1 April 2013

Penyakit Gusi Bengkak



Assalamualaikum 

Harini sha nak cerita pasal penyakit gusi bengkak. Lepas ada seorang sahabat ni mintak sha tolong cari info pasal penyakit gusi bengkak, apalagi, terus sha on pc , buat research dengan encik google bertemankan lagu-lagu akustik. Ecewah. Jom kita tengok apa punca dan kesan penyakit gusi bengkak ni.

Pernah tak tengok gusi jadi warna merah, membengkak dan jadi lembut. Bengkak ini bukan nampak kat gusi saja, malahan boleh tengok bengkak pada bahagian pipi jugak. Gigi kekal anda pula anda rasa bergoyang-goyang, longgar dan jarang. Ada tak rasa gigi sakit masa mengunyah dan nafas seringkali berbau yang tidak hilang-hilang atau rasa tidak enak dalam mulut?

Kalau ada tanda-tanda di atas, tolong jangan ambil mudah tentang penyakit gusi bengkak ni. Sebab anda mungkin menghidap penyakit gusi (periodontal) yang menjadi penyebab utama kehilangan gigi-gigi di kalangan orang dewasa. Presiden Persatuan Pergigian Malaysia , Dr. Shubon Shinha Roy, ada berkata penyakit gusi terjadi disebabkan pengumpulan plak. Plak yang terkumpul akan membentuk karang gigi atau tartar.

Jangan kita ambil mudah dengan penyakit gusi atau gigi ni. Sebab penyakit gusi seringkali dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang berbahaya jika tidak diambil tindakan. 

  • Diabetes
Walaupun lebih banyak kajian diperlukan, setakat yang diketahui, penyakit gusi boleh meningkatkan gula dalam darah pesakit diabetes. Kalau anda seorang pesakit diabetes atau periodontal, adalah disyorkan supaya berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

  • Penyakit Pernafasan
Jangkitan mulut seperti penyakit gusi ada kaitan dengan risiko jangkitan pernafasan
yang meningkat. Hasil analisis penyelidikan mendedahkan penyakit periodontal
mungkin memberi ancaman yang jauh lebih serius.

  • Penyakit Jantung
Terdapat beberapa teori yang mengaitkan penyakit gusi dengan masalah
jantung. Salah satunya mengatakan bahawa bakteria oral boleh mempengaruhi jantung apabila ia memasuki saluran darah, melekat pada plak berlemak dalam pembuluh darah
jantung lalu mengakibatkan pembentukan darah beku.

Dekat sini ada beberapa petua untuk gusi bengkak, untuk mengurangkan 
kesakitan yang anda alami. 

1. Hancurkan umbut nanas dan campurkan dengan sedikit haram.
Kemudian, tampalkan pada bahagian gusi yang bengkak, biarkan
sehingga kering. Lakukan sehingga sembuh.

2. Dapatkan sedikit kulit pokok mangga/mempelam. Basuh dan rebus dengan sedikit air 
dan campurkan sedikit gara. Biarkan sehingga mendidik dan suamkan.
Berkumurlah setiap pagi dengan air tersebut hingga bengkak gusi hilang.


In shaa Allah ,

Dengan usaha kita dan bantuan daripada yang Maha Esa, Allah, sakit tersebut dapat diubati sebelum menjadi lebih teruk. Semoga perkongsian info ni dapat membantu anda. Sekian dari saya,

Dr. Shalinda-to-be ! :)

No comments: