31 January 2013

Adab Bersembang

Assalamualaikum  ♥

Minggu ni minggu letih. Lepas satu test , satu test menyusul. Tak ambil kira kelas kelas , assignment , tutorial dan kelas ganti yang hampir setiap malam lagi *eh tipu, minggu ni tak ada kelas ganti malam pun lagi*. Tatkala manusia manusia yang hidup kat upsi ni sedang mengharungi saat saat kritis hujung sem , dah tentu ramai yang tengah emosional , tekanan perasaan dan ada yang masih boleh menulis entry blog sampai dah taknak kisah tentang saat saat kritis lagi. fedup fedup.

Haaa , dari sini kisah entry ini bermula. Masa orang tengah tension , tekanan jiwa sangat memuncak macam puncak Gunung Everest , sudah semestinya orang orang tersebut mudah naik angin bukan? Yes, betul.  Jadi, untuk mengelakkan terlalu banyak angin di upsi ni *sampai pintu asyik gedegangg , tertutup sendiri* kita perlu mengubah saat saat kritis dan kritikal dan mengelakkan daripada perselisihan faham serta berlakunya pergaduhan. Tambahan , 'final exam is around the corner' ni. Jagalah hati , perasaan dan emosi sesama kita.

Bagaimana? Banyak caranya. Tapi yang sha nak highlight hari ini adalah Adab Bersembang !

Banyak antara kita yang ,

"Alah, kawan kawan, jangan dok teqasa sangat la"
"Biaqlah dia berpeqasaan macam mana pun , janji hati aku puaih"

No. Walaupun kita berbicara dengan kawan baik yang selalu ponteng kelas ti**s , yang selalu salin jawapan tutorial sama-sama , kita wajib jaga adab kita.  Jangan sampai seseorang terhiris , terkuis, terasa dengan perbualan atau cara percakapan kita. Bahaya, kalau dia pendam perasaan itu lama lama. Boleh jadi tekanan jiwa juga , silap hari bulan , telinga kita dikokaknya .

Tadi masa tengah pulun letak button like kat post . Sha ada google sikit tentang adab bersembang. Ya lah kan. Takkan nak cakap kosong. Kena ada pendapat yang menepati tuntutan agama kita, sekurang-kurangnya sha mampu berdakwah*yeke?* atau beri nasihat secara tak langsung dalam blog sha ini. Alhamdulillah.

Apa adab yang menepati tuntutan Islam ni rakan taulan ?

Yang kesatunya*marah cikgu bm* , kita mestilah bercakap dalam nada suara yang rendah dan lembut. Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang. Tak kira lah kita tengah bercakap dengan best friend forever ke , dengan musuh tahap ketiga.



Yang keduanya, tak perlu lah nak menunjuk kepandaian semasa bersembang. Supaya kita tidak memalukan seseorang itu dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka langsung tidak faham. Bersuaian dengan sabda Rasulullah SAW,

"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)


Yang ketiganya, biarkan mereka menghabiskan ucapan. Kalaupun kita tidak faham atau musykil dengan ucapan seseorang itu, janganlah memotong percakapan mereka. Kan lagi manis kalau kita tunggu sehingga mereka habis, kemudian soal dengan beradab dan berhemah *cecey* . Betoi la ! Nanti terbantut jalan cerita orang tu. Macam sha, kalau dah terbantut percakapan sha, sha jadi amnesia, terus lupa apa nak cerita. Tapi, tapi , tapi, lain pula dalam p&p , kalau diizinkan , soallah cikgu semasa pengajaran supaya lebih faham.

Menurut Ibrahim bin al-Junaid, 
"Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."

Jadi , jadi , jom kita leraikan kesimpulan. Kesimpulannya kat sini , jangan kita pandang remeh, jangan kita tak ambil berat tentang cara percakapan dan perbualan serta adab bersembang . Sebab mungkin dengan berbicara dengan nada suara yang rendah boleh menyebabkan hati orang yang tengah emosional tu reda sikit. Dah dekat final exam ini, sama sama kita jaga hati kawan kawan okay? Sha taksuka la gaduh gaduh. Live in peace and harmony pelis ?

Akhir kata, ada satu pepatah arab sha nak kongsi ,

"Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."

Sekian,

27 January 2013

Manja dan Gedik


Assalamualaikum . ♥

Manja ? Manja itu adalah sesuatu yang subjektif. Sesetengah orang dilahirkan dengan memiliki sifat manja, ada sesetengah orang menjadi manja hasil dimanjakan oleh orang sekeliling dan ada orang yang hanya akan manja dengan orang orang yang tertentu seperti, keluarga, kawan kawan rapat ataupun kekasih.

*suka kucing , sebab kucing manja*

Bagi yang memiliki sifat manja semulajadi , beliau akan manja dengan sesiapa jua dan tidak hairanlahkan , mungkin sifat manja nya menjadikan nampak comel di mata orang.Tetapi, ada sesetengah kes , seseorang itu tidak dapat mengawal kemanjaan nya dengan berhemah . Sampaikan orang sekeliling berasa 'annoyed' atau rimas .

Kita bebas mentafsirkan sifat manja mengikut tafsiran sendiri. Ada orang melihat manja sebagai suatu yang negatif seperti sifat yang mengada-ngada , kebudak-budakan ataupun lebih teruk orang yang manja digelar 'gedik'.

Menurut DrSha ,*sila tampar pipi sha sampai sedar* lelaki memang gemar perempuan jenis manja manja leleh ni.Tetapi tidaklah semua , dan kebanyakan lelaki kurang senang dengan perempuan yang manja yang terlampau atau manja yang dibuat-buat ini. Ada sesetengah orang yang mengada-ngada atau buat-buat manja kelihatan sangatlah plastik.

Kalau kita kenal seseorang itu dengan sifat manja, jangan kita ingat dia selalunya manja. Kalau diberi perhatian , kadang-kadang sifatnya lebih kepada gedik. Alamak, gedik ?

Apakah pula gedik ?

Perempuan yang mengada-ngada? Perempuan yang suka tarik perhatian tak tentu pasal? Perempuan buat2 manja tak bertempat? Semua perempuan memang gedik. Awak, awak dan awak tak gedik? ayoo jangan tipu. Tapi apa yang sha maksudkan tu bukanlah semua perempuan terlompat sana sini macam monyet tu. Ade setengah perempuan gedik yang real punya. Tahu-tahu je lah macam mana kan? Ada setengah tu sikit je kegedikkan dia. Tapi kalau perempuan yang tak gedik langsung tu, Hmm, susah sangat nak carik. Spesies tu hampir pupus.

Sini , sha provide macam mana nak kenal pasti diri kita *gadis* adalah seorang yang gedik . Sumber nya sha c&p daripada sini !


ANDA TAHU ANDA GADIS GEDIK BILA

1. Anda teramat mudah perasan. Bila ada lelaki terpandang ke arah anda, automatik anda fikir dia sedang pandang anda dan tertarik pada anda. Perasan adalah antara simptom-simptom awal penyakit gedik.

2. Anda rasa anda cun gila. Sebenarnya menurut pemerhatian , biasanya memang orang yang gedik ni agak cun juga (walaupun yang tak cun pun ramai). Tapi perlu diingat, cun gila dan cun juga mempunyai makna yang jauh berbeza. Dan definisi cun mencakupi budi-bahasa dan perangai. Takde maknanya kalau cun tapi perangai entah apa-apa.

3. Anda secara automatik berasa teruja dan over-excited apabila berada berhampiran kumpulan lelaki. Anda juga secara spontan merasa mereka semua sedang memerhatikan segala gerak-geri anda. Padahal mereka sebenarnya perati anda bukan sebab minat tapi sebab meluat.



4. Mengada-ngada. Ini memang trademark orang gedik. Biasanya untuk menarik perhatian kaum lelaki. Suara akan tiba-tiba jadi merengek-rengek bila dengan lelaki. Suka mintak itu mintak ini. Kadangkala tanpa sedar memalukan diri sendiri apabila nk demand perhatian. (Kalau bini merengek dengan suami tidaklah dikategorikan gedik, harap maklum ;-D)

5. Anda rasa semua lelaki minat kat anda. Dan anda suka ‘memancing’ lelaki menggunakan pelbagai cara untuk membuktikannya. Anda buat-buat manjalah, hantar sms jiwang-jiwang lah, anda ajak keluar makanlah, keluar jalan-jalanlah. Bila ada respon, anda pun akan kata “Sah, dia memang minat kat aku”. Tapi, kalau lelaki tu buat derk aje, anda akan kata pula “Alah, dia cover tu. Aku tau sebenarnya dia minat kat aku.”*sama ja perasan nya -,-*

6. Anda juga seorang yang amat sukakan lensa kamera atau vcam. Bila ia tertumpu kepada anda, mulalah anda terdorong untuk buat aksi dan berposing yang over seperti buat side posing, menonggekkan bontot, gigit-gigit jari, dan sebagainya. Pernah tgk vklip MMU Ada Apa Dgn Gedik? Precisely my point.

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di atas, terutamanya No. 3, 4 & 5 maka mungkin anda patut mendapat nasihat daripada pakar untuk rawatan selanjutnya sebelum penyakit ini menjadi lebih kronik. Jika anda masih belum jelas tentang apa itu gedik, anda bolehlah cuba menonton rancangan Ma*laysia’s Most Beau*tiful di 8TV setiap Khamis malam untuk mendapat gambaran am. Cerita realiti tv itu memang penuh dengan perempuan-perempuan gedik.

haaaa, dah baca ? amacam, kamu semua tak gedik kan.. sha tahu tu. Bukan ramai pun orang gedik.

Jadi , sha cuma nak tegaskan di sini . manja adalah suatu sifat yang empatratusenamploh kali taksama dengan  gedik okay . Jadi , sebelum nak nilai seseorang dan bermonolog dalam hati "eish,gediknya pompuan ni" , pastikan anda tahu dulu sifat sebenar seseorang itu .

Tapi seeloknya bagi seorang gadis, selindungkan dan simpankan sifat manja kamu itu untuk dijadikan suprise untuk suami kamu . Jangan ditonjolkan kemanjaan kamu terlebih awal . ♥

26 January 2013

Dibunuh Angan-Angan Sendiri


Seronok melayan angan petang-petang yang aman , indah , permai , damai, dan cermai ,eh? Hee
*perasan tak belog dah tukar nama, ada doktor gitu*

Masa berangan-angan, kita boleh memiliki apa sahaja yang kita mahukan. Kita boleh pergi ke mana-mana saja yang kita inginkan. Kita boleh menjadi apa sahaja yang kita idamkan. Ohsem bukan? Semuanya ada dalam angan-angan. Bagi sha, angan-angan sha nak jadi seorang yang digelar doktor :)

Chupp, kawan-kawan, disebalik keindahan itu ada kemusnahkan adakalanya. Memusnahkan kehidupan si empunya jasad. Eh! Salahkah berangan-angan?

No. Sudah semestinya tidak!

Kita boleh pasang seohsem mana pun. Itu adalah hak manusia itu sendiri. Beranganlah sebanyak mana pun, tiada siapa akan melarang anda berbuat demikian.*mestila,bukan orang tahu isi hati kita* Dah tu, kenapa pula boleh memusnahkan empunya jasad?

Why why why?
Mari baca kaji selidik doktor sha di petang yang cermai ni .

Satu ! Angan-Angan Yang Terlalu Panjang

Angan-angan yang keterlaluan semestinya bisa membunuh si empunya jasad? Sebab apa? Sebab dirinya hanya hidup dalam angan-angannya semata-mata. Betulkah ada manusia seperti ini? Betul. Kalau tidak percaya, sila lakukan kajian.*dalam kajian dr.sha, tunggu result di entry akan datang*

Nabi SAW pernah bersada, daripada Anas bin Malik r.a. :
“Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara, tamak dan angan-angan.”

Macam mana angan-angan tu jadi salah pula? Betul ke salah berangan-angan ? Tidak salah, in shaa Allah.



Tapi yang salahnya adalah apabila panjang angan-angan. Dan angan-angannya itu hanya tinggal dalam angan-angan. Imaginasinya sahaja yang berfungsi, tetapi jasad tetap tidak bergerak!

Beerti, macam sha tengok ada ayam kepci atas meja ,menitik-nitik air liur sha bayang kesedapan rasa ayam tersebut apabila dikunyah ,tetapi sha tak bergerak untuk mendapatkan ayam tersebut. Jadi, ada dua kemungkinan timbul di sini . Sama ada ayam tu akan sejuk dan tidak sedap. Ataupun roommate sha rembat ayam kepci spicy yang ada atas meja tu.

Cita-cita dengan angan-angan itu sama?

No. Cita-cita ialah suatu keinginan yang memerlukan tindakan usaha yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan apa yang diidamkan. Tidak seperti panjang angan-angan.
Kata orang, berangan sahaja lebih, tapi tindakan tiada!

angan-angan berpanjangan tanpa usaha

Terus dan terus berangan-angan itulah panjang angan-angan tanpa apa tindakan. Sehingga akhirnya, angan-angan itu menenggelamkan si pelaku angan-angan. Dirinya bahagia hidup dalam angan-angannya sendiri.*syoksendiri*

Macam ni kawan-kawan, sha bagi satu contoh, seseorang itu berangan-angan untuk terus-menerus hidup di dunia dan mengumpul harta yang banyak sekali. Padahal, hari akhirat itu ada sebenarnya. Dirinya lupa tentang itu!

Angan-angan yang panjang sehingga melupakan hari akhirat.. Kan bahaya tu. Angan-angan macam ini boleh mendatangkan kemudharatan berpanjangan kan kawan-kawan yang sha kasihi ?

Angkara Angan-angan Yang Panjang?

Ikut hawa nafsu dan terus-menerus berangan sampai melupakan kehidupan akhirat itulah angan-angan yang membunuh. Angan-angan itu tiada penghujung, kerana semuanya indah belaka. Tidak seindah dunia ini yang penuh dengan segala kedukaan dan kesengsaraan. Maka, tidak keterlaluan kalau sha buat konklusi jika ada orang yang terperangkap dalam angan-angan sendiri.

Terperangkap dalam angan-angan? Macam mana tu?

Senyum.

Orang yang terperangkap dalam angan-angan itu tersasar niatnya untuk apa hidup di dunia. Dia lupa untuk apa sebenarnya hidup yang sementara ini. Bahkan mungkin dirinya terus-terus memaksa mental untuk menolak kematian dan hari akhirat. Kalau pun dia tahu mengenai hari akhirat, keyakinannya tidak ada mengenainya. Dan akhirnya, dia menolak fitrah yang sedia ada! :(

Nak tahu ?  orang yang panjang angan-angan sebenarnya juga tidak kisah dengan kejadian hari akhirat , yakni syurga dan neraka. Seksa dan nikmat. Sebab apa? Sebab dia sudah ada dunia angan-angannya sendiri. Yang serba indah dan membelai jiwa. MashaAllah. :(

Kalau orang yang normal, dia akan sedar semakin hari semakin pendek umurnya, tapi orang yang panjang angan-angan 'tak ambik port' itu semua. Dirinya akan hidup dengan jalan dan kemahuannya sendiri. Mungkin dirinya sedar tentang amalan-amalan fardhu, tetapi jiwa dan mentalnya sendiri yang menolak perkara itu.

Dan orang yang panjang angan-angan ini boleh menjadi siapa sahaja. Mungkinkah sha sendiri? Mungkinkah kamu yang sedang membaca? Mungkinkah manusia-manusia diluar sana?

Nauzubillahi minzalik!
Orang yang panjang angan-angan membunuh perasaan sensitif seorang hamba Allah!

Kawan-kawan, berangan-angan itu tak salah, sekali lagi sha highlightkan. Angan-angan yang disusuli dengan usaha itulah namanya cita-cita. Tetapi angan-angan yang hanya disusuli angan dan angan serta angan, itulah namanya angan-angan panjang yang sangat bahaya!

Psst! Kawan-kawan, maka kamu yang mana?
Yang berangan-angan disusuli dengan angan-angan atau yang berangan-angan tetapi disusuli dengan usaha?



The choice is in your mind.
If you dont mind, share it with me .
Leave a comment :)
Live well or live hell. You choose!

*pause angan-angan sha kejap , nak sambung usaha pula.
mohon doakan sha selasa dan rabu ada test biology dan test statistics*

Semoga ALLAh merahmati.

24 January 2013

Baik Sangat Ke Kau, Nak Nasihat Aku ?

"Hek eleh... Macamlah kau bagus sangat nak nasihat aku! Cermin diri kau tu dulu.. Diri sendiri pun jalan macam ketam, ada hati nak suruh aku jalan straight. Macamlah aku tak kenal perangai kau tu macam mana sebelum ni. Sekarang ni nak berlagak ustazah pulak nak bagi nasihat kat aku!"

Wah ! Kalau bab agama, orang kita memang pantang ditegur. Habis disumpah seranahnya kita. Dikaji-selidik , disoal siasat pula kesalahan kita dan mengungkit kisah-kisah silam tambah-tambah yang pernah terlanjur dalam kancah maksiat sebelum ini. Mungkin beliau merasakan orang yang memberikan nasihat itu tidak layak untuk menasihat dirinya. Mungkin kerana seseorang itu kurang baik akhlaknya mahupun dianggap cakap tak serupa bikin.

Sebab apa ye ? Sebab wujudnya sifat sombong ataupun ego dalam diri seseorang itu. Sebab beliau rasa dirinya tidak memerlukan sebarang komen atau nasihat daripada insan yang lain.

“Kesombongan itu menolak kebenaran dan merendahkan martabat manusia." 
-HR Muslim
“Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah.” 
-HR Muslim
Chupp ! Saudara-saudari sekalian, dalam konteks Islam, jika kita melihat seseorang melakukan maksiat, wajib untuk kita menegurnya walaupun kita masih melakukan dosa kerana setiap Muslim itu adalah pendakwah. Gunakan konsep amar makhruf,nahi mungkar Kita bukannya maksum seperti Rasulullah SAW. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Kenapa mahu diungkit sejarah hitam seseorang yang sudah insaf? Dia memberi nasihat mungkin kerana tidak mahu kesilapan yang dilakukannya diulangi insan lain. Dan tidak perlu tunggu jadi ustazah baru hendak memberi nasihat.


“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan” . (Imam Hasan Al-Basri)

‎"Barangsiapa yang memberi nasihat dengan memandang dirinya baik, maka dia akan berdiam diri apabila berbuat kesalahan. Dan barangsiapa yang memberi nasihat, kerana apa yang diucapkan adalah kebaikan dari Allah untuk dirinya, maka dia tidak berdiam diri apabila berbuat kesalahan."(Ibnu Athailah-Al Hikam).
Apapun yang dikatakan oleh seseorang yang boleh bagi manfaat mahupun kebaikan kepada kita, ambil dan simpan sebagai pedoman hidup. Apa yang buruk dan tak berfaedah daripadanya, kita buang jauh-jauh. Walaupun seorang pencuri menasihati kita supaya jangan mencuri!


Saidina Ali r.a juga ada mengatakan: "Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan."

Sedang kita riuh rendah , pung-pang pung-pang menegur salah orang lain, sedangkan kita sedang di takuk lama dan berada di tahap sebegitu , manada ada orang nak respek kita . Jangan cakap tak serupa bikin. Jadikan nasihat yang kita beri , sebagai peringatan kepada diri sendiri. Cubalah untuk berubah sedikit demi sedikit .

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" (Surah As-Saff 61 : 2-3)

Sebaiknya, sambil kita memperbaiki diri, sambil itu juga kita menyeru orang lain turut berubah bersama kita dan sama-sama buat kebaikan. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang?  Nak bagi nasihat juga, biarlah berhikmah. Manusia tak sempurna. Maka sempurnakanlah mereka dengan teguran yang membina. Bukan yang menjatuhkannya.



Yang ditegur tu, jangan cepat melatah, usahlah melenting. Anda sepatutnya bersyukur kerana Allah telah menghantar seseorang untuk menegur dan memberi peringatan kepada anda daripada terus hanyut ke dalam lautan noda. Amatlah rugi jika seseorang itu tidak mahu menerima teguran kerana dikhuatiri Allah akan terus menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati itu. Nauzubillah...

#Jangan lupa follow Sha :)

13 January 2013

Nilai Seposen

Assalamualaikum ♥

Buat pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris atau penduduk sekitar Tanjung Malim, siapa yang pernah menjejakkan kaki ke pasar malam atau pasar minggu yang diadakan setiap Sabtu yang terletak di Pekan Tanjung Malim , angkat kening pehlis . Eh ?

Of course, semua pernah menjejakkan kaki kat sana kan ? Iye , banyak kan makanan makanan sedap . Baju baju yang merambangkan mata , tudung tudung yang merambangkan lagi menjulingkan mata . Chupp , bukan itu yang sha nak highlight dalam entry kali ni . Bukan pasal jersi lengan panjang yang murah, bukan pasal mee goreng basah rm2.50. No no no.

Sepanjang kita jalan dalam lorong lorong pasar tu, ada perasan tak tabung tabung derma ? oh, kecik sangat, taknampak kan? Jadi , mesti nampak kan makcik makcik , pakcik pakcik , kakak, abang abang dan adik adik yang duduk di tengah jalan dalam keadaan yang daif dan menghulurkan mangkuk mangkuk kecik bukan?

"Alah, pura-pura je tu"
"Toksir kawe vi pitih, sekyo tipu belako"
"Pandai kan diorang tu berlakon, bawak anak kecik segala"
"Tahu mintak sedekah je"

Aik , macam ini ke rakyat Malaysia yang penyayang?
Kelaut sudah rasa perihatin dan simpati  bukan? Laju sahaja caci maki hina bina peminta sedekah yang tak berdaya tu kan?

"Hmm, tak berdayalah sangat"

Readers ,
Bukan sha nak paksa kita betul betul percaya yang mereka tu betul-betul jujur. Dan sha nak tegaskan jugak , bukan semua mereka mereka yang duduk kat situ palsu belaka . Sha tak mampu nak nilai mereka semata semata dengan sekilas pandang.



Akan tetapi , tetapi !
Sanggup kah kita ? sanggupkah kita melintasi mereka yang duduk dalam keadaan daif tu sambil memakan seketul burger ayam double triple special ataupun menatang ais krim lima perisa serentak dengan hiliran ais krim di tepi bibir ? Tak cukup dengan itu , dengan puas hatinya kita memuji makanan tersebut di hadapan mereka yang tidak mampu.

"Em, yummy yum yum. Sedapnya, rugi kalau tak beli tadi ni"

Manusiakah kita?
Bukan sha nak suruh anda semua hulur wang hatta matta walau sehinggit sekalipun. Bukan .
Sebab apa? Sebab sha faham , kita sanggup menahan lapar dahaga demi nak save duit sebab takcukup nak beli baju kurung polka dot murah yang kita order online tanpa wang pos tu kan?  takpun nak save duit nak beli produk kecantikan demi nak kulit lebih putih , cerah , berseri, menawan tertawan , kan kan kan?
Dan kalau kita derma sehinggit kepada seorang peminta sedekah dan didarabkan dengan sepuluh peminta sedekah di pasar malam tu, jumlahnya dah rm10 . Alamak , banyak tu kan?

Serius , jumlah rm10 tu besar bagi pelajar universiti yang kebanyakannya pinjam PTPTN kan ? *walaupun sekali pasar malam, lima helai tudung berharga rm50 pandang sebelah mata ja kita rembat*

"Jadi, bagaimana ?"
"Tak payah derma lah an? Jimat duit pt ."

No !

"Dahtu ?"


Senyum. Begini sahabat sahabiah semua.
Apa kata sebelum melangkah ke Pasar Malam itu, sediakanlah wang syiling seposen seposen.
Dua posen dua posen ke.
Lima posen lima posen ke.

"Untuk apa? Berat lah beg"


Senyum. Untuk didermakan.
Andailah ada sepuluh orang yang yang memohon sumbangan, seposen darab dengan sepuluh,
Baru singgit abang kakak adik sayang semua.

"Alah, baik takpayah derma, setakat seposen, dia boleh beli apa je."

Wallaweh , penat belajar mathematic siap belajar additional mathematics yang exam nya jarang bebenor lulus masa spm dulu .

Kalau anda seorang dah derma seposen.Datang kawan anda derma lagi seposen.Makcik jual sayur derma seposen . Dan andaikan pengunjung pasar malam tu jumlah nya dua ribu orang , tak ke dah dua ratus makcik pakcik kakak abang adik adik yang memohon sumbangan tu dapat ? Dah boleh beli beras , barang-barang dapur dan keperluan keluarga untuk seminggu.



Dan alhamdulillah, kita dah berjaya menolong beberapa keluarga yang susah di Tanjung Malim ni secara tak langsung bukan? Well done, kita juga dah memupuk rasa simpati dan perihatin dalam masyarakat Tanjung Malim . Baiknya semua. Baiknya pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Apa lagi , duit seposen seposen lebihan beli barang barang tu simpan la dalam beg kecik .
Kumpul banyak banyak nak buat bekalan kita di kehidupan yang satu lagi.
Ayuh kumpul duit dan derma hatta seposen pun !
Renung-renungkan dan selamat beramal :)