17 May 2012

Petua Menjaga Rambut


RAMBUT

1.Hindari Rambut Gugur

  • CARA PERTAMA: 
  • Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. 
  • Kemudian tapiskan. 
  • Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. 
  • Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam.
  •  Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  • CARA KEDUA:
  • Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa.
  •  Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. 
  • Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  • CARA KETIGA
  • Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. 
  • Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. 
  • Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. 
  • Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

arang

2.Melebatkan Rambut

  • CARA PERTAMA
  • Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. 
  • Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  • CARA KEDUA
  • Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat.
  •  Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci.
  •  Lakukan setiap hari.


3.Menghilangkan Kelemumur                                                                                                      Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-

  • CARA PERTAMA:
  • selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. 
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.                                                                                                          
  • CARA KEDUA
  • blend tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat.                                                         
  • Kemudian tapis dan ambil patinya. 
  • Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. 
  • Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. 
  • Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  • CARA KETIGA
  • rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. 
  • Kemudian tumbuk sehingga hancur.
  • Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut.
  •  Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.



4.Rambut Berbuah

  • Ramas daun pinang. 
  • Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. 
  • Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. 
  • Bilas dengan air bersih. 
  • Lakukan dua minggu sekali.


5.Meluruskan Rambut

  • Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua.
  •  Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. 
  • Sapukan sekali sehari. 
  • Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk.
  •  Amalkan selama seminggu.


No comments: