22 April 2013

Selamatkah Dunia Tanpa Sempadan ?

Assalamualaikum 

Sesungguhkan kita sekarang ni berada dalam zaman cyber. Sampai ada yang kata dunia sekarang hanya di hujung jari. Banyak giler ah kebaikan dunia cyber sekarang ni, bayar bil letrik, bil air, bil itu bil ini, semua hujung jari je. Tapi, jangan kita pandang enteng dunia cyber ni. Ada jugak 1001 keburukan dengan dunia cyber ni. Sha ada terfikir, macam mana nak tanam mekanisma ketahanan diri , so susah la nak dirosakkan oleh mereka mereka itu dalam meneroka dunia tanpa sempadan.




Satu tulisan yang Sha petik dari Ustazah Noraslina Jusin(baru google tadi) : Sesungguhnya, dunia maya tanpa sempadan yang semakin melebarkan sayapnya hari ini menjadi cabaran yang sangat besar kepada kita dan generasi akan datang dalam mujahadah dan usaha menjadi seorang muslim/ah yang benar-benar beriman dan jujur dalam amalan.



Bagi sha, seorang muslimah yang menjaga batas pergaulannya di luar, berkemungkinan menjadi seorang muslimah yang 'bebas' di alam maya. Aik, macam mana tu ? Haa, macam ni. The way we talk and type, walau tanpa suara ketika berchatting, bermesej dan seumpamanya dengan kaum bukan sejenis, kompom menjadikan syaitan gelak besar besar sebab berjaya jadi 'yang ketiga' antara mereka berdua.

Jangan kita tak tahu, ada jugak muslimah yang berjaya jaga penampilan ikut syarak di alam sebenar, tetapi gagal mengekalkan kesempurnaan itu di dunia tanpa wayar. Kecenderungan untuk meraih perhatian dan pujian ramai, tanpa sedar menjadikan diri mereka fitnah kepada sebahagian mata-mata lelaki yang buas dan liar.

Sha suka chatting kalau ada masa terluang. Sesungguhnya, chatting hukumnya sama dengan berbual atau kita borak borak macam biasa. Allah dan Rasulullah SAW sudah pun bagi panduan macam mana nak berbual atau borak borak. Dalam laman chatting, kita kena sedaqtudia,utagha bahawa setiap ucapan, tulisan kita semuanya dipantau dan diawasi oleh Allah swt dan Raqib&Atid.

Janganlah kita mengucapkan perkataan yang kotor atau kasar sampai mendapat dosa ke atasnya. Seeloknya, elakkan berchatting berduaan lelaki dan wanita. Seeloknya dibataskan pergaulan dalam laman chatting. Sebab bila berdua, dan dibisikkan godaan syaitonnnnn nirojim , boleh hilang rasa malu antara kedua nya sehingga boleh terjerumus ke arah zina. Nauzubillah minzalik. Kalau ucapkan kata kata kotor tu haram, mendekati zina dengan melontarkan kata rayu-rayuan kepada sang lelaki atau sang wanita lagi lah haram. 



No comments: