16 October 2013

Cinta Kilat

Assalamualaikum  

Bagaimana pula kalau baru kenal, beberapa saat bercakap dalam telefon atau beberapa kali bertukar jelingan tiba-tiba hati terpaut dan jatuh cinta? Kata lain, cinta kilat?

Hubungan bertunjangkan cinta kilat ini akan terus mekar dan mekar sehingga bila-bila? Sebelum mencipta jawapan, fikir dulu beberapa perkara.

Toleransi, kasihan, serasi, marah, sayang, benci, rindu, salah faham, gaduh, loya, masam muka, meluat, ketawa, dan pelbagai lagi rasa juga isi dalam sebuah kebahagiaan. Tanpa selautan perasaan itu kita tidak kenal pasangan sehati sejiwa yang selayaknya tepat dengan pilihan kita. Ada manusia sukakan keindahan. Ada suka kesederhanaan. Ada pula mahukan yang biasa-biasa sahaja. Pernah kita melihat seorang wanita cantik berjalan dengan seorang lelaki gemuk dan pendek, malah berkulit gelap sedang ketawa dan bahagia seadanya, kerana jodoh, ajal, maut, dan rezeki adalah ketentuan Ilahi yang tiada siapa tahu.



Situation as cinta kilat contohnya, boleh jadi pada individu baik pertama kali bertemu, mahupun sesiapa sahaja kerana fitrah manusia mudah jatuh cinta apatah lagi jejaka atau gadis idaman berada di depan mata. Alangkah indahnya jika hanya beberapa kali bertemu, mengikat pertunangan, terus ke jinjang pelamin dan menyulam bahagia hingga akhir hayat. Namun disangka panas hingga ke petang, hujan pula di tengah hari, perkenalan singkat akhirnya putus di tengah jalan. Punca perpisahan kerana belum cukup mengenali antara satu sama lain dan paling menguris kalbu, perasaan cinta sudah berbahagi dan menganggap perkenalan singkat itu satu kesilapan besar dalam hidup.

Keputusan berkahwin yang dibuat dalam masa terdekat itu bagi menutup kesedihan tatkala perit ditinggal bekas kekasih, namun kenangan lampau tidak mampu dipadam sekelip mata. Fenomena ini sukar untuk diungkap dengan kata-kata, namun kehadiran cinta kilat juga membawa seribu pengertian.

Siapa pun pilihan setiap individu di luar sana, tentunya mereka mempunyai sebab dan alasan memilih apa yang mereka pilih.

No comments: