3 May 2012

Belajar Memandu ♥

"okay, mai masuk belah sini," dengan spontannya makcik zah sambil tunjuk seat drebar.
"o..o..okay, *mampuihlaaa aku*..."
darah semua turun ke kaki , muka seposen bertukar jadi  lima sen , suhu badan turun ke takat beku. Tadi eksaited kemain lagi . eksaited tak ketahuan hala. manusiaa. bila nak belajar benda baru yang ohsem , wajibla perangai camtu .

okay , berbalik kepada stereng dan gear . sumpah tak pernah sentuh natang jadah gear , klac , brek atau lebih tepat tak pernah nak jejak punggong atas seat drebar. setakat duduk, tarik cermin , perbetul tudung yang terpeleot tu ada laa..


"okay , linda .. tekan klac sampai habih . masuk gear satu , angkat klac pelan2 sambil angkat minyak"
terlalu banyak maklumat . otak tak dapat hadam , lalu , badan mcam dilanda kelumpuhan. setelah beberapa tarik napas dalam2 . kaki yang tak seberapa panjang ni pon diletakkan perlahan2 atas klac , sambil mata menjeling ke arah gear , tarik bagi masuk gear satu .. pastu angkat klac selow-selow mcm yg diarahkan. alhamdulillah , kereta tersebut memberi kerjasama yang padu. sebuah perodua kancil berjaya meluncur di atas jalan raya. ^^

namun langit tak selalu cerah . disebabkan hormon adrenaline*hormon ketaq* laju sangat mengalir , ketika  lampu isyarat bertukar hijau , kaki yang tak seberapa panjang ni terkejut lalu terangkat dengan pantas bak kilat. lalu , perodua kancil putih tu bergetar2 buat seketika lalu mati. ya, enjin mati. dengan kaludnya start balik kereta tu lalu cuba untuk jalan beberapa kali namun kereta tersebut enggan memberi kerjama. demm, why me ? akhirnya lampu isyarat bertukar merah kembali . ampun beribu2 ampun , abg2 , kakak2 , makcik2, pakcik2 yang beratur belakang kereta tu . sebab lin , diorang kena tunggu sekali lagi.

 kejadian malang tersebut berulang berpuluh-puluh kali . T_T maaf makcik .

kelas tamat pukul 10 pagi . hari tu tak macam yang dibayangkan .
 harap-harap kejadian tu tak berulang lagi . :')

p/s : 8hb mei ni test QTI . doakan lin ye . :)


No comments: