rokok depan sha.

"Hang nak mati, pi mati sorang la ! "

Ayat lazim yang sha guna untuk kata kat orang yang hembus asap kebanggaan dia depan sha tu. Tapi kan, kata-kata tu cuma dilafazkan dalam hati ja. haha, iyelah, kalau tak dapat mencegah kemungkaran guna anggota ataupun lisan, kita cegah guna hati jela kan :)

*bang, sepak nak sepak ?*

Buat perokok perokok, nak tahu tak , bahaya yang menanti orang yang menghidu asap yang kalian hembus tu? Macam macam derr, meh wa cakap kat lu. Risiko orang yang hidu asap lu tu, lagi besar daripada risiko lu. Malahan boleh membawa maut. Sapa lagi nak hidu asap rokok lu tu kalau bukan orang terdekat dengan lu? Mesti dalam kalangan keluarga lu. Mak, ayah, adik, akak, abang, anak menakan, mak saudara, nenek mertua , takpun awek lu sendiri. Lu pikir lah sendiri bro, guna otak 1.3 kg yang Allah bg tu :)

Tolonglah berhenti menghembus asap rokok sesuka hati. Dan kalau boleh, tolong quit merokok.
Ingatlah orang yang tersayang, ataupun ingatlah duit yang melayang.

Dr. Shalinda-To-Be ! :)

1 April 2013

Penyakit Gusi Bengkak



Assalamualaikum 

Harini sha nak cerita pasal penyakit gusi bengkak. Lepas ada seorang sahabat ni mintak sha tolong cari info pasal penyakit gusi bengkak, apalagi, terus sha on pc , buat research dengan encik google bertemankan lagu-lagu akustik. Ecewah. Jom kita tengok apa punca dan kesan penyakit gusi bengkak ni.

Pernah tak tengok gusi jadi warna merah, membengkak dan jadi lembut. Bengkak ini bukan nampak kat gusi saja, malahan boleh tengok bengkak pada bahagian pipi jugak. Gigi kekal anda pula anda rasa bergoyang-goyang, longgar dan jarang. Ada tak rasa gigi sakit masa mengunyah dan nafas seringkali berbau yang tidak hilang-hilang atau rasa tidak enak dalam mulut?

Kalau ada tanda-tanda di atas, tolong jangan ambil mudah tentang penyakit gusi bengkak ni. Sebab anda mungkin menghidap penyakit gusi (periodontal) yang menjadi penyebab utama kehilangan gigi-gigi di kalangan orang dewasa. Presiden Persatuan Pergigian Malaysia , Dr. Shubon Shinha Roy, ada berkata penyakit gusi terjadi disebabkan pengumpulan plak. Plak yang terkumpul akan membentuk karang gigi atau tartar.

Jangan kita ambil mudah dengan penyakit gusi atau gigi ni. Sebab penyakit gusi seringkali dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang berbahaya jika tidak diambil tindakan. 

  • Diabetes
Walaupun lebih banyak kajian diperlukan, setakat yang diketahui, penyakit gusi boleh meningkatkan gula dalam darah pesakit diabetes. Kalau anda seorang pesakit diabetes atau periodontal, adalah disyorkan supaya berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

  • Penyakit Pernafasan
Jangkitan mulut seperti penyakit gusi ada kaitan dengan risiko jangkitan pernafasan
yang meningkat. Hasil analisis penyelidikan mendedahkan penyakit periodontal
mungkin memberi ancaman yang jauh lebih serius.

  • Penyakit Jantung
Terdapat beberapa teori yang mengaitkan penyakit gusi dengan masalah
jantung. Salah satunya mengatakan bahawa bakteria oral boleh mempengaruhi jantung apabila ia memasuki saluran darah, melekat pada plak berlemak dalam pembuluh darah
jantung lalu mengakibatkan pembentukan darah beku.

Dekat sini ada beberapa petua untuk gusi bengkak, untuk mengurangkan 
kesakitan yang anda alami. 

1. Hancurkan umbut nanas dan campurkan dengan sedikit haram.
Kemudian, tampalkan pada bahagian gusi yang bengkak, biarkan
sehingga kering. Lakukan sehingga sembuh.

2. Dapatkan sedikit kulit pokok mangga/mempelam. Basuh dan rebus dengan sedikit air 
dan campurkan sedikit gara. Biarkan sehingga mendidik dan suamkan.
Berkumurlah setiap pagi dengan air tersebut hingga bengkak gusi hilang.


In shaa Allah ,

Dengan usaha kita dan bantuan daripada yang Maha Esa, Allah, sakit tersebut dapat diubati sebelum menjadi lebih teruk. Semoga perkongsian info ni dapat membantu anda. Sekian dari saya,

Dr. Shalinda-to-be ! :)