26 February 2014

Pendosa

Ya Allah, diantara berjuta para pencintaMu,
Sudikah kiranya Engkau memandangku dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMu.
Aku hanyalah seorang pendosa yang seringkali tergelincir dari landasan imanku.

Bukan hanya physical appearance saja yang tunggang langgang,
Hatiku dan jiwaku juga terkadang tidak kuat menahan gelora nafsu yang menggulung,
Hatiku terlalu banyak cacat celanya,
Walau aku tersedar dari kekhilafanku, aku cuma mampu menyembunyikannya,
Bagiku itu sudah cukup bagi seorang Beginner.

Istiqamah tidak dapat berkubu teguh dalam hatiku,
Mengapa?

Mungkin kerana aku sepi dalam perjalanan,
Tiada sahabat sesempurna Asiah Yusra,
Tiada teman berkongsi ilmu agama, tiada pendorong untuk bermuhasabah,
Tiada ruang untuk berusrah dan berhalaqoh.
Aku tiada teman rapat bertudung labuh, walau seorang.
Di mana harus aku lontarkan kekesalanku ini?

Ya Allah, ampuni aku,
Terlalu banyak alasan dan permintaanku,
Aku rebah ketika bertatih mencari keredhaanmu,
Aku malu ya Allah.
Di mana harus ku sembunyikan lagi muka hinaku pabila bertemu-Mu ya Allah.

Ya Rahman, Ya Rahim,
Berikanlah aku seorang sahabat mahupun teman untuk menapak ke syurga-Mu,
Yang seiring mengejar Jannah-Mu,
Yang mendambakan keredhaan-Mu,
Yang sedia mendamping dan memperbaikiku ya Allah,
Kerana aku, hambamu yang lemah dan kebuntuan :')

No comments: