3 May 2012

Ketenangan Hati ♥

Assalamualaikum 

Hello people !


Ketenangan . Dengar kata ketenangan hati adalah punca kebahagiaan. Tapi kalau ketenangan tu boleh dibeli dengan wang ringgit , mesti orang mcm Bill Gates ngan Donald Duck, eh , Donald Trumps saja boleh renyeh , yakni tersenyum lebar. Ataupon mungkin ketenangan hanya boleh dirasai oleh orang yang ohsem dan gojes mcm Nora Danish dan Neelopah Neelofa saja ? Tak semudah itu meletakkan harga 'ketenangan' pada apa yang mereka miliki. Bukankah Allah Taala Maha adil. Rupanya ketenangan tu sabjektif dan bersifat abstrak. Even orang susah yang makan nasi lemak lima posen lebih tenang berbanding orang keluarkan ratusan ringgit semata-mata untuk breakfast mereka .


And i'm looking forward for this for a long time.Cari punya cari terjumpa artikel tentang ketenangan di iluvislam.com. Banyak yang lin dapat kat sini .



Salah satunya , memahami maksud takdir Allah. Dia cakap , mana mungkin kita tepis ujian Allah SWT sebab tu semua test yakni ujiannya.
Kita cuma mampu menaikkan level kebergantungan kita pada Dia. Sambil2 tu tu usaha sungguh2 selesaikan masalah kita.


Ya tak ya jugak eh . Lin pernah dengar satu ungkapan omputeh ni, berbunyi cmni la lebih kurang....


We can't direct the wind but we can adjust our sail.
Google translatenya : kita tidak mampu kawal arah tiupan angin,kita hanya mampu kawal kemudi pelayaran kita.

Dan banyak kali jugak Mr.K pesan , bersangka baik dengan Allah. Dan lin ada google tentang bersangka baik kepada Allah. Ni hasilnya,

 "Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

>Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."

Jadi , jom lah kita bersangka baik kepada Allah SWT. Tak rugi pun kan ? 

Last but not least ,LA TAHZAN , INNALLAHA MAANA - janganlah bersedih,sesungguhnya Allah bersama kita! and , and , and Dia adalah sebaik-baik pelindung.



Dengan itu semua orang tak kira kaya, miskin, ohsem, gojes ataupon kutu haprak pon layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!

p/s : hasil sejam lebih ni, kalah ciput baby . i'm still a new blogger . mintak tunjuk ajar !




No comments: