6 February 2013

Adil


Assalamualaikum, 

Alhamdulillah , dah lepas test kimia malam ni. Walau sha tak struggle tera mana pun tapi in shaa Allah, moga moga dengan usaha yang sha buat , sha peroleh markah yang seadilnya . Seadilnya, adil . Sebetulnya, sejauh mana kita mendalami maksud adil dalam kehidupan seharian kita?

Rata rata penterjemah Bahasa Melayu atau golongan pembaharu atau dikenali sebagai pemikir , menyifatkan perkataan adil sebagai sama rata atau seimbang. Contoh dalam kehidupan seharian , terdapat banyak salah faham atau kekeliruan natijah dari kesilapan adil dari segi bahasa.

"Eh, lelaki boleh kawin 4. Kenapa perempuan tak boleh?"
"Alaa, lelaki auratnya sedikit , perempuan nak kena tinggal muka dengan tapak tangan bagai. Adil ke?"
"Mana adil ! Abang long dapat 2/3 pusaka ayah. Kakngah dapat 1/3 ja"

Nampak ? disebabkan kekeliruan memahami makna adil dalam kehidupan .Islam disifatkan sebagai tidak adil dan mendiskriminasikan hak wanita, kata mereka di atas tadi. Masya Allah .

Baiklah, rakan rakan yang tengah renung entry sha ini. sha ni cetek ilmu nya. Sha sekadar berkongsi apa yang sha baca, yang sha kaji dan yang sha faham. Sahabat semua boleh komen dan betulkan apa yang sha silap dan salah. Jomlah kita sama sama menimba ilmu.

Ok, sila fokus !

Adil menurut islam adalah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Bukan bermaksud sama rata atau seimbang ya rakan rakan sha. Contoh ringkas , dalam bab aurat . Memang dah ditetapkan had aurat bagi kaum adam dan hawa. Dan memang had tu dah ditetapkan sesuai dengan fitrah manusia. Yelah , kawan kawan. Perempuan kan diciptakan lebih lawa dari lelaki *maaf lelaki* , dan sememangnya perempuan dapat menarik perhatian lelaki. Jadi , disebabkan kaum perempuan ni mahal dan berharga , kita kena lah jaga lebih sikit. Adil kan?

Jadi , kat sini tak ada seimbang atau kesamarataan dalam perkataan adil. Sesuatu yang dah ditetapkan adalah sesuai dan kena pada tempatnya. Senyum.

Macam mana sha nak bagi contoh lebih ringkas dan yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita ya.
Ya , macam ni lah rakan rakan . Sha beli bebola ikan dan udang goreng yang celup tepung tu 3 ketul. untuk sha, dua lagi untuk kawan-kawan. Macam biasa lah kan, manusia, alah kepada macam macam. Kebetulan, sha memang tahu salah seorang kawan sha ni, alah kepada udang, kalau makan udang, bibir jadi tebal mcm Angelina Jolie. Takkan sha nak bahagikan bebola seorang satu dan udang seorang seketul. Tak adil bagi kawan sha yang allergic udang, sebab dia tak dapat makan udang. Jadi, sha yang dapat makan udang tu kena beralah, amik dua dua udang. Dan bagi dua bebola kepada yang allergic. Jadi sha dah letak sesuatu di tempat yang betul. Dengan mengambil kira , keperluan dan kesesuaian dengan fitrah dia yang allergic udang.

Jadi, macam mana markah test kimia, ya, sha harap sha dapat markah seadilnya dengan usaha yang sha dah ambil. Usaha sikit dapat sikit, usaha banyak dapat banyak. 

Sekian, salam sayang,

Sha :)

3 comments:

Khursyid said...

insyaAllah.. gudluck ye ^^

Shalinda said...

terima kasih ^_^

Anonymous said...

Jadi maksud adil adalah kesamarataan atau keseimbangan mengikut konteks. Betul tak? Contohnya kalau saya ada dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Bila tiba harijadi. Kalau nak bagi Hadiah harijadi mesti ikut kesukaan mereka. Contohnya kalau anak lelaki minat mainan barbies. Saya perlu beri permainan Barbie. Kalau anak perempuan saya minat mainan askar. Saya perlu bagi mainan askar. Tak boleh bagi dua - dua mainan askar dan tak boleh bagi dua - dua mainan Barbie. Jadi dalam adil ada unsur kesamarataan iaitu mereka berdua dapat mainan. Ada juga kesesuaian mengikut konteks iaitu dapat hadiah mengikut minat. Betul tak kefahaman saya?