24 January 2013

Baik Sangat Ke Kau, Nak Nasihat Aku ?

"Hek eleh... Macamlah kau bagus sangat nak nasihat aku! Cermin diri kau tu dulu.. Diri sendiri pun jalan macam ketam, ada hati nak suruh aku jalan straight. Macamlah aku tak kenal perangai kau tu macam mana sebelum ni. Sekarang ni nak berlagak ustazah pulak nak bagi nasihat kat aku!"

Wah ! Kalau bab agama, orang kita memang pantang ditegur. Habis disumpah seranahnya kita. Dikaji-selidik , disoal siasat pula kesalahan kita dan mengungkit kisah-kisah silam tambah-tambah yang pernah terlanjur dalam kancah maksiat sebelum ini. Mungkin beliau merasakan orang yang memberikan nasihat itu tidak layak untuk menasihat dirinya. Mungkin kerana seseorang itu kurang baik akhlaknya mahupun dianggap cakap tak serupa bikin.

Sebab apa ye ? Sebab wujudnya sifat sombong ataupun ego dalam diri seseorang itu. Sebab beliau rasa dirinya tidak memerlukan sebarang komen atau nasihat daripada insan yang lain.

“Kesombongan itu menolak kebenaran dan merendahkan martabat manusia." 
-HR Muslim
“Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah.” 
-HR Muslim
Chupp ! Saudara-saudari sekalian, dalam konteks Islam, jika kita melihat seseorang melakukan maksiat, wajib untuk kita menegurnya walaupun kita masih melakukan dosa kerana setiap Muslim itu adalah pendakwah. Gunakan konsep amar makhruf,nahi mungkar Kita bukannya maksum seperti Rasulullah SAW. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Kenapa mahu diungkit sejarah hitam seseorang yang sudah insaf? Dia memberi nasihat mungkin kerana tidak mahu kesilapan yang dilakukannya diulangi insan lain. Dan tidak perlu tunggu jadi ustazah baru hendak memberi nasihat.


“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan” . (Imam Hasan Al-Basri)

‎"Barangsiapa yang memberi nasihat dengan memandang dirinya baik, maka dia akan berdiam diri apabila berbuat kesalahan. Dan barangsiapa yang memberi nasihat, kerana apa yang diucapkan adalah kebaikan dari Allah untuk dirinya, maka dia tidak berdiam diri apabila berbuat kesalahan."(Ibnu Athailah-Al Hikam).
Apapun yang dikatakan oleh seseorang yang boleh bagi manfaat mahupun kebaikan kepada kita, ambil dan simpan sebagai pedoman hidup. Apa yang buruk dan tak berfaedah daripadanya, kita buang jauh-jauh. Walaupun seorang pencuri menasihati kita supaya jangan mencuri!


Saidina Ali r.a juga ada mengatakan: "Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan."

Sedang kita riuh rendah , pung-pang pung-pang menegur salah orang lain, sedangkan kita sedang di takuk lama dan berada di tahap sebegitu , manada ada orang nak respek kita . Jangan cakap tak serupa bikin. Jadikan nasihat yang kita beri , sebagai peringatan kepada diri sendiri. Cubalah untuk berubah sedikit demi sedikit .

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" (Surah As-Saff 61 : 2-3)

Sebaiknya, sambil kita memperbaiki diri, sambil itu juga kita menyeru orang lain turut berubah bersama kita dan sama-sama buat kebaikan. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang?  Nak bagi nasihat juga, biarlah berhikmah. Manusia tak sempurna. Maka sempurnakanlah mereka dengan teguran yang membina. Bukan yang menjatuhkannya.



Yang ditegur tu, jangan cepat melatah, usahlah melenting. Anda sepatutnya bersyukur kerana Allah telah menghantar seseorang untuk menegur dan memberi peringatan kepada anda daripada terus hanyut ke dalam lautan noda. Amatlah rugi jika seseorang itu tidak mahu menerima teguran kerana dikhuatiri Allah akan terus menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati itu. Nauzubillah...

#Jangan lupa follow Sha :)

No comments: