26 December 2012

Trust ♥


"Cinta hanya akan terus kekal kiranya kepercayaan kita pada dirinya terus kekal"
"Kalau kita sudah tidak percaya lagi akan dirinya, bagaimana percintaan kita itu ingin diteruskan kerana di mana sahaja dirinya pergi, apa sahaja yang dia lakukan, pasti wujud sahaja ketidakpercayaan di hati dan tatkala saat itu tiba maka punahlah cinta.."
Assalamualaikum  ♥

Alamak , besok test biologi dan kuiz statistik !
sempat pulak sha update blog ye .
tapi rasa eksaited yang tinggi nak kongsi sesuatu tentang kepercayaan, sanggup tolak buku ke tepi sekejap , alah , sekejapp je, janji ! :)



Isu kepercayaan ini sering kali berlaku dalam kehidupan pasangan kekasih dan suami isteri. Si lelaki tidak percayakan si gadis atau sebaliknya. Perasaan ragu-ragu itu ada baiknya dalam hubungan kerana ia boleh memberikan kesan positif tetapi yang menakutkan ialah ia memberikan kesan negatif lebih banyak daripada kesan positif.

Kurangnya kepercayaan pada pasangan kita akan memburukkan keadaan. Ia akan mengeruhkan keadaan yang padahalnya cuma masalah kecil. Contoh, si kekasih merasakan kekasihnya ada orang lain, atau menipu. Dengan wujudnya perasaan ini, pergaduhan akan berlaku sekiranya apa yang dinyatakan itu tidak benar, malah kemungkinan besar ia akan menyebabkan perpisahan.



Bagi sha kepercayaan umpama bermain pedang bermata dua yang boleh memakan diri si pemegang. Kepercayaan itu merupakan suatu perkara yang boleh melukakan orang lain juga diri kita sendiri. Sepertimana pengalaman yang sha pernah lalui, kepercayaan kita terhadap seseorang itu sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri. Terpulang kepada diri sendiri untuk memberi dan menerima kepercayaan daripada orang lain. Namun biarpun kepercayaan terhadap seseorang itu sebenarnya suatu perkara yang suci murni, terlebih mempercayai orang boleh merubah keadaan menjadi haru-biru.

Pernah sha terbaca qoute dari George MacDonald, 'to be trusted is a greater compliment than being loved'. Sha akui yang cakap Mr. MacDonald ni ada kebenarannya. Kita sebenarnya akan berasa lebih yakin apabila kita tahu yang orang lain boleh mempercayai kita, dan kita juga akan berasa terlalu sedih jika sedar yang tiada sesiapa yang sanggup mempercayai kita, lebih sedih dari putus cinta atau menerima penolakan. 

Anugerah kebolehpercayaan dari orang lain dan penganugerahan kepercayaan kepada orang lain sebenarnya boleh memudaratkan emosi sekiranya tidak dikawal dengan baik. Contohnya kita terlalu mempercayai seseorang sehinggakan orang itu menyalahgunakan kepercayaan tersebut untuk perkara yang tidak baik, seterusnya bila kita mengetahui situasi itu kita pula akan berasa tertekan dan menerima semacam beban emosi dalam hidup. Inilah yang sebenarnya dimaksudkan dengan 'kepercayaan adalah pedang bermata dua'.

 if you can't control the situation it'll backed down and hurt you. 

Sha mengaku sha sebenarnya seorang yang sangat mudah untuk mempercayai orang lain. Dan sha juga mengaku yang kepala sha ni dah berjuta-juta kali diinjak lantaran kepercayaan yang sha berikan kepada orang. Ada yang berlaku curang, ada yang tikam belakang, ada yang menumpang hanya bila senang, dan juga ada yang menipu depan belakang. Sebenarnya sha tak kisah pun dengan hal itu semua kerana sha tahu satu hari nanti mereka semua akan malu dengan perbuatan sendiri. Tuhan itu Maha Adil, kan? 

Malah balasan daripada semua itu pun sudah sha lihat sedikit sebanyak dalam kehidupan sha sehari-hari. Mungkin ada yang akan kata sha ini terlalu naif dalam menilai peribadi orang sehinggakan dengan mudah sha meletakkan kepercayaan terhadap mereka, tetapi sebenarnya sha masih cuba menjangka peribadi seseorang apabila kepercayaan itu diberi. Dengan cara sebegini sebenarnya sha belajar mengukur nilai sebuah persahabatan dalam diri orang lain.

'It took years for us to give trust, but it took just a few seconds to destroy it.'

True , memang betul kita hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk memusnahkan kepercayaan yang diberi oleh orang lain. Satu kesilapan bodoh, satu perasaan konon kebijaksanaan, satu kesengajaan, segalanya boleh memusnahkan kepercayaan seseorang. Jadi seberapa bijakkah kita dalam menilai erti kepercayaan yang diberikan oleh orang lain terhadap kita. Bagi sha mudah.my sahaja semua tu, biar orang buat kat kita jangan kita buat kat orang, Tuhan itu Maha Adil, kalau bukan hari ini terkena maknanya esok pun masih ada. 

Jadi secara ringkasnya, jangan mudah mempercayai orang 100%, dan jangan sesekali menyalah gunakan kepercayaan yang diberi oleh orang lain.

Sekian dari Sha :)

3 comments:

kEtamSepit said...

yap betul tu..

good luck utk test esok..
erkk

Zayani Zulkiffli said...

TRUST.
susah nak dapat, senang nak buang.

selipar putih said...

thanks join segmen jerit pekik..
betul senang nak bagi kepercayaan kat orang nak hilang pon senang kalau sebaliknya berlaku..
SENARAI ENTRY-ENTRY TERBAIK DARI BLOGGER#UPDATE(Klik Di Sini)