21 May 2012

Kehendak vs Keperluan


Assalamualaikum. 

Keperluan dan kehendak ni perkara yang sangat berbeza. Keperluan ni satu benda atau keadaan yang memey perlu untuk hidup kita.. contohnya oksigen untuk bernapas, pakaian untuk menutup aurat, makanan untuk isi perut sentiasa lapar  tenaga untuk hidup yang ohsem , dan sebagainya. 
Senang nak kata, keperluan ini adalah benda ter-penting untuk kita teruskan kehidupan di bumi ini.

Firman-Nya bermaksud: 
"Hamba-hamba Allah ialah mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana."-Surah Al-Furqan: ayat 67

Tapi kehendak adalah sesuatu benda itu akan jadi kehendak bila kita masih boleh teruskan kehidupan yang ohsem walaupun ketiadaannya.. Contoh, walaupun kita tak ada iPad tu kita masih boleh hidup dengan biasa
*sebenarnya setiap malam mimpi main iPad*. 

1.Firman Allah SWT bermaksud: 
"Sesungguhnya Firaun adalah orang yang sombong takbur lagi terbilang dalam golongan orang yang boros berbelanja." -Surah Al-Dukhan: ayat 31 
2Firman-Nya bermaksud: 
"Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." -Surah Al-Israk: ayat 27

Kalau nak online sekalipun mesti ada komputer ataupun laptop kan *dahtu nak online kat tv mana boleh*.. Jadi, benda sebegitu akan jadi kehendak semata-mata. Kehendak merupakan sesuatu yang tidak akan habis dilayan dan dipenuhi kerana ianya sesuatu yang tidak terbatas.*buruk2kan kehendak*

yang sedang-sedang saja

Kedua perkara ini sangat jauh jurang perbezaannya tapi ia pasti akan berkait dengan kemampuan. Jika kita mampu untuk memenuhi kehendak kita dan tanpa menyusahkan orang lain itu yang dikatakan berkemampuan.
 Kita perlu bijak untuk membezakan antara keperluan dan kehendak supaya kita tidak rugi.


p/s : kalau taknak dilabel sebagai firaun/saudara syaitan , jauhkan diri anda dari sifat boros.
          kerana dirimu begitu berharga-dipetik dari salah sebuah iklan 


1 comment:

Khursyid said...

wah2...xmola jadi syetan or firaun :D